Russia: Negara Kedua Paling Teruk Di Dunia Dibadai Covid-19

2,159

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Rusia bagaikan sudah jatuh, tertimpa tangga. Dalam keadaan keadaan krisis menghadapi wabak pandemik COVID-19, Rusia menghadapi masalah baru iaitu kerosakan pada peralatan perubatan di hospital.

Setakat hari ini, Rusia mencatatkan 242 ribu kes positif dan 2212 kes kemat1an. Negara ini berada di tangga ketiga selepas Amerika Syarikat dan Sepanyol. Populasi negara ini ialah sekitar 144 juta orang penduduk.

Kes pertama positif di Rusia ialah pada hujung Februari, seorang lelaki yang baru pulang dari Itali. Dia pulang ke Moscow pada 23 Februari dan mula menunjukkan simptom jangk1tan. Dia seterusnya dimasukkan ke hospital pada 27 Februari dan disahkan positif (NST, 2020)

Satu kes berasingan turut dilaporkan di Siberia, dua warganegara China yang berada di Rusia disahkan positif jangk1tan.

Rusia dah menutup sempadan dan menghalang kemasukan pelancong dari China seawal 30 Januari lagi. Kemudian pada 13 Mac, Rusia mengambil langkah kawalan untuk menghalang kemasukan dari Italy dan membatalkan penerbangan dari Italy, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Pada 18 Mac, barulah Rusia menutup terus kemasukan daripada luar untuk menghentikan penularan virus ini.

Satu upacara perbarisan khas untuk memperingati kemenangan dalam Per*ng Dunia Kedua turut dibatalkan untuk mengelakkan penularan virus. Program ini diadakan saban tahun pada tarikh 9 May.

Kes kemat1an pertama dilaporkan pada 19 Mac. Rusia sekali lagi mengambil langkah berjaga-jaga dan menutup semua institusi pelajaran pada 23 Mac.

Pada penghujung Mac, barulah Rusia melaksanakan perintah Kuarantin di Moscow kemudian diikuti Saint Petersburg dan Chechnya. Presiden Rusia baru-baru ni melanjutkan tempoh kawalan pergerakan sehingga 31 May.

Namun begitu, orang ramai dibenarkan untuk keluar bekerja bermula 12 May. Pemakaian topeng muka adalah diwajibkan sekiranya berada ditempat awam. Tak boleh berkumpul dalam bilangan yang ramai dan menjaga jarak sosial

Sejak 3 hingga 13 May, kes baru positif dalam purata 10 ke 12 ribu sehari. Tapi sepadan dengan ujian yang dijalankan, hampir 300 ribu ujian setiap hari. Kalau dikirakan peratusan 244 ribu daripada keseluruhan populasi, hanya sekitar 16 peratus sahaja.

Gabenor Saint Petersburg dalam satu kenyataannya, hampir 1500 orang doktor dan anggota perubatan disahkan positif virus ini sejak kes pertama muncul di Rusia. Perdana Menteri, Mikhail Mishustin turut disahkan positif virus ini pada awal May. Oksana Pushkina, Timbalan State Duma Rusia turut disahkan positif.

Selalu disebutkan bahawa warga emas lebih berisiko sekiranya dijangk*ti virus ini. Seorang penduduk Rusia bernama Pelageya Poyarkova, berumur 100 tahun sembuh selepas menjalani rawatan (Alexander Avilov, 2020)

Lebih parah, lima orang men*nggal dunia dalam satu kebakaran di sebuah hospital di Saint Petersburg, antaranya ialah pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan (Alexander Avilov, 2020). Lebih kurang 150 orang pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital itu berjaya dievakuasi keluar. Satu kes sama turut berlaku di Moscow dan menyebabkan kemat*an seorang pesakit.

Siasatan mendapati keb*karan berpunca daripada litar pintas pada alat bantuan pernafasan yang digunakan oleh pesakit. Pihak berkuasa Rusia sedang menjalankan siasatan terhadap kualiti peralatan yang dihasilkan. Ini adalah kejadian baru dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Syarikat yang membekalkan peralatan perubatan ini sudah menghasilkan produk itu sejak 2012 dan tidak pernah mempunyai rekod buruk.

Walaupun graf lengkung kes positif di Rusia masih belum menurun, kerajaan telah mula melonggarkan rakyatnya untuk keluar. Beberapa peraturan perlu dipatuhi seperti pemakain topeng muka, penjarakan sosial dan kebersihan diri. Penerbangan domestik juga akan dibenarkan beroperasi bermula awal Jun nanti.

RUJUKAN:

  1. New Straits Times (2020) First coronavirus case confirmed in Moscow, New Straits Times Website. https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/571082/first-coronavirus-case-confirmed-moscow
  2. Elena Teslova (2020) Russia starts gradual exit from COVID-19 quarantine, Anadolu Agency Website. https://www.aa.com.tr/en/latest-on-coronavirus-outbreak/russia-starts-gradual-exit-from-covid-19-quarantine/1836951
  3. Alexander Avilov (2020) Coronavirus in Russia: The Latest News | May 13, Moskva News Agency. https://www.themoscowtimes.com/2020/05/13/coronavirus-in-russia-the-latest-news-may-13-a69117

 

  1. Hu Yiwei (2020) Graphics: Why there was a sudden spike in Russia’s coronavirus cases, CGTN Website.

https://news.cgtn.com/news/2020-04-27/Graphics-Why-there-was-a-sudden-spike-in-Russia-s-coronavirus-cases–Q1y5CXZ1gk/index.html

 

  1. Thomson Reuters (2020) Russia examines ventilator type sent to U.S. after fires k1ll 6, CBC News Portal

https://www.cbc.ca/news/world/russia-ventilator-fire-1.5567312

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.