Bulan merupakan satu-satunya tempat selain bumi di mana manusia pernah menjejakkan kaki. Ia juga merupakan objek paling terang yang ada pada langit malam. Kehadiran bulan dikatakan sedikit sebanyak mempengaruhi kebolehupayaan bumi untuk menampung kehidupan dengan mengukuhkan kedudukan dan pusingan bumi pada paksinya yang kemudiannya menyumbang kepada keadaan iklim dan cuaca yang lebih stabil.

Bulan jugalah mempengaruhi tolakan dan tarikan ombak, namun tahukah kita bahawa pernah direkodkan suatu masa yand tidak jauh dimana bumi belum lagi mempunyai satelit semulajadinya ini. Jikalau membelek kepada penulisan lama, kita akan dapat menjumpai bukti-bukti yang menyatakan bahawa terdapat tempoh masa dimana bulan masih belum wujud.

Democretus dan Anaxagoras yang merupakan ahli falsafah Greek ada menyebut saat dimana bulan belum lagi wujud di langit malam. Melalui cubaan untuk menerangkan mengenai sejarah Arcadia yang merupakan sebuah daerah di dalam kawasan Greek, Aristotle ada meyebut mengenai sebuah komuniti dikenali sebagai Pelasgia yang menjadikan kawasan Arcadia sebagai tempat tinggal tradisi komuniti mereka sejak sebelum kemunculan bulan.

Apollonios dari Rhodes juga ada menceritakan peristiwa yang hampir serupa, di mana dia bercakap mengenai suatu masa tidak semua objek cekerawala wujud di langit; sebelum generasi Deucalion dan Pyrra (sebelum berlakunya malapetaka – malapetaka di sini merujuk kepada kejadian banjir besar dari sudut lagenda mitos Greek); ketika sebelum adanya bulan, satu-satunya kumpulan manusia yang ada adalah Pelasgia yang menjadikan Arcadia (sebuah daerah di Greece) sebagai tempat tinggal.

Secara kebetulan, masyarakat yang mendiami kawasan Arcadia ini turut dikenali dengan nama ‘Porselenes’ yang membawa maksud “mereka yang datang sebelum bulan” dalam Bahasa Greek. Apabila dilihat karya Plutarch iaitu “Morals” kita akan menjumpai keratan berikut. “Di sana terdapat Evander dari Arcadia yang dating dari masyarakat sebelum adanya bulan.” Perkara yang hampir sama juga dapat dilihat melalui petikan penulisan Ovid dimana dia menulis, “Orang-orang Arcadia dikatakan telah menubuhkan penempatan mereka sebelum lahirnya Zeus, dan mereka ini adalah lebih tua daripada bulan.”

Selain daripada itu, Stephanus dari Byzantium ada menulis, “Masyarakat Arcadia dan wanita-wanitanya, kesemua mereka telah ada sebelum adanya bulan.” Manakala Hippolytus turut merujuk kepada lagenda bahawa “Arcadia mambawa bersamanya Pelasgus, dimana mereka adalah lebih tua daripada bulan.”

Ini dapat disokong pula oleh Lukianos dalam Astrologinya di mana dia berkata, “Masyarakat Arcadia ini tetap teguh dengan kepercayaan mereka bahawa mereka ini lebih tua daripada bulan.” Selain dari rekod-rekod oleh masyarakat Greek, dakwaan yang sama juga dapat dijejak di ketamadunan lain. Di Bolivia, simbol-simbol dan catatan yang terdapat di dinding Kalasaraya (dibina sekitar 13,000 SM) menunjukkan bahawa bulan hanya datang dan mengorbit bumi hanya dalam ribuan tahun yang lalu, jauh berbeza daripada rekod pakar-pakar yang dipersetujui pada hari ini.

Tambahan lagi, dari tapak yang sama menunjukkan sebelum adanya bulan, objek lain yang lebih kecil pernah mengililingi bumi. Menurut kepada tradisi oral masyarakat India di Colombia yang mendiami tanah tinggi Bogota di selatan Corldilleras, mereka seringkali merujuk kepada penceritaan dengan “Pada awalnya dimana bulan masih belum ada dilangit…”.

Afrika juga mempunyai lagenda tersendiri di mana mengikut kepercayaan masyarakat Zulu bahawa bulan di bawa ke bumi ratusan generasi sebelumnya oleh dua orang adik-beradik makhluk asing yang dipanggil dengan nama ‘Wowane’ dan ‘Mpanku’.

Artikel dikirimkan oleh Mohd Hanif untuk The Patriots.

RUJUKAN:

There was a time when the moon did not exist. https://www.historydisclosure.com/there-was-a-time-when-the-moon-did-not-exist/

Earths Moon. https://solarsystem.nasa.gov/moons/earths-moon/overview/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.