1. 2 Orang lagi saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib dua hari lepas di Mahkahmah Shah Alam.

2. Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 6 dikejar perusuh yang membawa pedang samurai.

Saksi 6 – Mohd Hazim Mohd Rahimi, anggota bomba yang ditugaskan untuk memadamkan kebakaran (Nozzle Man) ketika rusuhan berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 November lalu.

Saksi 7 beritahu bahawa mereka diugut oleh perusuh.

Saksi 7 – Mohd.Sharol Anuar Kamarudin, Anggota pemadaman Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

3. Saksi 6, menceritakan detik cemas saat nyawanya juga sendiri berada dalam keadaan terancam.

Saksi 6 berkata dia bertugas malam itu untuk mengendalikan alat pemadam untuk memadamkan kebakaran, dan keluar ke arah belakang trak di mana gulungan hos disimpan.

“Sebelum turun saya ada dengar sorakan daripada orang sekeliling. Sebelum sempat saya keluarkan nozzle nampak ada sekumpulan orang dari hadapan kuil menyerbu ke arah jentera.

“Saya terus melarikan diri ke dalam (EMRS). Saya buka pintu dari kiri dan tutup balik, menyorok baring di hadapan stretcher (perlengkapan ambulan).”
.

4. Saksi 6 dikejar perusuh yang membawa pedang samurai.

Saksi 6 berkata, ada di antara perusuh membawa tiang besi putih seperti tiang dalam permainan sepak takraw, dan objek lurus seakan pedang samurai, kayu, batu dan helmet.

“Saya telah dikejar oleh seorang individu berbadan gempal tanpa senjata, dan dibelakangnya ada seorang yang bersenjatakan besi panjang seakan pedang samurai,” katanya.

Menyedari akan keselamatan dirinya, Saksi 6 menuju masuk ke arah kenderaan Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk bersembunyi dan berlindung.

“Saya baring sembunyi dalam (EMRS) dan van mula rasa ditolak dan ketika keadaan van terpusing kemudian dua helmet menembusi cermin sisi dan belakang kenderaan,” katanya lagi.
.

5. Saksi 6 tidak nampak arwah Adib.

Saksi 6 berkata, dalam keadaan panik, beliau masuk melalui pintu gelongsor van dan tidak melihat sama ada Adib telah keluar van dari tempat duduk penumpang hadapan.

“Adakah kamu nampak Adib turun (dari EMRS)?” soal pegawai yang menjalankan inkues.

“Tak ada,” jawab Saksi 6.

Katanya, sekiranya Adib berada di bahagian luar, dia akan mengenalinya kerana pakaian seragam mereka yang sama, ketika menjawab soalan lanjut dari peguam keluarga Adib, Mohd Kamaruzaman A Wahab.

“Ketika membuka pintu tersebut, saya memang tidak perasan pintu Muhammad Adib dibuka tetapi kalau dia (Adib) berada di luar mesti saya nampak kerana dapat mengecamnya melalui seluar celoreng,” katanya.

Beliau turut menceritakan keadaan pintu kenderaan EMRS yang telah tertanggal akibat berlakunya geseran bersama jentera FRT sebelum ia beredar menuju ke Balai Polis USJ 8 Subang Jaya yang dipandu pemandu (EMRS) Ahmad Shahril Othman (Saksi 3)

6. Saksi 7 beritahu bahawa mereka diugut oleh perusuh.

Saksi 7 menceritakan bagaimana detik mencemaskan apabila perusuh mula menjerit dan melaung-laungkan ‘pukul bomba’.

Beliau dapat mendengar laungan ancaman itu sebanyak dua kali ketika turun dari jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Ketika turun dari FRT, saya nampak tiga orang meluru ke arah saya diikuti sekumpulan lelaki lain tetapi tidak pasti berapa ramai, mungkin dalam 100 orang.

“Pada waktu itu saya tergamam sebab kita nak pergi padam api tapi mereka macam ugut (hendak pukul).

“Tetapi saya tidak dapat cam siapa yang mengugut kami ketika itu,” katanya.

“Dalam keadaan kecoh itu, saya naik semula ke dalam FRT selepas memikirkan keselamatan diri dan ketika itu FRT mula berundur hendak meninggalkan kawasan rusuhan,” katanya.
.

7. Perusuh bawa senjata termasuk pedang samurai

Ditanya peguam Yahaya Othman yang mewakili keluarga Adib, Saksi 7 bersetuju keadaan dikerumuni orang ramai bersenjata dengan suasana riuh menyebabkannya rasa terancam.

“Saya nampak ada tiga orang menuju ke arah saya sambil memegang senjata seperti tiang besi, batu-bata dan objek lurus macam pedang samurai.

“Saya juga tidak pasti berapa ramai di situ tetapi lebih daripada 100 orang yang mengerumuni jentera FRT,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pendakwa, Zhafran Rahim Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Dalam prosiding itu, anggota bomba berusia 27 tahun itu turut membuat lakonan semula mengenai suasana jeritan orang awam ketika itu.
.

8. Mengaku dimarahi oleh Saksi 5

Saksi 7 juga turut mengaku ketika berada dalam FRT, dia dimarahi penyelia operasi, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2, Badrul Hisyam Salim@Ali (Saksi 5) kerana tidak mengikut arahan supaya tidak turun daripada kenderaan.

“Ketika dalam FRT itu, Saya duduk di bahagian tengah memandang ke arah hadapan dan nampak van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) di depan jentera FRT.

“Pemandu FRT, Md Elliza Mohd Noor (Saksi 2) cakap ‘ini dah melampau’ dan Badrul (Saksi 5) gunakan GIRN(walkie talkie) hubungi Pusat Gerakan Operasi cakap kami diserang tetapi tiada isyarat liputan,” katanya.

9. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung pada 15/2/2019 dengan memanggil dua saksi awam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.