Rumusan Inkues Adib – Hari Pertama (11/2/2019)

96

1. 3 Orang saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib hari ini di Mahkahmah Shah Alam.

2. Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman 
Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan, Md Elliza Mohd Noor
Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman 

3. Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman berkata serangan dilakukan sejurus jentera itu tiba untuk memadamkan kenderaan yang terbakar.

Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman

“Saya nampak ia mengundur kemudian ke hadapan, mengundur lagi dan kemudian hilang daripada pandangan,” katanya.

Pada pandangannya, FRT diserang sehingga cermin hadapan jentera itu pecah.

“Saya dan anggota cuba masuk tetapi kekuatan anggota tidak mencukupi dan boleh mengancam keselamatan kami,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran lelaki India sekitar 3,000 hingga 5,000 di lokasi, jam 1 pagi pada 27 November.

“Durasi jentera diserang sekitar 10-15 minit sejurus mereka tiba,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah.

Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan

4. Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan, Md Elliza Mohd Noor berkata, sejurus tiba, jenteranya dihampiri lebih 50 individu yang menghalang mereka menjalankan tugas.

“Sebaik tiba, saya nampak mereka menghampiri kami dan dalam lima hingga 10 saat ada ketukan,” katanya.

Menurutnya, beliau curiga melihat pergerakan kumpulan tersebut yang menyorok tangan di belakang seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

“Selepas ketukan di sebelah penyelia, objek seperti batu bata dan helmet dibaling ke arah cermin hadapan sehingga retak.

“Saya rasa sangat takut. Dengan spontan saya mengundurkan jentera.”

Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman

5. Air mata saksi ke-2 yang juga merupakan rakan kepada arwah Adib akhirnya gugur apabila memaklumkan kepada mahkamah apabila menyedari Muhammad Adib tiada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ERMS.

“Selepas sampai di Balai Polis USJ 8, seorang anggota memaklumkan Muhammad Adib tiada.

“Saya mendengar pemandu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Shahril Osman memaklumkan kepada penyelia bahawa Muhamad Adib tidak ada di dalam EMRS.

“Encik Badrul selaku penyelia pasukan meminta kami menghubungi Muhammad Adib malangnya tidak berjawab.

“Kami cuba hubungi Muhamad Adib beberapa kali tetapi tidak berangkat, namun 15 ke 20 minit selepas itu, ada orang awam menggunakan telefon Muhamad Adib menghubungi kami dan memaklumkan dalam perjalanan ke SJMC,” katanya.

6. Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman berkata bahawa Muhammad Adib berada di sebelahnya memegang pintu EMRS dan sebelah tangan lagi diletakkan di atas papan pemuka (dash bord) untuk melihat FRT.

Beliau menegaskan bahawa Muhammad Adib berada di dalam kenderaan dengannya ketika jentera kebakaran berundur ke arah mereka semasa kekecohan rusuhan di kuil tersebut.

“Dia duduk di sebelah saya, waktu itu saya cakap kat dia, lajunya si Hazim ni,” katanya.

Menurutnya, Hazim yang merupakan anggota pemadaman dari FRT turun untuk membuka loker yang menyimpan gegelung air.

“Tetapi belum sempat Hazim capai gegelung tersebut, sekumpulan individu mula menyerbu.

“Selepas itu saya tidak nampak kelibat Hazim tetapi kumpulan tersebut melulu ke arah kiri dan kanan EMRS,” katanya.

7. Prosiding hari pertama inkues kematian Muhammad Adib ditangguhkan dan bersambung esok.

#justice4adib

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.