Rumusan Inkues Adib – Hari Ketiga (13/2/2019)

158

1. 2 Orang saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib hari ke-3 ini di Mahkahmah Shah Alam.
.

2. Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 4 (Saksi Awam) – Pelatih pramugara AirAsia, Amirrul Adli M Yussli.

Saksi 4 mengatakan beliau dimaklumkan oleh peserta rusuhan bahawa Adib dibantai berulang kali

Saksi 5 – Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba Subang Jaya, Badrul Hisyam [email protected]
.

3. Saksi 4 nampak Jentera Bomba diserang peserta rusuhan.

Saksi 4 berkata beliau dan rakannya, Azfar Jamili Bakar Jamili dalam perjalanan ke Putra Heights, sebelum bertembung sekumpulan individu di tempat kejadian.

“Kami kemudian menghentikan kereta kerana jalan tidak boleh dilalui, kami tidak tahu apa yang sedang berlaku dan nampak kereta terbakar.

“Kami kemudian bertanya beberapa orang di situ, apa yang sedang berlaku dan mereka kata sekumpulan orang telah menyebabkan kekecohan di kuil.”

Saksi 4 kemudian menghentikan kenderaannya di tepi jalan dan ternampak beberapa orang berbual serta minum arak sambil mengelilingi kereta terbakar.

“Saya melihat trak bomba dan van EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) menuju ke arah kereta terbakar, tetapi orang-orang yang berada di situ meminta mereka tidak memadamkan api.

“Kemudian, kira-kira 50 orang mendekati trak dan van tersebut dan mula membaling botol. Salah seorang daripadanya cuba memecahkan cermin depan dengan batu.”

Katanya, jentera bomba itu kemudiannya mengundur dan melanggar van EMRS.

“Ia berlaku kurang daripada 5 saat. Van itu turut melanggar sebelah kanan kereta saya yang diletakkan di sebelah bahu jalan.
.

4. Saksi 4 mengatakan beliau ada ternampak anggota bomba itu duduk di bahu jalan dan mengerang kesakitan.

“Semasa memeriksa keadaan kereta, saya melihat seorang anggota bomba duduk di bahu jalan dan sedang memegang dadanya.

“Saya melihat dia seperti hendak pengsan. Beberapa orang tanya sama ada saya boleh hantarnya ke hospital. Saya kata tidak boleh kerana kereta sudah rosak, saya tidak dapat buka (pintu).”

Saksi 4 berkata, ketika itu, Adib masih dalam keadaan sedar dan 3 orang yang berada di sekitar tempat kejadian tidak nampak apa yang berlaku kepada Adib.

Katanya, beberapa individu kemudiannya membawa Adib ke lokasi lain dan beliau tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Arwah Adib digambarkan mengalami cedera parah apabila dilihat duduk dengan kaki dilunjur ke arah jalan, kepalanya menunduk manakala tangannya memeluk tubuh seperti menahan kesakitan.

“Walaupun cahaya lampu tidak berapa terang tetapi saya boleh nampak individu yang duduk di tepi jalan seperti menahan sakit itu memakai seluar seragam bomba. Saya hanya pandang sekali lalu iaitu kira-kira lima saat kerana saya sedang fokus pada pintu sisi kereta di bahagian pemandu yang kemek dan tidak boleh dibuka.

“Ketika saya menoleh ke arah anggota bomba itu saya nampak tiada sesiapa bersama dia,” katanya. 
.

5. Saksi 4 mengatakan beliau ada ternampak ada peserta rusuhan cuba memberikan bantuan kepada arwah Adib.

Saksi 4 berkata, beberapa minit kemudian antara lapan hingga 10 orang cuba memberi bantuan dengan mengusung Muhammad Adib bawa ke depan kereta milik saksi dan membaringkan mangsa di atas jalan raya.

Saksi 4 juga kemudian mendengar suara orang menjerit “Dia nak pengsan! Dia nak pengsan!” Sekali lagi beliau menjenguk ke arah arwah Adib dan melihat mangsa tidak bergerak malah kelihatan semakin lemah.

“Salah seorang yang menolong arwah Adib meminta tolong saya untuk hantar mangsa ke hospital dan saya hanya jawab tidak dapat tolong kerana pintu kereta saya tidak boleh dibuka.
.

6. Saksi 4 mengatakan beliau dimaklumkan oleh peserta rusuhan bahawa Adib dibantai berulang kali.

“Saya tanya orang dekat situ apa terjadi dengan arwah Adib kemudian mereka memberitahu mangsa kena bantai berulang kali.”

“Saya kemudiannya bertanya apa yang berlaku sebelum kepada salah seorang di situ memberitahu, dia (anggota bomba) kena bantai la. Apa lagi,” ujarnya.

Saya bertanya dengan orang lain pula tetapi bertanyakan apa yang berlaku kepada beberapa lagi orang lain namun semuanya menjawab tidak nampak”, katanya.

“Saya dengar dia telah dipukul, tetapi saya tanya orang yang berada di situ, mereka kata tidak nampak apa-apa.

