Moving Forward As One

Rupa-Rupanya H!tler Merupakan Seorang Buaya!

5,229

Semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) meletus, semua tahu siapa arkiteknya. Bagi Si Misai Kontot, WWII diharap menjadi pembuka jalan kepada empayar Aryannya yang akan bertahan selama sealaf dengan kuasa-kuasa dunia lain tunduk terhadapnya. Tetapi tidak ramai tahu, dia juga seorang buaya darat dan setiap hubungannya berakhir dengan tragedi.

Bagi memahami mengapa penulis menggelar Si Misai Kontot buaya darat, boleh amati anekdot seorang ahli partinya bernama Ernst Rohm. Rohm secara bergurau berkata, “Bila wanita bekerja di ladang-ladang dan membongkok sehingga menampakkan punggung mereka, itulah yang dimahukan dia terutama bagi yang mempunyai punggung bulat dan besar. Itulah kehidupan s.ek.s Si Misai Kontot.”

Di khalayak awam, dia dikenali dengan imej ucapannya yang berapi yang menyemarakkan sokongan terhadapnya. Tetapi bagi mana-mana wanita yang digilainya, Si Misai Kontot berubah menjadi seorang yang lembut, baik dan suka bergurau dengan mereka. Dia membuatkan mereka percaya bahawa hanya mereka saja yang bertakhta di hatinya.

Tetapi ironinya, Si Misai Kontot tidak sukakan wanita yang bijak kerana menganggap mereka sebagai satu an.ca.man terhadapnya. Mungkin atas sebab itulah, dia menahan diri daripada menjalinkan hubungan dengan pembikin filem Leni Riefenstahl. Riefenstahl memang diketahui menyimpan perasaan terhadap Si Misai Kontot tetapi tuan punya badan memilih menolak cinta yang ditawarkan.

Rajah 1: Leni Riefenstahl

Dia juga mahukan wanita yang digilainya itu hanya fokus terhadap dirinya sahaja dan bukan orang lain. Sekiranya wanita itu berlaku curang atau enggan menurutinya, maka Si Misai Kontot berubah menjadi raksasa g.an.as terhadap mereka.

Perkara ini menimpa kepada anak saudaranya, Angela ‘Geli’ Raubal. Anak kepada kakak tiri Si Misai Kontot, Angela, dia sudah menggilai anak saudaranya itu walaupun beza usia mereka ialah 19 tahun. Apabila Geli berpindah ke Munich pada 1929 untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Ludwig Maximilian, dia memilih tinggal di apartmen milik bapa saudaranya itu.

Rajah 2: Angela ‘Geli’ Raubal

Sejak itulah, kehidupannya bertukar menjadi neraka dunia. Walaupun kedua-duanya dikatakan mempunyai hubungan intim bak kekasih, Geli dikatakan tidak tahan dengan keinginan se.ksu.al Si Misai Kontot yang pelik termasuk memintanya kencing di atas badannya. Dakwaan ini dibangkitkan oleh pengkritik tegar Si Misai Kontot dalam parti, Otto Strasser.

Selain itu, Geli juga dikatakan mempunyai hubungan dengan ramai lelaki termasuk pemandu bapa saudaranya, Emil Maurice. Apabila Si Misai Kontot mendapat tahu apa yang berlaku, dia mengacukan sepucuk pi.st.ol ke arah Maurice dan mengarahkan hubungan tersebut ditamatkan. Malah, Si Misai Kontot tidak teragak-agak selalu mende.ra Geli sebagai ingatan bahawa dia sahaja yang harus bertakhta di hatinya.

Kerana tidak tahan, wanita muda berusia 23 tahun itu mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri dengan pi.st.ol Mauser kepunyaan Si Misai Kontot pada September 1931. Apabila berita tersebut tersebar, dia mengalami kemurungan teruk dan mengisytiharkan hanya Geli saja yang bertakhta di hatinya. Sebagai bukti, Si Misai Kontot mengarahkan biliknya tidak diusik dengan gambar anak saudaranya digantung di situ dan Parlimen di Berlin.

