Saddam Dah Jatuh, Iraq Belum Bangun!

0
2153
views

Oh Saddam! 
Rejim yang direjam.
Diguling kerana mencengkam kejam.
Namun, hingga kini Iraq masih terpejam.

Dahulunya, umat Islam berteduh dibawah payung kekhilafahan. Namun, setelah payung empayar Islam ini dirobek-robek, maka setiap bangsa membawa diri mengikut haluan sendiri. Berpencar berpecah. Masing-masing ditadbir oleh para Raja Monarki. Raja Mesir, Raja Libya, Raja Iraq dan sebagainya.

Jetpack Langkawi

Tetapi, umat Islam terus rakus. Masih tidak bersyukur. Masih tidak puas hati. Ingin menolak kuasa Raja-Raja. Kuasa Rakyat, laungan demokrasi menjadi pilihan. Tak mengapalah, Rakyat Memilih….

Ketika itu muncul gerakan Revolusi Arab yg disebut sebagai Pan-Arabism. Orang Arab menghapuskan monarki dengan semangat Nasionalis. Semangat ini ditiup kuat oleh Gemal Abdel Nasir di Mesir. Semangat ini jugalah yg berjaya menghalau penjajah barat di dunia Arab.

Begitu juga di Iraq. Setelah King Faisal II of Iraq terguling, pemimpin rakyat ketika itu Abdul Karim Qasim dari Parti Baath bertindak untuk tidak mahu bersama Gemal Abdel Nasir bagi membentuk Republik Arab Bersatu. Republik Arab Bersatu hanya memperlihatkan gabungan Mesir dan Syria tanpa Iraq.

Ramai ahli parti Baath tidak puas hati dengan tindakan Karim Qasim sehingga kedudukan beliau goyah. Oleh itu, Karim Qasim bersatu dengan Parti Komunis Iraq bg mengimbangi pengaruh. Hal ini amat dikesali oleh ahli parti Baath lalu mereka merancang untuk membunuh ketua parti mereka. Tokoh yg menjadi watak utama dalam misi pembunuhan ini tidak lain tidak bukan adalah SADDAM HUSSEIN!

Namun, misi ini tidak berjaya dan ramai pengikut Saddam Hussein lari berlindung di Syria iaitu sebuah “Rumah Yang Selamat” bagi penganut ideologi Parti Baath yg bernuansakan Nasionalis-Sosialis. Mereka yg tak sempat melarikan diri dihukum mati oleh Kerajaan Iraq ketika itu. Saddam Hussein pula berhijrah ke Mesir dari Syria bagi menyambung pelajaran.

Ketika Saddam Hussein di Mesir, sampailah khabar bahawa Karim Qasim telah digukingkan dari Kerusi Pemerintahan Iraq dan diganti oleh Abdul Salam Arif. Abdul Salam menangkap pemimpin Parti Baath Iraq yg bersekongkol dgn Komunis pada ketika itu. Ketika pemerintahan Abdul Salam, Saddam Hussein pulang ke Iraq. Tidak lama kemudian, Saddam Hussein dipenjarakan.

Tidak lama setelah itu pula, Saddam Hussein berjaya keluar dari penjara dan diangkat oleh Ahmed Hassan Bakr, Pemimpin Parti Baath ke suatu jawatan yang strategik bagi menguatkan parti itu. Saddam Hussein dan Hassan Bakr berjaya menggulingkan Abdul Rahman Arif yg mengetuai kerajaan Iraq pada ketika itu setelah menggantikan saudaranya Abdul Salam Arif.

Oleh itu, Hassan Bakr menjadi pemimpin Iraq dan Saddam Hussein menjadi timbalannya. Mereka berdua juga menguasai pentadbiran ketenteraan. Saddam Hussein menggunakan kesempatan di jawatan ini untuk meningkatkan pengaruhnya sehingga pengaruh Hassan Bakr tenggelam.

Saddam Hussein cuba mengimbangkan demografi Iraq yang pelbagai itu agar kerajaan menjadi stabil. Iraq ketika itu memiliki warganegara pelbagai latar belakang. Pelbagai etnik, agama, sosial, jurang ekonomi, sunni-syiah, Arab-Kurdish dan lain-lain.

Kedudukan Saddam Hussein semakin selesa apabila beliau menguasai telaga minyak Iraq. Dengan kelebihan ini, Saddam Hussein berjaya membawa pemodenan kepada Iraq. Kadar buta huruf turun dengan pendidikan percuma. Bantuan Rakyat Seluruh Iraq juga diperkenalkan. Keluarga tentera mendapat manfaat, kos perubatan dipermudahkan, subsidi kepada petani diberikan. Iraq menjadi negara moden dan sihat di Timur Tengah pada ketika itu sehingga UNESCO memberi anugerah kepada Saddam Hussein atas sumbangannya. Ekonomi Iraq berkembang pesat, infrastruktur bertambah baik. Jalan raya, perindustrian dan pertanian menjadi subur.

Ketika itu, Anwar Sadat menjatuhkan Gemal Abdul Nasir di Mesir. Anwar Sadat menjadi pemimpin Mesir dan mengiktiraf Israel. Hal ini membuatkan Saddam Hussein menjadi marah lalu beliau membuat kempen sehingga menjadikan dirinya sebagai Penyelamat Bangsa Arab. Saddam Hussein membuat perjanjian sekutu bersama Soviet Union hingga meyebabkan USA menjadi marah. USA membiayai pemberontakan bangsa Kurdish bagi melawan kerajaan Iraq. Namun gerakan Kurdish ini gagal menjatuhkan kerajaan Iraq yang stabil ini.

