Rumusan Inkues Adib – Hari Kelima (15/2/2019)

669
views

1. 2 Orang lagi saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib 15 haribulan lalu di Mahkahmah Shah Alam.

2. Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 8 (Saksi Awam) – S Suresh, 33, kontraktor.

Saksi 9 (Saksi Awam) – Narresh Rajandran, 30 tahun, Teknikal Kru.

Saksi ke-8.

3. Saksi 8 ditendang ketika terjatuh di atas kaki Adib.

Saksi 8 memaklumkan kepada Mahkamah Koroner hari ini bahawa dia ditendang ketika terjatuh ke atas seorang anggota bomba yang bersandar kepada ‘bumper’ sebuah kereta.

Saksi 8 berkata ketika itu dia sedang menuju ke parkir motosikalnya di Jalan Usaha selepas Fire Rescue Tender (FRT) keluar dari lokasi dan beliau ternampak sekumpulan individu yang berkumpul di tepi bahu jalan dan ada seorang lelaki sedang bersandar pada kenderaan dengan kaki melurus.

“Saya nampak ada dalam 20 hingga 30 orang berkumpul dekat tepi jalan, saya dengar mereka menjerit banyak kali dalam bahasa Tamil, ‘JANGAN PUKUL! ‘.

“Dalam keadaan orang berkumpul itu ada yang cuba pukul (anggota bomba) dan ada yang menghalang,” katanya.

“Saya pergi ke sana lagi dekat untuk melihat sehingga di depan saya nampak ada seorang bersandar (Adib), keadaan orang disitu bertolak-tolakkan dan ada orang tolak saya sehingga terjatuh di atas kaki lelaki itu.

“Masa itu baru saya sedar dia anggota bomba berdasarkan seluar uniform yang dipakai, kemudian saya perasan ada orang sepak saya dekat bahu kanan,” katanya

Saksi ke-9.

5. Saksi 9 dengar laungan ‘jangan pukul, itu bomba!.

Saksi 9 mengaku dia turut mendengar laungan ‘jangan pukul, itu bomba!

Katanya, jeritan itu datang dari orang ramai yang berada di kawasan tapak kuil berkenaan ketika rusuhan berlaku pada 27 November lepas.

Selain jeritan ‘jangan pukul itu bomba’, Saksi 9 juga berkata dia terdengar jeritan peserta rusuhan menghalau jentera bomba pada malam itu.

‘Halau! Jangan bagi dia (bomba) turun, halau! Itu adalah antara ayat yang didengari kata Saksi 9.

“Ketika itu, saya nampak ada orang letakkan ‘barricade’ di atas sebuah kereta dan bakar, semua. Kemudian saya lihat bomba datang dengan Fire Rescue Tender (FRT) namun diserang.

Perusuh serang FRT dan EMS bomba.

6. Perusuh serang FRT dan EMS bomba.

“Apabila bomba buka pintu nak turun, mereka (perusuh) menolak kembali pintu frt, dalam masa sama ada yang memanjat frt berkenaan,” kata saksi 9 ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah mengenai kejadian rusuhan tersebut.

Hamdan : Apa yang kamu lakukan ketika itu?

Saksi 9 : Saya cuma tengok apa mereka buat, kawan saya lari ke arah kawasan kosong. Masa itu ada antara perusuh yang membaling air mineral ke arah FRT. Dalam masa yang sama kawan saya tadi telefon.

Hamdan : Keadaan ketika itu bagaimana?

Saksi 9: Kecoh dan huru-hara, ramai orang menjerit-jerit dan kawan saya mengajak saya keluar dari tempat ini.

7. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad dihentikan dan akan akan disambung pada 18 Februari depan (Isnin).

#justice4adib
#kamitidaklupa

.