Sebelum Pe.ra.ng Dunia Pertama (WWI) meletus, dia banyak menghabiskan masanya di rumah-rumah setinggan di Vienna dan Munich. Sesetengah daripadanya merupakan rumah-rumah pelacuran. Walaupun menganggap pelacur sebagai bukti kemerosotan moral di Jerman dan Austria, wujud khabar angin Si Misai Kontot selalu melanggan khidmat mereka dan pernah menerima rawatan sifilis.

Selepas tamat WWI, Si Misai Kontot menyertai Parti Pekerja Jerman yang kemudiannya berubah menjadi Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman. Semasa tempoh ini, dia dikatakan menjadi kegilaan ramai wanita tetapi sentiasa bermasalah kerana sikapnya yang suka main kayu tiga. Antara yang pernah merasa bahana ini ialah seorang wanita Austria bernama Suzi Liptauer.

Hubungan mereka dikatakan bertahan sehingga 1921. Hubungan tersebut kemudiannya diputuskan oleh Liptauer yang tidak tahan dengan kerenah buaya darat Si Misai Kontot termasuk mengadakan hubungan sulit dengan seorang lagi wanita bernama Emmi Marre. Wanita itu kemudiannya cuba membu.nu.h diri di sebuah hotel tetapi berjaya diselamatkan pekerja hotel.

Angkara insiden tersebut memaksa Si Misai Kontot kembali semula ke pangkuannya. Bagaimanapun, itu tidak menghalangnya dari terus menjalin hubungan dengan Marre sehinggakan wanita itu menggelarnya Wolfchen (serigala kecil). Apabila Si Misai Kontot memutuskan hubungan dengannya, dia merasakan dunianya sudah ha.nc.ur berkecai.

Ada pula yang dikatakan memberi pengaruh positif kepadanya. Wanita yang dimaksudkan ialah Mitzi Reiter dan kedua-duanya bertentang mata di luar sebuah kedai milik keluarga Reiter di Obersalzberg. Pada ketika itu, dia baru berusia 16 tahun dengan Si Misai Kontot berusia 37 tahun.

Rajah 3: Mitzi Reiter. Sumber: Daily Mail

Bagaimanapun, sebaik pulang ke Munich, kelihatan seperti bakal di.kta.tor Jerman itu sudah melupakan Reiter. Bagi Si Misai Kontot, dia ada sebab baik untuk berbuat demikian. Sekiranya orang mendapat tahu perihal hubungannya dengan Reiter, sudah pasti dia akan ditahan dan dipe.nj.arakan kerana mempunyai hubungan dengan remaja bawah umur. Silap haribulan, semua hubungan lamanya akan terbongkar termasuk obsesinya terhadap Geli.

Reiter yang patah hati melakukan perkara sama yang dilakukan oleh Liptauer di kediamannya tetapi berjaya diselamatkan oleh abang iparnya. Dia kemudian berkahwin dengan seorang pemilik rumah tumpangan tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan sehingga 1931. Selepas itulah, Si Misai Kontot dan Reiter kembali menjalinkan hubungan intim.

Bagaimanapun, apabila dia mahukan agar ikatan perkahwinan berlaku antara mereka, Si Misai Kontot menolak. Ini memaksa mereka kembali berpisah. Kedua-duanya kembali bersua pada 1934 di Parlimen dengan Si Misai Kontot mahukan Reiter kembali ke sisinya. Bagaimanapun, dia terus menolak selagi mana Si Misai Kontot enggan mengahwininya.

Reiter kemudiannya berkahwin dengan seorang pegawai te.nt.era Jerman yang kemudiannya terbu.nu.h semasa di Dunkirk pada 1940. Sebagai tanda simpati, Si Misai Kontot menghantar 100 kuntum bunga ros kepadanya. Menurut adiknya Paula, Reiter berkemungkinan satu-satunya wanita yang dapat menghalang keinginan gilanya itu.