Pemimpin Iraq, Hassan Bakr ketika itu bertindak untuk bersatu dengan Syria sebagai sebuah kerajaan dimana Hassan Bakr akan menjadi ketuanya dan Hafez Assad (bapa Basyar Assad) menjadi timbalan. Sememangnya, Iraq dan Syria berkongsi ideologi Baathism yang sama. Hal ini membuatkan impian Saddam Hussein untuk menjadi pemimpin nombor 1 di Iraq gelap. Oleh itu, Saddam Hussein memaksa Hassan Bakr meletak jawatan. Maka, berjayalah Saddam Hussein naik menjadi “Iraq Official 1”. Ahli parti Baath yang tidak bersetuju dituduh pengkhianat dan dijatuhkan hukuman bunuh. Ratusan pemimpin tertinggi Baath dihukum mati.

Ketika Saddam Hussein mula memegang kuasa di Iraq, jiran mereka iaitu Iran sedang menghadapi Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Ruhollah Khomeini. Semangat kesyiahan di Iran turut tempias kepada Syiah di Iraq yang dipimpin Saddam Hussein secara sekular. Iraq juga seperti Iran iaitu majoriti Syiah. Namun, Saddam Hussein mengenepikan orang syiah dalam barisan kabinetnya. Bagi memadam pengaruh ini, berlakulah perang Iraq-Iran dimana Iraq yg dibantu USA masuk menyerang Iran.

Sesudah tamat perang Iraq-Iran, Iraq mahu pulihkan keadaan ekonominya dengan memaksa jiran-jiran Arab membantu mereka. Namun, Kuwait sebuah negara kecil yang kaya enggan tunduk kepada Iraq. Oleh itu, sekali lagi Saddam Hussein bergelumang dengan perang. Iraq masuk menjarah Kuwait dalam Perang Teluk (Gulf War)!

Tindakan Iraq ini dimarahi sekutu mereka iaitu USA. Hubungan Iraq-USA menjadi keruh dengan perkara ini dan ditambah lagi dengan sikap USA yg sentiasa memihak kepada Israel dalam konflik Israel-Palestin. USA minta kepada rakyat Iraq agar jatuhkan Saddam Hussein. Namun tiada siapa berani menyahut seruan USA itu. Turki takut nak kacau Iraq, Iran juga takut. Begitu juga Arab Saudi. Ini membuatkan kedudukan Saddam Hussein tidak berganjak dan menjadi mesej kepada USA bahawa “You cant touch me”. Saddam Hussein semakin kuat menyuarakan prinsip Anti-Baratnya. Dalam diam, USA menjadi berang dan berdendam.

Bagi menguatkan pengaruhnya, Saddam Hussein yang selama ini memimpin dengan corak sekular mengubah wataknya menjadi seorang Muslim-Sunni yang warak. Watak ini amat disukai oleh rakyat sehingga beliau mendapat sokongan hampir 100% setiap kali pilihanraya.

Dalam diam, CIA buat kerja. Segala NGO hak asasi manusia menuduh Saddam Hussein seorang diktator yang banyak mengorbankan nyawa. Saddam Hussein digelar “Butcher of Baghdad”. USA juga menuduh Iraq mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas al-Qaeda yg mana dahulunya al-Qaeda ini adalah tentera ternakan USA di Afghanistan bagi menghapuskan pengaruh Rusia. USA yg dipimpin George W. Bush dan rakannya Tony Blair Perdana Menteri Britain berkempen bg jatuhkan Saddam Hussein.

Saddam Hussein dituduh mempunyai Senjata Pemusnah. Sentimen 11 September dimainkan. USA datang menjarah Iraq pada tahun 2003. Tentera Iraq menjadi lemah dan Saddam Hussein kehilangan penguasaannya terhadap Iraq. Saddam Hussein melarikan diri bersembunyi. Partinya dibubarkan dan menjadikan Iraq tanpa kerajaan. Tentera USA bermaharajalela dijalanan. Membuat tembakan rambang seperti kita bermain game di CyberCafe. Patung Saddam Hussein ditumbangkan oleh rakyat. Ahli keluarganya ada yang dibunuh. USA melancarkan operasi mencari Saddam Hussein dan akhirnya berjaya jumpa dibawah tanah. Saddam Hussein dilabel sebagai VIC (Very Important Criminal), penjenayah paling dikehendaki.

Tahun berikutnya, Saddam Hussein disabitkan kesalahan membunuh. Kemudian dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman tersebut dijatuhkan tepat pada pagi 10 Zulhijjah. Seluruh dunia Islam bertakbir menyambut Hari Raya Qurban dan dalam masa sama di Iraq, Saddam Hussein terkorban di tali gantung. Saddam Hussein kelihatan tenang ketika di tali gantung. Sang algojo mengejek-ejek beliau. Beliau bersyahadah namun belum sempat menghabiskan syahadahnya, “pangggg” lantai terbuka dan lehernya dijerut! Setelah disahkan meninggal, berita ini disampaikan kepada pemimpin USA dan UK. “This is Democracy victory”. Ini kemenangan Demokrasi!

Namun, sehingga kini, tiada sebarang bukti senjata pemusnah ditemui. USA kononnya penuang demokrasi yg menjanjikan kestabilan Iraq pasca Saddam kembali ke negara mereka setelah mereka menghisap petroleum Iraq dan mengambil jongkong-jongkong emas Iraq. Iraq ditinggalkan dalam keadaan huru-hara. Padang jarak padang terkukur. Gerakan pengganas seperti al-Qaeda, ISIS menguasai sebahagian Iraq. Iraq tetap dalam keadaan tidak aman. Ketika ini, seluruh rakyat Iraq yang menjatuhkan Saddam berasa sedih dan menyesal. Pemuda-pemuda yg meruntuhkan patung Saddam ingin berusaha menegakkannya semula.

“SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!