Russell Williams: Kolonel Pembunuh

22

Apabila berbicara tentang pembunuh bersiri, pasti kita akan menyangka bahawa pembunuh itu merupakan seorang yang suka menyendiri dan seorang yang terganggu fikirannya.

Namun artikel kali ini, adalah tentang seorang pembunuh yang merupakan seorang pegawai kanan yang terkenal di dalam angkatan tentera dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Latar Belakang

Russell Williams menurut rakan dan anggota bawahan dia di dalam angkatan tentera, merupakan seorang anggota tentera contoh dan pemimpin yang baik buat mereka semua.

Williams berkahwin dengan Mary Elizabeth Harriman pada tahun 1991. Ketika ini, dia berpangkat kapten di dalam angkatan tentera.

Lama kelamaan, Williams telah dinaikkan pangkat ke pangkat kolonel, iaitu pada tahun 2009. Ketika ini, dia telah mula menjalankan tugas sebagai ketua pangkalan tentera udara terbesar dan tersibuk di Kanada, iaitu pengkalan udara CFB Trenton.

Dia yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang, turut pernah berkhidmat dan menjadi juruterbang yang bertanggungjawab membawa VIP dan orang ternama, salah seorang daripadanya adalah Ratu Elizabeth II.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan dan pencapaian cemerlang dia di dalam bidang ketenteraan, Williams turut menyembunyikan sisi gelap dia dari pengetahuan umum. Tiada sesiapa, termasuk keluarga dia sendiri menyedari perubahan serta kelakuan sumbang yang telah dilakukan oleh Williams.

Seorang Pervert

Di antara tahun 2007 sehingga 2009, Williams dikatakan telah memecah masuk ke dalam 82 buah rumah yang terletak di dalam lingkungan bandar Ontario, Ottawa, Tweed dan Belleville.

Koleksi pakaian dalam yang dicuri.

Di sebalik aktiviti pecah rumah itu, dia telah bertindak mencuri pakaian dalam dan “bikini” milik ramai gadis. Dilaporkan bahawa, mangsa kecurian pakaian dalam oleh Williams ini, paling muda berumur 9 tahun.

Selain itu, Williams juga dilaporkan pernah meninggalkan ucapan ‘terima kasih’ atau “Merci” di dalam bahasa perancis, di dalam komputer milik salah seorang daripada mangsa kecurian, iaitu seorang gadis berumur 12 tahun. Perkara ini membuktikan bahawa dia mempunyai kecenderungan terhadap kanak-kanak (pedofil)

Williams yang menjadi model kepada pakaian dalam dan bikini yang dicuri

Setelah memecah masuk ke dalam rumah, Williams bertindak memakai pakaian dalam gadis-gadis tersebut, seterusnya beronani di atas katil ‘mangsanya’. Dia turut menjadi ‘model’ dan mengambil gambar dia sendiri memakai pakaian dalam yang dicuri, untuk dijadikan koleksi.

Penghujung tahun 2009 pula menyaksikan ‘fetish’ “home invasion” atau pecah masuk rumah oleh Williams ini, menjadi semakin teruk lagi. Ini akhirnya menjurus dia kepada perlakuan lebih ganas, iaitu dia mula bertindak merogol dan membunuh mangsanya.

Pada mulanya, Williams hanya menyerang, mengikat dan mengambil gambar mangsa dalam keadaan berbogel. Bagaimanapun, mereka tidak ‘diapa-apakan’, dan hanya meninggalkan mangsanya begitu sahaja dalam keadaan malu.

Namun pada November 2009, seorang juruteknik penerbangan ketenteraan berumur 37 tahun iaitu Korporal Marie-France Comeau, ditemui mati di dalam rumahnya. Kes ini telah dikaitkan dengan Williams.

Kemudian pada tahun 2010, Williams memecah masuk ke rumah gadis bernama Jessica Lloyd yang berumur 27 tahun. Williams telah meletakkan pita pelekat pada mata Jessica untuk menutupnya, kemudian merakam video dia sedang merogol gadis malang itu.

Selepas itu, Williams telah membawa Jessica ke kediaman dia yang berlainan, dan memaksa Jessica untuk mandi serta membersihkan diri terlebih dahulu, sebelum merogol gadis itu sekali lagi dengan kejam.

Mangsa bunuh.

Kiri Jessica Lloyd
Kanan Marie-France Comeau

Jessica berulang-kali merayu dan meminta supaya jangan dibunuh. Membuat permohonan kali terakhir kepada Williams, Jessica berkata:

“Kalau saya mati, boleh tak awak pastikan yang mak saya tahu bahawa saya sayangkan dia?”

Selepas itu, Williams bertindak memukul kepala Jessica dengan menggunakan lampu suluh, gadis yang sudah lemah longlai akibat dirogol berulang kali itu rebah ke dan tidak sedarkan diri. Williams seterusnya menjerut leher gadis malang itu sehingga mati menggunakan seutas tali. Williams kemudian menanam mayat gadis itu.

Terbongkar

Kehilangan Jessica hanya disedari pada 28 Januari. Selepas itu, pihak berkuasa yang sedang menyiasat kehilangan gadis tersebut, menyedari kehadiran bekas tayar yang aneh pada salji di perkarangan kediaman Jessica.

Seterusnya, pada tarikh 4 Februari 2010, pihak polis Ontario bertindak melakukan pemeriksaan kesan tayar secara menyeluruh bagi pengguna lebuhraya berhampiran kediaman Jessica. Kesan tayar yang agak sama ditemukan oleh salah seorang pegawai polis, menunjukkan kesan tayar tersebut milik kereta dipandu oleh Williams.

Dia pada ketika itu memandu kenderaan jenis “Nissan Pathfinder” dan bukan BMW seperti yang biasanya digunakan.

Berdasarkan maklumat kesan tayar tersebut, pada 7 Februari 2010, pihak polis memanggil Williams untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan. Soal siasat yang berlangsung selama 10 jam itu, akhirnya membuatkan Williams mengaku salah ke atas semua jenayah yang telah dia lakukan.

Russell Williams semasa soal siasat

Apabila pihak polis memeriksa kesemua kediaman dia termasuk kediaman keluarga di bandar Ottawa, mereka menjumpai pelbagai jenis pakaian dalam, dan koleksi ratusan gambar-gambar mangsa dan pakaian dalam yang diambil. Pada masa ini juga, Williams telah menunjukkan serta membawa pihak berkuasa ke lokasi dia menanam mayat Jessica Lloyd, iaitu tidak jauh dari kediaman dia.

Russell Williams telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, dan hanya layak mendapat parol selepas 25 tahun penjara sahaja.

Selain itu, dia telah dilucutkan jawatan dan segala pingat yang telah diberikan ditarik balik. Baju seragam tentera dia dibakar, kereta “Nissan Pathfinder” itu juga telah dimusnahkan. Bagaimanapun, dia masih layak menerima bayaran pencen.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.