Selepas berkuasa pada tahun 1930-an, bukan satu rahsia Maurice selalu disuruh Si Misai Kontot untuk mencari wanita-wanita cantik terutama pelakon untuk menghabiskan malam bersama. Sesetengah daripadanya berakhir di ranjang tetapi ada juga yang berakhir dengan keinginan s.eks.ual peliknya. Ini berlaku kepada pelakon Renate Muller.

Rajah 4: Renate Muller

Muller dikatakan diperkenalkan oleh Menteri Propaganda Jerman, Joseph Goebbels kepada Si Misai Kontot semasa tempoh berkenaan. Hubungan mereka dikatakan intim dengan dia dikatakan menghadiahkan seutas gelang berlian yang mahal khas untuknya. Bagaimanapun, seperti hubungan-hubungan lain, ia berakhir dengan tragedi.

Mengikut versi rasmi kerajaan Jerman ketika itu, Muller mengalami ketagihan heroin hingga memaksanya dimasukkan ke sebuah sanatorium. Dia kemudiannya mengalami tekanan perasaan sehingga mendorongnya terjun dari tingkat tiga sanatorium dan ma.ti di situ.

Walau bagaimanapun, ramai percaya Muller sebenarnya dib.un.uh oleh pihak Gestapo atau memb.un.uh diri bagi menutup rahsia keinginan se.ksu.al pelik Si Misai Kontot. Ini berlaku selepas pelakon itu mendedahkan perihal anehnya itu semasa kembali ke set penggambaran beberapa hari selepas pertemuan mereka. Susulan itu, Muller disenarai hitam dan bakal didakwa atas tuduhan je.na.yah.

Ini mendorongnya mengambil heroin secara berlebihan sebelum dibawa ke sanatorium untuk rawatan. Tetapi Muller sedar hidupnya tidak akan bebas selagi Si Misai Kontot masih merasakan dirinya satu an.ca.man. Atas sebab itulah, konspirasi sebegini timbul di sebalik ketegasan Berlin bahawa ia hanya sekadar insiden b.un.uh diri.

Yang pasti, perempuan simpanan Si Misai Kontot, Eva Braun yang akhirnya menjadi teman terakhirnya pada tahun-tahun terakhir WWII. Dan seperti kita tahu pada 30 April 1945, kedua-duanya menamatkan riwayat mereka sendiri di bunker khas mereka. Si Misai Kontot mene.mb.ak dirinya sendiri manakala Braun mengambil sianida.

Rajah 5: Eva Braun

Tetapi kecintaan Braun hanya boleh diatasi kegilaan isteri Goebbels, Magda terhadap Si Misai Kontot. Malah, dia pernah mengakui perkahwinannya dengan Menteri Propaganda Jerman itu sebagai jalan untuk terus rapat dengan di.kta.tor Jerman itu. Dan seperti ramai wanita lain yang pernah muncul dalam hidup Si Misai Kontot, obsesi cintanya itu berakhir dengan tragedi.


Rajah 6: Magda Goebbels

Selepas mendapat tahu cinta agungnya itu memb.un.uh diri, pasangan Goebbels merasakan mereka tidak mahu lagi hidup. Selepas meracun kesemua enam orang anak mereka, Goebbels mene.mb.ak Magda sebelum mene.mb.ak dirinya sendiri. Bagi mereka, ma_ti lebih baik daripada hidup di dunia tanpa Si Misai Kontot.

RUJUKAN:

Carradice, P. (2021). It’s shocking how many beautiful women fell for Hitler – but not as awful as the te.rri.ble fates that befell them: New book reveals the Fuhrer’s se.xu.al allure and how every a.ffai.r ended in ho.rr.or or tr.ag.edy. Daily Mail.

Ruangan komen telah ditutup.