Moving Forward As One

Runtuhnya Empayar Rusia Kerana Cinta

2,357

PayLater by Grab

Cerita ini tidak semestinya menjadi satu-satunya punca kejatuhan Empayar Rusia, tidak sama sekali. Namun ia tetap menjadi salah satu faktor yang masih popular dalam sejarah kejatuhan monarki Rusia. Tetapi sebelum itu kita perlu fahami dahulu faktor-faktor utama yang menjatuhkan Empayar Rusia dan memulakan pemerintahan komunis pada tahun 1917.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Selama beratus-ratus tahun, kerabat elit Tsar yang kaya raya memerintah Empayar Rusia, di mana sebahagian besar rakyatnya terdiri daripada kelas petani. Semuanya berakhir ketika Rev.olu.si Februari tahun 1917, yang dicetuskan oleh sejumlah faktor penting, antaranya masalah ekonomi, sosial, dan politik. Tetapi jarang diceritakan yang semua masalah ini gagal diatasi pemerintah kerana cinta yang berlebihan terhadap isterinya.

Ketika Empayar Rusia terlibat dalam Pe.ra.ng Dunia Pertama, lebih dari lima belas juta orang dikerahkan menyertai tentera, lalu menyebabkan kekurangan pekerja di sektor kilang dan ladang. Ini sekaligus menyebabkan kekurangan makanan dan bahan asas.

Apabila barang keperluan semakin sukar didapati, harga barang tentulah menjulang tinggi, dan tidak lama kemudian ben.cana keb.ul.uran melanda di kota-kota Rusia. Kemarahan golongan kelas bawahan kian memuncak, kerana pekerja kilang terpaksa mender.ita selama 12 hingga 14 jam setiap hari dengan kadar gaji rendah dan peruntukan kesihatan dan keselamatan yang tidak mampu ditanggung.

Ru.suhan dan mogok berlaku di mana-mana saja. Di ladang, keadaan jauh lebih teruk. Selama berabad-abad, sekelompok kecil pemilik tanah bangsawan menguasai sebilangan besar pekerja yang ‘diberi hak’, yang pada hakikatnya terikat dengan tanah (hamba). Pada tahun 1861, Tsar Alexander II membebaskan para petani ini dan masing-masing diberikan sedikit tanah untuk diusahakan.

Sebilangan jumlah tanah yang kecil diberikan kepada petani untuk mengusahakan ladang terbukti tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan makanan kepada setiap keluarga, dan kerana itu juga ia menyebabkan berlakunya ru.suhan besar-besaran di kawasan desa.

Tsar Nicholas II

Tetapi apa yang pewaris Alexander II dan Alexander III iaitu Nicholas II lakukan? Apa reaksi Nicholas II terhadap segala kesukaran yang ditanggung oleh rakyatnya? Sebahagian besarnya adalah mengabaikan mereka, dan atas cadangan isterinya sendiri, dia menggunakan kekerasan dengan mengerahkan pasukan tentera untuk memadamkan ru.suhan atau mengakhiri pembero.n.takan.

Popularitinya kian merosot, dan pada tahun 1915, keadaan semakin buruk apabila Nicholas memutuskan untuk turun ke barisan hadapan bagi menaikkan moral tentera Rusia dalam Pe.ran.g Dunia Pertama dan meninggalkan tanggungjawabnya kepada isterinya yang tercinta.

Kisah-kisah sebegini bukan hanya berlaku terhadap Empayar Rusia sahaja, sejarah ketamadunan China pernah menyaksikan beberapa kali empayar pernah jatuh kerana cinta, Empayar Rom juga nyaris-nyaris tumbang kerana cinta, bahkan, Empayar Uthmaniyah pernah porak peranda seketika apabila seorang wanita yang dicintai sultan terlalu berpengaruh di tampuk kekuasaan hingga seorang putera terpaksa dikor.bankan bapanya sendiri.