“Saya kemudian membuat laporan polis mengenai kerosakan pada kereta dan beberapa hari selepas itu, saya baru dapat tahu kejadian itu dan pergi ke Balai Polis Shah Alam untuk memberi kenyataan mengenai Adib.”

Ketika menjawab soalan mahkamah sama ada beliau nampak atau tidak sebarang lebam atau luka pada tubuh badan arwah Adib, Saksi 4 hanya menjawab tidak nampak kerana keadaan samar-samar.
.

7. Saksi 5 mengatakan bahawa pada malam kejadian, lori bomba dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) yang terlibat dalam kejadian rusuhan ditidak dapat menggunakan alat komunikasi.

Saksi 5 berjata bahawa alat komunikasi mereka mengalami ‘blind spot’ ketika lori bomba berhenti kira-kira 30 meter dari sebuah kenderaan yang sedang terbakar.

Saski 5 yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab dengan operasi memadamkan kebaran ketika kejadian itu berkata tugasnya termasuklah menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) untuk menentukan tindakan yang perlu diambil pasukannya.

“Tapi pada masa yang sama alat komunikasi kami mengalami blind spot,” katanya.

Ketika kejadian itu, selain Badrul, lima anggota bomba lain dan seorang pemandu lori bomba Md Eliza Mohd Noor (Saksi 2), berada dalam pasukan sama.

Sementara arwah Adib berada di kerusi penumpang van EMRS bersama pemandu van itu, Ahmad Shahril Othman (Saksi 3)

Disebabkan tidak dapat berkomunikasi, Saksi 5 berkata dia mengarahkan semua pegawai tidak keluar dari kenderaan namun arahan itu tidak sampai kepada arwah Adib dan Shahril (Saksi 3)
.

8. Bomba diarahkan supaya balik dan tidak padamkan kebakaran.

Saksi 5 berkata “Dalam masa yang sama, sekumpulan orang awam ini datang ke jentera dan mengatakan ‘bomba balik, jangan padam’.

“Semasa mereka kata “jangan padam!” (mereka) jalan ke arah jentera dalam keadaan mencurigakan. Saya arahkan pada anggota saya jangan turun,” katanya menjawab soalan pegawai pengendali inkues Hamdan Hamzah.

Bagaimanapun, kata saksi 5, dua anggotanya turun ke belakang lori bomba untuk mendapatkan gelung hos sebelum dia sempat memberi arahan lanjut.

Susulan itu, beliau mengarahkan kedua-duanya kembali ke lori bomba. Salah seorang daripada anggota bomba yang turun berjaya kembali ke lori bomba, sementara seorang lagi yang diperkenalkan kepada inkues sebagai Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, tidak sempat.

“Pada masa itu lah berlaku balingan objek-objek keras pada jentera. Saya dapat melihat batu, kayu di baling pada jentera. Dan dalam masa itu Eliza bertindak mengundurkan FRT (lori bomba) kerana disebabkan ancaman balingan objek-objek keras.

“Dan dalam masa itu juga saya dimaklumkan oleh anggota mengatakan Hazim tidak ada bersama,” katanya.

Badrul turut menjelaskan bahawa ketika kekacauan itu, pintu lori bomba yang dinaikinya diketuk dari luar.

Saya paling ke belakang tak lihat ke depan takut mendatangkan Kecederaan kepada saya. Di samping saya memegang pintu di sebelah kiri saya kerana bunyi ketukan amat kuat dan menakutkan saya.

“Dan sebelah kiri saya pun saya rasa ada cubaan mengetuk pintu. Saya nampak sebilangan orang awam ada sebelah sisi kiri saya,” katanya
.

9. Saksi 5 hanya sedar arwah Adib ‘hilang’ apabila tiba di balai polis.

Kedua-dua kenderaan berkenaan berada di tempat kejadian kurang daripada 20 minit sebelum berundur dan menuju ke balai polis di USJ8.

Selepas tiba di balai, saksi 5 mendapati Adib tiada dalam van EMRS, sementara Hazim sempat menaiki van berkenaan.

Panggilan telefon kemudian dibuat ke telefon bimbit Adib beberapa kali, namun tidak berjawab sehingga sekitar pukul 1.34 pagi, orang awam yang menjawab dan memaklumkan Muhammad Adib dalam perjalanan ke hospital.
.

10. Laporan polis berdasarkan tanggapan.

Saksi 5 juga mengesahkan kenyataan Ahmad Shahril (Saksi 3) dalam laporan polis sebelum ini yang menyebut Adib “diheret dan dipukul” perusuh adalah berdasarkan tanggapan.

“Saya ada maklum pada beliau (polis betugas yang mengambil laporan) adakah laporan ini boleh diubah sebab kami tak nampak (dengan mata sendiri Muhammad Adib dipukul).

“Beliau mengatakan boleh (ubah laporan),” kata saksi 5.

Saksi 5 berkata, dia bagaimanapun tidak meminda laporan itu kerana menurutnya dia masih dalam keadaan trauma.

“Masa itu saya masih dalam keadaan trauma…Saya tak pasti untuk tindakan seterusnya,” katanya.

11. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.