Rumusan Inkues Adib – Hari Kelapan (21/2/2019)

13

1. 2 Orang lagi saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib hari ini di Mahkahmah Shah Alam.

Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 12 sahkan Adib alami lebam pada dada, patah tulang rusuk.

Saksi 12 – Dr M Nantha Kumeran, Doktor Bahagian Kecemasan di Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center

Saksi 13 – Dr Anand Sachitanandan , Pakar Kardiotorasik di Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center

Adib mungkin jatuh – Saksi 13

2. Saksi 12 sahkan Adib alami lebam pada dada, patah tulang rusuk.

Saksi 12 berkata laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan).

“Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).”

3. Saksi 12 sahkan Adib susah bernafas dan tidak berpakaian.

Saksi berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas, berkata beliau mula memeriksa Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal pagi 27 Nov lepas.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah,

Zhafran: “Bagaimanakah pemerhatian kamu?”

Saksi 12: “Dia (Adib) mengalami kesukaran untuk bernafas, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan membuat bunyi yang tidak dapat difahami. Saya memeriksa (kadar denyutan) nadinya, ia kira-kira 145 denyutan seminit, tekanan darahnya adalah 85/46… tahap maksimum oksigen sekitar 48 peratus.”

Zhafran: “Apa lagi?”

Saksi 12: “Tiada baju, kasut atau sarung kaki. Dia (Adib) memakai seluar (seragam) Bomba.”

4. Adib buat bunyi – Saksi 12

Saksi 12 itu berkata beliau tidak boleh berkomunikasi dengan Adib ketika itu kerana Adib hanya membuat bunyi yang tidak dapat difahami manakala dan tahap kesedarannya pula rendah.

Saksi 12 berkata beliau kemudian mengarahkan supaya dibuat pemeriksaan X-ray, yang dilakukan pada 1.35 pagi, 27 Nov di dalam bilik pemulihan itu.

5. Adib diserang benda tumpul -Saksi 12

Mengenai laporan X-ray, saksi 12 berkata beliau dapat melihat dengan jelas bahawa Muhammad Adib mengalami kontusi paru-paru.

“(Saya dapat lihat) tulang rusuk yang patah (dalam X-ray) tetapi lebih banyak kontusi atau lebam (paru-paru). Kecederaan paru-paru adalah lebih daripada tulang rusuk. Kontusi paru-paru adalah kecederaan pada paru-paru,” katanya.

Zhafran: “Apakah penyebab kontusi paru-paru?”

Saksi 12: “Trauma tumpul boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru.”

Saksi 12 berkata laporan X-ray menunjukkan terdapat tompokan putih di seluruh paru-paru Muhammad Adib, yang bermakna kecederaan paru-paru atau kontusi paru-pasu.

Beliau berkata sebelum pemeriksaan X-ray, intubasi iaitu proses memasukkan tiub menerusi mulut dan kemudian terus ke tenggorok, dilakukan ke atas Muhammad Adib.
.

6. Saksi 12 dimaklumkan yang Adib mungkin jatuh.

Katanya selepas merawat Adib selama sejam, Saksi 12 berjumpa tiga lelaki India yang membawa Adib ke SJMC untuk bertanya apa yang berlaku kepadanya.

Ketiga-tiga mereka menyatakan Adib mungkin terjatuh daripada jentera Bomba atau mungkin telah dipukul, katanya.

7 . Saksi 13 – Kecederaan Adib boleh daripada jatuh.

Saksi 13 berkata, ia berdasarkan keputusan imbasan CT dan sinar-X pada anggota bomba berkenaan yang dilakukan di hospital terbabit.

Saksi 13 yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan termasuk pernah memberikan keterangan dalam inkues berkata, faktor kecederaan itu mungkin berpunca akibat kecederaan akibat ‘crush injuries’, jatuh dari bangunan tinggi atau serangan.

Zhafran: Apa yang boleh menyebabkan (trauma tumpul)?

Saksi 13: Terdapat pelbagai mekanisme yang boleh membawa kepada kecederaan ini – menghancurkan, jatuh dari ketinggian, pecutan pantas dan perlambatan, atau serangan.

Zhafran: Bolehkah membezakan antara serangan dan sebab-sebab lain?
.

8. Kecederaan Adib luar biasa jika ianya akibat dipukul – Saksi 13

Saksi 13: Sukar untuk katakan. Tetapi saya mendapati mereka (kecederaan Muhammad Adib) agak luar biasa (daripada serangan dipukul).

Saksi 13 berkata, sepanjang pengetahuannya bagi kes berpunca daripada serangan, kecederaan lazimnya tidak hanya tertumpu pada satu tempat sahaja dan dapat dilihat di beberapa anggota badan lain.

“Jika dipukul, kita akan menjangkakan kecederaan lain seperti luka pertahanan diri. Ia agak luar biasa mempunyai trauma besar yang terbatas kepada satu bahagian badan, tidak mustahil tetapi kemungkinannya kurang.”

“Bagaimanapun, saya rasa agak luar biasa dalam kes ini apabila kecederaan hanya di bahagian rusuk,” katanya.

9. Adib dalam keadaan kritikal ketika dihantar ke hospital.

Saksi 13 berkata, sebaik tiba di hospital, dia melihat keadaan Muhammad Adib agak kritikal dengan tekanan darah rendah dan kadar denyutan nadi laju serta tahap oksigen berkurangan.

“Mula-mula sekali saya ada membuat penilaian dan melihat mangsa dengan keadaan bengkak yang melampau pada bahagian kanan (badan) kerana pengumpulan udara,” katanya.

Beliau kemudian mengarahkan mangsa dihantar ke unit radiologi untuk sinar-X dan imbasan CT.

“Ujian mengesahkan bengkak pada tubuh mangsa disebabkan pneumotoraks (kebocoran paru-paru), patah di beberapa tulang rusuk dan ‘pulmonary contusion’ iaitu lebam antara tisu paru-paru di samping keadaan paru-paru tidak normal.

“Saya dengan dibantu doktor lain membantu menstabilkan tekanan darah mangsa yang rendah,” katanya.

10. Adib dipindahkan ke IJN kerana mesin khas.

Saksi 13 berkata, keputusan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) hanya kira-kira 7 malam selepas perbincangan antara pakar dari institusi berkenaan dan wakil keluarga mangsa.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan mesin khas bagi rawatan lanjut anggota bomba berkenaan hanya didapati di dua lokasi di negara ini termasuk satu daripadanya di IJN.
.

11. Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung hari ini 22/2/2019.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.