Run On, 짱!: Bukan Drama Cliche Korea Biasa

1,749

Pra-tempah hanya di Shopee

Habis melayan episod finale drama Run On (런온) semalam, aku simpulkan inilah drama terbaik yang pernah aku layan sepanjang suku keempat 2020 sampai sekarang. Takde niat nak merendahkan drama hit lain (Start-Up, 18 Again, True Beauty, Mr. Queen) – sebab aku pun layan drama hit tu, tapi aku perasan drama Run On ada tarikan dia sendiri.
Rating drama ni tak setinggi drama hit lain, sebab tu drama Run On ni kategori underrated. Rating nationwide episod akhir pun 3.623 peratus (dekat sangat dengan rating tertinggi drama ni, 3.772 peratus).

Alkisahnya watak utama; Ki Seon-Gyeom (Im Si-Wan), pelari pecut pasukan kebangsaan Korea popular kerana latar belakang keluarga dia. Seon-Gyeom berjumpa dengan Oh Mi-Joo (Shin Se-Kyeong), seorang penulis sarikata filem.

Seo Dan-A (Choi Soo-Young) pula CEO agensi sukan yang Seon-Gyeom sertai. Dia hadap banyak diskriminasi kerana gendernya dan bertemu pula dengan Lee Young-Hwa (Kang Tae-Oh), pelajar universiti jurusan seni. Episod demi episod, diorang berempat jadi rapat dan ada cabaran masing-masing yang kena hadap.

Asalnya, aku tak tertarik dengan drama ni sebab aku expect drama ni bosan. Tapi lepas layan drama ni setiap Rabu & Khamis, aku perasan plot cerita drama ni tak cliché macam drama Korea biasa (contoh tema cliché pada aku – cinta di pejabat kerja, peguam, detektif, mistik). Malah, plot cerita setiap episod melangkaui expectation asal aku.

Drama ni menekankan realiti kehidupan watak-watak utama; masalah keluarga, kerjaya, komunikasi, gaya hidup, psikologi. Dengan semua watak utama terhubung secara “natural”, memang syok layan.

Makin aku telusuri babak Mi-Joo jadi penterjemah di “film site” tu, aku perasan kebenaran pahit pekerjaan di sebalik tabir perfileman. Cara macam mana penterjemah perlu salurkan mesej penting pengarah asing ke staf tempatan, cara sarikata diterjemahkan ikut konteks setempat atau liberal. Banyak input baru aku dapat lepas melayan drama ni.

Aku paling suka bila drama ni sertakan “movie reference” dalam adegan sesetengah episod. Reference filem ET, Temptation of Wife, James Bond dan filem Korea lain. Belum masuk part “filem khas” Code Name: Candy dalam drama tu, memang berdekah melayan aksi watak utama tu. “Quote” filem banyak, lawak diorang pula ‘on point’.

Lepas lama melayan drama ni, aku perasan aku ada berkongsi “trait” sama seperti watak-watak utama tu. Itu yang membuatkan aku lebih terikat dengan drama ni berbanding drama lain. Seon-Gyeom yang agak lurus tapi baik hati, Mi-Joo yang straightforward dan easy-going, Dan-A yang sassy dan tak suka berlapik, dan Yeong-Hwa yang happy go lucky memanjang.

Kombinasi watak dia memang istimewa. GyeonMi dan DanHwa couple memang kombo terbaik drama nih. (Ah, ada couple rahsia yang korang takkan expect siapa). Drama ni pun pentingkan perkara trivial, lagi lah buat drama ni menarik.

Tapi, tak semua adegan drama ni aku setuju. Ada part aku tak selesa juga, contoh elji-biti. Ada watak sampingan yang beridentitikan elji-biti dan buat aku tak selesa. Tapi memandangkan dia sekadar sampingan dan tak terlalu try hard nak normalisasi, drama ni masih syok untuk dilayan.

*Makin tak syok pulak bila makin banyak drama nak masukkan unsur elji-biti, hilang serinya.
Aku pun masukkan penulis skrip drama ni, Park Si-Hyun dalam watchlist aku selain Kim Eun-Sook (Descendants of the Sun, Goblin, Mr. Sunshine) dan Lee Woo-Jung (Hospital Playlist, Reply 1988, Prison Playbook). Run On ni drama debut buat Park Si-Hyun, gempak.

Hujung-hujung episod finale, Mi-Joo sempat “diss” prinsip happy ending dalam filem sebab tak gambarkan realiti sebenar. Mujur drama ni happy ending.

Memandangkan aku dah lama terikat dengan drama ni, susah jugak nak move on daripada drama feveret macam ni ni. Sindrom sama macam bila drama Goblin habis episod pada 2017.

Kalau korang tengah cari drama yang tak cliché pada plot ceritanya, tempo perlahan, roller-coaster emosi, kelakar dan “heartwarming”, aku cadangkan layanlah drama Run On. 4.9/5 bintang.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.