Rusia Memenangi Perlumbaan Vaksin Covid-19?

821

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Fuh luar biasa. Russia menjadi negara pertama yang berjaya membangunkan dan mendaftarkan vaksin untuk COVID-19. Vaksin yang dibangunkan oleh Gamaleya Institute di Moscow ini dah melepasi ujian klinikal dan akan dipakai untuk mass vaccination bulan Oktober nanti. Slava Rossiya.

Meanwhile, misi US untuk menghasilkan vaksin masih belum berjaya. Paling cepat pun awal 2021 katanya. Keadaan dah jadi macam tahun 1957 apabila Russia berjaya melancarkan satelit pertama sebelum US.

Even US berjaya pun, 35% rakyatnya tak nak ambil vaksin langsung, menurut tinjauan Gallup. Sebab teori-teori konspirasi anti-vaksin pelik2 semua asal US. Diorang anggap vaksin ni muslihat komunis fasis whatever sis nak control rakyat wujudkan One World Government. Elok lah tu.

Sementara US dan sekutunya skeptikal, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pula beria-ria kata dia sanggup jadi orang pertama disuntik vaksin Russia.

Duterte ni kalau bab kipas memang cemerlang. Dulu kipas China pun macam tu juga.

Yang menariknya, sebuah lagi negara Asia Tenggara iaitu Indonesia pun baru saja memulakan ujian klinikal fasa ke-3 (terakhir) bagi vaksin CoronaVac yang dibangunkan oleh firma Sinovac dari China. Kalau berjaya, dah boleh agak hubungan China-Indonesia akan naik ke next level.

Race untuk membangunkan vaksin bukan sekadar untuk menyelamatkan nyawa, untuk tujuan komersial, malah ia juga melibatkan soal prestij dan pengaruh kuasa-kuasa besar.

Fear, interest, honour – 3 motivasi azali negara dalam hubungan antarabangsa.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.