Apa yang akan diceritakan ambillah sebagai pengajaran supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam mencintai seseorang sekiranya kita menggalas tanggungjawab yang besar, lebih-lebih lagi sebagai pemerintah sebuah negara.

Latar Belakang

Tsarina Alexandra Feodorovna, atau namanya sebelum menjadi tsarina Empayar Rusia, Alix of Hesse adalah cucu kesayangan Ratu Victoria. Dia enggan dikahwinkan atas tujuan politik. Sebaliknya, dia memilih untuk mengahwini cinta sejatinya. Puteri tersebut jatuh cinta dengan Grand Duke Nicholas, pewaris takhta Empayar Rusia, dan Nicholas juga turut sama jatuh cinta dengan Alix.

Tsarina Alexandra Feodorovna atau Alix of Hesse

Ratu Victoria agak keberatan untuk merestui perkahwinan itu, dia bukanlah membenci Nicholas, tetapi dia tidak menyukai Rusia dan dia percaya yang Alix tidak akan selamat jika tinggal bersama kerabat diraja di sana.

Ibu bapa Nicholas adalah anti-Jerman, mereka menentang hasrat Nicholas mahu mengahwini Alix kerana Alix adalah seorang puteri dari Jerman. Mereka pernah cuba mencari pasangan lain yang lebih sesuai. Namun, Nicholas mengatakan bahawa dia lebih menjadi pendeta daripada mengahwini wanita yang tidak dicintainya.

Pada tahun 1894, tahap kesihatan bapa Nicholas, Tsar Alexander III kian merosot. Untuk tidak menyukarkan proses pewarisan takhta sekiranya dia meninggal dunia, dia terpaksa mengizinkan Nicholas melamar Alix dalam keadaan yang tanpa kerelaan.

Alexander III akhirnya meninggal dunia pada 1 November 1894 dan Nicholas ditabalkan menjadi Tsar Nicholas II. Alix memeluk ajaran Gereja Ortodoks dan diberikan nama Rusia sebagai Alexandra Feodorovna, dan pasangan diraja itu melangsungkan perkahwinan pada 26 November 1894.

Empat anak pertama yang dilahirkan oleh pasangan diraja itu kesemuanya adalah anak perempuan. Ini membuatkan rakyat Rusia bimbang jika pewaris lelaki tidak akan dilahirkan. Oleh itu, pasangan ini mula beralih kepada kaedah tradisional untuk mendapatkan anak lelaki.

Pada tahun 1904, impian seluruh Empayar Rusia akhirnya menjadi kenyataan, Putera Alexei dilahirkan. Namun, Alexei didapati menghidap gejala hemofilia.

Hemofilia adalah sejenis gangguan genetik berdasarkan keturunan yang menghalang da.ra.h dari membeku. Pesakit kebiasaannya ma.ti pada usia muda kerana badan mereka tidak boleh menghentikan penda.rahan.

Grigori Rasputin

Genetik bermutasi yang menyebabkan hemofilia terletak pada kromosom X. Biasanya, wanita adalah pembawa gejala ini dan lelaki adalah individu yang menghidapinya. Alix mewarisi kromosom X yang bermasalah dari neneknya, Ratu Victoria.

Alix menjadi begitu obses terhadap keadaan kesihatan Alexei. Dia amat terdesak sehingga akhirnya dia meminta bantuan tokoh mistik Siberia, Grigori Rasputin yang terkenal. Entah bagaimana, kebetulan atau suratan, Rasputin ‘berjaya’ menyelamatkan nyawa Alexei selepas beberapa kali melakukan rawatan mistik.

Pada tahun 1915, Nicholas II berangkat ke barisan hadapan bagi menaikkan moral tenteranya yang di ambang kekalahan semasa Pera.ng Dunia Pertama demi Empayar Rusia. Dia meninggalkan Alix yang memangku kedudukan pemerintah empayar.

Semasa ketiadaan Nicholas, Rasputin menggunakan pengaruhnya terhadap Alix untuk menukar ramai pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai contoh, Alix telah melantik empat perdana menteri dalam masa enam belas bulan.

