Rupa-Rupanya Dulu Wujud Cukai Kencing

734

Manusia ni, bila bercakap tentang perihal dan kerja lain, mungkin akan buat endah tak endah atau buat kerja dengan cukup rasa. Tapi, bila melibatkan perihal buat duit, bukan main kreatif lagi idea yang dikeluarkan. Contohnya macam cukai. Raja Eropah seperti Henry VII pernah adakan cukai janggut. Pada zaman kolonial, kita mendengar tentang cukai kelamin dan di Rome, cukai aneh yang diadakan oleh mereka ialah cukai kencing yang diperkenalkan oleh Maharaja Vespasian.

Sekadar latar belakang, Rom pada zaman tersebut baru sahaja habis berp3rang pada zaman Empat Maharaja. Kem4tian Maharaja Nero sebelum itu telah mencetuskan ketidakstabilan politik yang dituruti dengan p3rang saudara pada zaman Empat Maharaja tersebut.

Pengawal Praeotor mengangkat Galba sebagai Maharaja baharu. Walau bagaimanapun, tindakan baginda dalam mengenakan cukai tinggi pada kawasannya dan penarikan penambah baikan Nero yang pro-rakyat menyebabkannya dibenci ramai. Bangsawan Rom, Otho kemudiannya merasuah pengawal Praeotor untuk membunuh Galba.

Otho kemudiannya diangkat menjadi maharaja, hanya untuk berdepan dengan ancaman baru daripada Gabenor Germania Dalaman, Vitellius. Sekalipun Otho dianggap sebagai pemimpin yang dianggap baik oleh Senat dan cuba untuk elakkan p3rang saudara daripada berlaku lagi, bala tentera Vitellius tetap maju ke arah Rom dan berjaya mengawal ibu kota tersebut setelah Otho membvnuh d!ri.

Kemudian, muncul lagi seorang pemain dalam p3rang saudara ini. Vespasian. Sebelum ini, baginda telah ditugaskan untuk meredakan pemberontakan Yahudi di Judea. Setelah pemberontakan ini tamat, sebuah ramalan tentang kedatangan pemimpin dunia (Messiah) daripada Judea telah diterbitkan.

Vespasian menganggap ramalan ini adalah tentangnya dan dengan bantuan daripada gabenor gabenor Rom, tentera Rom di Timur Tengah dan penyokong Otho, akhirnya Vespasian menggerakkan tenteranya ke Rom. Setelah orang Vespasian menangkap dan membunvh Vitellius, Vespasian diangkat oleh Senat sebagai Maharaja Rom yang baharu, walaupun beliau masih lagi berada di Alexandria, Mesir.

Tapi itulah, dengan p3rang macam ni, mana tak kosong perbendeharaan negara. Jadi, sistem percukaian negara telah direformasikan dengan sebaik mungkin. Antara cukai aneh yang diperkenalkan oleh Vespasian ialah cukai kencing, atau dalam bahasa Latinnya, Pecunia non olet. Cukai ini sebenarnya sudah pun ada pada zaman Nero tapi dipinda sebentar.

Mungkin anda akan hairan kenapa kencing pun nak dicukaikan, tapi apabila anda faham sejarah tentang kencing, mungkin anda tak akan persoalkan lagi. Kencing, pada zaman purba adalah komoditi penting. Kalau anda tak ada kayu tannin untuk samak kulit binatang, anda boleh gunakan kencing. Nak cuci kain? Boleh gunakan kencing. Nak kasi luntur warna bulu dan kain? Gunalah kencing. Dalam industri dan ekonomi tekstil pada zaman Rom, kencing adalah aset sebenarnya.

Untuk memperoleh kencing ini, pengutip kencing akan mengumpul kencing tersebut di tandas awam dan kemudiannya dijual kepada sesiapa yang mahu. Vespasian mengenakan cukai bagi aktiviti ini. Disebabkan ini, orang Rom mula memanggil tandas awam sebagai Vespasian.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dalam satu catatan, anak Vespasian, Titus telah mengkritik akan cukai ini. Vespasian kemudiannya meletakkan duit hasil cukai kencing di bawah hidung Titus dan bertanya adakah ia berbau. Titus kemudiannya menjawab, “Ya, tahu…tapi ia tetap berasal daripada air kencing”. Daripada sinilah, datangnya frasa Pecunia non olet tersebut. Dalam bahasa Latinnya, ia bermaksud duit tak berbau.

Pelik sekalipun cukai yang diperkenalkan Vespasian, ia sebenarnya membantu ekonomi Rom kembali pulih. Malah, perbendaharaan Rom sebenarnya mencapai lebihan surplus sebab sistem cukai tersebut. Mungkin benar apa yang orang cakap, if it works, it ain’t stupid. Bangang macam mana pun idea itu, kalau ia menyelesaikan masalah, ia tak bangang.

RUJUKAN:

Dio, C. (1924). Dio’s Roman History: With an English Translation by Earnest Cary. On the Basis of the Version of Herbert Baldwin Foster. In 9 Volumes. W. Heinemann, the Macmillan Company.

“Feeling Overtaxed? The Romans Would Tax Your Urine”. National Geographic News. 14 April 2016. Retrieved 4 March 2019.

Josephus, F. (2014). The War of the Jews. Simon and Schuster.

Mellor, R. (2012). Tacitus. Routledge.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.