Ruth Bader Ginsburg: Tonggak Keadilan Barat

425

https://bit.ky/kombowww

Dalam bidangkuasa keadilan Amerika Syarikat, terdapat seorang wirawati yang jasa beliau tidak mungkin boleh dihitungkan.

Ruth Bader Ginsburg dilahirkan di Brooklyn pada zaman yang ekonomi negara tersebut dalam kehancuran.

Semasa tangisan pertamanya mengucupi cuping telinga semua yang mendengari, Franklin D. Roosevelt sedang pening kepala mengstrukturkan semula Amerika Syarikat yang teruk dibelasah masalah ekonomi.

Di sebalik tabir inilah Ginsburg membesar, anak sepasang imigran Yahudi daripada Austria dan Ukraine.Sentuhan ibundanya telah menjaminkan pendidikan Ginsburg, yang selalu meluangkan masanya di perpustakaan. Berkat daripadanya ialah, Ginsburg habis belajar d sekolah tinggi pada usia 15 tahun.

Namun keluarganya tidak menghantarnya untuk sambut belajar kerana rancangan mereka selama ini untuk Ginsburg hanyalah guru sekolah sahaja (Galanes, 2015).

Ginsburg kehilangan ibundanya (kerana k4nser) sebelum sempat tamat pengajian. Semangatnya tidak langsung pudar, kerana Ginsburg menghadiri Universiti Cornell pada usia 17 tahun.

Ijazah seni kerajaan diperolehinya pada 23 Jun 1954 yang dua tahun kemudian menempah tempatnya di Universiti Harvard.

Di situ ada hanya sembilan wanita sahaja, Ruth antaranya bersama 500 lelaki (Anas, 2012). Dekan Harvard siap bertanya golongan wanita ini: “kenapa kamu mengambil alih tempat lelaki?”

Cabaran jantina menghantuinya pada tahun 1960 apabila Ginsburg tidak dapat mencari kerja.

Pembantu Ketua Hakim Felix Frankfurter menolak permohonan kerani semata-mata kerana Ginsburg seorang wanita, meskipun dicadangkan profesornya di Harvard.

Seorang lagi profesor Gerald Gunther melobikan kepada Hakim Edmund Palmieri supaya Ginsburg diambil menjadi kerani.

Bersertakan ugutan juga (Gunther takkan mengesyorkan jika Ginsburg ditolak), Palmieri akur juga (Margolick, 1993).

Ginsburg tidak mengecewakan sesiapa. Daripada 1961 hingga 1963, beliau menjadi pembantu penyelidik dan pembantu pengarah. Siap beliau belajar bahasa asing iaitu Sweden semata-mata atas tujuan kerja.

Di Sweden, beliau banyak belajar tentang kesamarataan jantina, dimana wanita tidak disisihkan (berbanding Amerika Syarikat yang kononnya bertatahkan kebebasan).

Malah di Sweden, seorang hakim sangat sarat kehamilan tanpa dipersoalkan.

Nekad untuk membuat perubahan, Ginsburg menubuhkan Projek Hak Wanita di Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika. Strateginya menyentuh setiap perundangan yang berat sebelah terhadap wanita.

Kecilikannya jauh menandingi pelampau-pelampau feminisme: Ginsburg memaksa sasarannya akui budaya berat sebelah menyusahkan lelaki DAN perempuan (Toobin, 2013).Kemenangan diperolehi wanita cekal ini mengubahkan dinamisme negara Amerika Syarikat. Perundangan yang persepsinya membantu wanita (tetapi hakikatnya menind4s) dicantas habis.

Dan namanya memanjat pengaruh sehingga disebut Presiden Amerika Syarikat pun. Pada 14 April 1980, Jimmy Carter melantikkan Ginsburg untuk menganggotai kerusi Mahkamah Rayuan bagi Daerah Columbia (DC).

Dari sinilah Ginsburg dibuka jalan ke menara gading yang mudah kata sebuah perjalanan luar biasa. Dimana wanita-wanita lain mungkin terkandas, Ginsburg dipilih Bill Clinton pada 14 Jun 1993 untuk menggantikan Byron White.

Ironi benar: kerusi Frankfurter (yang menolak permohonan Ginsburg) kemudian diisi Ginsburg sendiri.Ruth Bader Ginsburg berjaya menjadi Pembantu Ketua Hakim Amerika Syarikat, bebas menggerakkan nadi-nadi keadilan sosial untuk semua.

Bidangkuasa kehakiman Amerika Syarikat agak berbeza dengan negara-negara lain. Negara tersebut masih lagi mempunyai jawatan “Ketua Hakim” yang undinya tidak menandingi Pembantu-Pembantu Ketua Hakim.

Dan sejak 10 Ogos 1993, kedudukan Ginsburg tidak terusik dek apa-apa jua sebab sekalipun.Semangat Ginsburg merupakan suatu inspirasi untuk semua. Dan Ginsburg men1nggal dunia pada 19 September 2020, meninggalkan satu legasi yang sukar ditandingi.

RUJUKAN:

Anas, B. (2012, September 20). Ruth Bader Ginsburg at CU-Boulder: Gay marriage likely to come before Supreme Court within a year. Orlando Sentinel. Retrieved from https://www.orlandosentinel.com/os-xpm-2012-09-20-sns-mct-ruth-bader-ginsburg-at-cu-boulder-gay-marriage-20120920-story.html

Galanes, P. (2015, November 14). Ruth Bader Ginsburg and Gloria Steinem on the Unending Fight for Women’s Rights. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2015/11/15/fashion/ruth-bader-ginsburg-and-gloria-steinem-on-the-unending-fight-for-womens-rights.html

Liptak, A. (2020, Julai 17). Justice Ruth Bader Ginsburg’s C4nc3r Has Returned. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/07/17/us/justice-ruth-bader-ginsburg-cancer.html

Margolick, D. (1993, Jun 25). Trial by Adversity Shapes Jurist’s Outlook. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/1993/06/25/us/trial-by-adversity-shapes-jurist-s-outlook.html?pagewanted=all

Toobin, J. (2013, Mac 11). Heavyweight: How Ruth Bader Ginsburg has moved the Supreme Court. New Yorker. Retrieved from https://www.newyorker.com/magazine/2013/03/11/heavyweight-ruth-bader-ginsburg

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.