Diriwayatkan dalam Sejarah Melayu bahawa Sultan Mansur Syah pernah membina sebuah istana bernama Mahligai Hawa Nafsu dengan 17 ruang, 40 pintu berukir, dan kemuncaknya berkaca merah yang apabila terkena “sinar matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam.” Selain istana, seni bina masyarakat Melaka pada zaman itu juga tergambar dalam pembinaan sebuah rumah bergerak.

Kewujudan rumah ini ditemui apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511. Ia diceritakan dengan terperinci dalam buku Commentarios do Afonso Dalboquerque: “Di sinilah terletaknya rumah kayu yang terbakar itu, sangat besar dan sangat elok buatannya. Terdapat lebih kurang tiga puluh roda, setiap satunya sebesar sebuah tong arak. Binaannya berakhir dengan bumbung yang begitu tinggi, dan ia diselimuti dengan panji dan kain bertatah sutera yang gilang-gemilang. Rumah ini disediakan untuk Sultan Pahang dan bakal menantunya, anak Sultan Melaka, yang akan tiba di kota itu dengan sambutan adat istiadat serta iringan muzik.”

Kita menemui rumah sama dalam catatan Fernao Lopes De Castanheda: “Selain itu, yang dimusnahkan juga adalah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar yang boleh bergerak dan mempunyai tiga puluh roda. Setiap satu roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang.”

Istana mahligai, rumah bergerak. Ia membuat kita tertanya-tanya apakah lagi khazanah seni bina Melaka yang kita tidak ketahui dan mungkin hilang selepas peristiwa 1511.

Sumber foto: Malaysia: A Pictorial History 1400-2004.

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin page asal artikel ini, Melaka In Fact.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.