Mungkin semua sudah lupa tentang Paul the Octopus. Sotong kurita ini pernah tular sebelum zaman kebangkitan Facebook. Ia hidup antara 26 Januari 2008 hingga 26 Oktober 2010.

Dalam tempoh dua tahun ini, ia mencapai populariti global kerana berjaya membuat ramalan untuk Euro 2008 bagi pihak Jerman.  Jerman dijadualkan bertembung dengan Poland, Croatia, Austria, Portugal, Turki dan Sepanyol.

Keenam-enam perlawanan, ia meramal Jerman menang. Hanya dua kali ia tersilap.

Cara Paul memilih pihak pemenang.

Dalam Piala Dunia 2010 pula, Paul meramal kekalahan Argentina. Lucunya seorang tukang masak Argentina naikkan resepi sotong kurita di Facebook sebagai balasan.

Jadi senang kata, sotong kurita memang kerap menonjol diri yang agak bijak. Cuma ketika itu ramai tidak sedar. Berkali-kali sebenarnya sotong kurita menunjukkan kebolehan untuk berfikir.

Sebuah akuarium di Santa Monica, California, pernah mengalami situasi yang mencurigakan. Pada suatu pagi, pekerja mereka terkejut melihat lantai dibanjiri air laut begitu banyak.

Rupanya sepasang sotong kurita telah ternampak dan menarik sebuah injap yang serba longgar (Pool, 2009). Ini mungkin boleh dibuat secara kebetulan saja. Tetapi bukti-bukti lain mendedahkan kebijaksanaan sotong kurita.

Sotong kurita pernah dilihat mahir membina tembok dengan menggunakan batu atau cangkerang. Kemahiran ini juga dilihat dalam sotong kurita berurat yang lain.

Cara Paul memilih pihak pemenang.

Pada tahun 2009, Muzium Victoria di Australia mendapati sotong mereka mencari kulit kelapa di dasar laut… mencucinya dan membawa untuk tujuan pembinaan tempat persembunyian (Finn, Tregenza, & Norman, 2009).

Malah, sotong kurita juga akan bermain sesama sendiri, menunjukkan personaliti masing-masing yang berlainan antara satu sama lain. Sebab itulah setiap sotong kurita dalam akuarium diberikan nama, dikenalpasti melalui warna dan perangai.

Menguji kebijaksanaan sotong kurita.

Sebuah kajian dijalankan pada 44 sotong kurita. Setiap dua minggu, mereka akn membuka tangki dan menyentuh sotong dengan berus tabung uji. Kemudian mereka akan diberikan makanan iaitu ketam yang digemari.

Dapatan mereka ialah, 44 sotong kurita memberikan 19 respon berlainan. Ada yang memberi tindakbalas pasif – ada yang mempunyai sifat ingin tahu.

Dan sifat sotong ini diwarisi turun-temurun mereka pula, dengan personaliti bagaikan sambungan walaupun tidak dibesarkan bersama. Ini menunjukkan personaliti masing-masing ialah tenunan genetik (Dean, 2019).

Malah sotong kurita berkemahiran dalam menyelesaikan masalah melalui proses “trial and error”.

Pada tahun 2017, saintis mengenalpasti cara sotong kurita mengeluarkan daging daripada haiwan bercangkerang.

Mereka diberikan kupang dan kerang. Selalunya mereka akan memilih kupang kerana mudah dibuka sendiri. Kerang pula perlu digerudi menggunakan anggota macam lidah.

Ada masanya saintis mengikat makanan menggunakan wayar. Sotong kurita didapati menukar teknik sahaja untuk membuka, sekali gus membuktikan potensi penyelesaian masalah dan kepelbagaian strategi untuk mencapai matlamat – selesaikan yang mudah dulu.

Warisan genetik dan strategi penyelesaian berputik daripada otak seakan-akan sama seperti manusia.

Proses otak pun sama seperti manusia. Dan sotong kurita mampu menyimpan memori buat suatu jangka masa lama, menunjukkan jejak evolusi antara dua makhluk ini (common ancestor).

Manusia mungkin telah lama selesa dengan kedudukan sebagai spesis paling pintar di dunia. Memang tidak boleh dinafikan manusia pandai, dan tidak boleh dibandingkan dengan sotong kurita.

Cuma masalahnya – sotong kurita tidak menyertai money game sampai lebur RM5,000 pun.

RUJUKAN:

Dean, S. (2019, Mac 6). Octopus and Squid Evolution Is Officially Weirder Than We Could Have Ever Imagined. Science Alert.

Finn, J.K., Tregenza, T., & Norman, M.D. (2009, Disember 15). Defensive tool use in a coconut-carrying octopus. Current Biology. 19 (23).

Pool, B. (2009, Februari 27). Did this mollusk open a bivalve? Los Angeles Times.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.