Pengaruh Rasputin terhadap pasangan diraja itu meningkatkan rasa tidak puas hati rakyat Rusia terhadap Tsar Nicholas II. Ini melunturkan populariti Nicholas II di kalangan rakyat di saat Empayar Rusia terlibat dalam pera.n.g.

Alix juga semakin tidak popular di kalangan rakyat Rusia. Mereka mentafsirkan sikap semulajadi ratu tersebut yang pemalu dan pendiam sebagai sombong dan bongkak. Malah neneknya, Ratu Victoria, menasihatinya untuk memperbaiki popularitinya. Namun, Alix tidak menghiraukan nasihat itu kerana mempercayai kesetiaan rakyat Rusia adalah anugerah Tuhan.

Dia lebih suka menghabiskan masanya dengan Nicholas dan anak-anak mereka. Rakyat Rusia semakin percaya bahawa Alix yang merupakan bekas puteri dari Jerman (Jerman adalah m.usuh Sekutu semasa Per.an.g Dunia Pertama) memiliki agenda dan bersekongkol untuk menentang Rusia.

Menambahkan lagi tanggapan yang buruk, ratu tersebut mempengaruhi Nicholas II untuk menundukkan desakan proses demokratik di Rusia dan terus memerintah secara autokratik. Malahan terdapat spekulasi yang mendakwa Alix memiliki hubungan sulit di ranj.ang bersama dengan Rasputin, namun itulah kuasa spekulasi, mampu meruntuhkan sebuah negara.

Rev.olu.si Oktober menjadi titik permulaan era negara Komunis

Nicholas II memerintah Empayar Rusia, tetapi dia bahkan diperintah oleh isterinya sendiri, apa yang menjadi isu adalah isterinya memberikan pandangan yang salah dan mengasingkan Nicholas II dari kenyataan sebenar yang Rusia sedang hadapi.

Ko.rba.n yang tinggi dalam Per.ang Dunia Pertama, kejatuhan ekonomi, dan ben.cana kebul.uran yang melanda rakyat Rusia akhirnya mencetuskan Revo.lusi Februari hinggalah Rev.olusi Oktober pada tahun 1917. Nicholas II terpaksa melepaskan takhtanya. Pada tahun 1918, Bolshevik (kerajaan komunis baru Rusia) membu.nuh Nicholas II dan seluruh ahli keluarganya.

Pihak Bolshevik dengan tergesa-gesa menyimpulkan Pera.ng Dunia Pertama tamat pada tahun 1918 dan fokus bertem.pur dalam peran.g saudara melawan beberapa paksi yang bertentangan, yang mereka menangi pada tahun 1922. Dengan itu, Kesatuan Soviet, negara komunis pertama di dunia, dilahirkan.

Keluarga terakhir Dinasti Romanov yang memerintah Empayar Rusia

Nicholas amat kurang bersikap tegas, tiada kemahuan memerintah, dan terlalu menurut kepada rasa cinta. Ia bertambah lagi teruk dengan menurut saja isterinya yang terlalu bebas memberi pandangan. Kesannya bukan terhadap Nicholas semata-mata, tetapi seluruh Dinasti Romanov menanggung akibatnya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dia berkahwin atas dasar cinta dan memperoleh kehidupan berkeluarga yang bahagia. Tetapi harga yang dibayar adalah rosaknya keperibadian seorang maharaja yang sepatutnya menjadi pembuat keputusan mutlak selaku pemerintah Rusia, atau dalam erti kata mudah, antara harga kebahagiaannya itu adalah pemerintahan monarki Empayar Rusia dan nyawa diri serta keluarganya sendiri.

RUJUKAN:

Massie, Robert K. (2012). The Romanovs: The Final Chapter. Random House.

King, G. (1999). The Last Empress, Replica Books.

Pipes, Richard (1997). Three “whys” of the Russian Rev.olu.tion. Vintage Books.

Ruangan komen telah ditutup.