1. Berdasarkan catatan sejarah rumah api Alexandria dibina pada sekitar abad ke-3 SM di bawah kendalian Firaun Ptolemy Soter, iaitu salah seorang panglima Alexander The Great ketika era Hellenistik. Dinasti Ptolemaic yang diasaskan oleh Ptolemy I merangkumi wilayah yang sekarang iaitu pulau Cyprus, Mesir, Greek, Libya, Turki, Palestin, Lebanon, Syria, Jordan dan Sudan.

Alexander The Great dan pasukan tenteranya memasuki wilayah Mesir pada tahun 332 SM setelah mengalahkan pasukan Parsi dan merebut sebuah kota lama kuno, Memphis. Baginda melihat wilayah ini mampu menjadi sebuah kota yang maju kerana berhampiran dengan laut dan lokasi geografinya yang strategik untuk membuka sebuah pelabuhan yang besar. Lalu pembangunan kawasan baru ini bermula sehingga menjelang kematian Alexander The Great pada tahun 323 SM. Kota yang diberi nama Alexandria ini diwarisi oleh salah seorang panglimanya, Ptolemy I. Maka bermulalah pemerintahan Ptolemy I meneruskan legasi impian Alexander The Great untuk membuka sebuah kota yang dipenuhi oleh binaan yang mempunyai nilai seni lukisan dan artistektur. Ptolemy I mentadbir kota Alexandria dengan membangunkan beberapa binaan dan infrastruktur yang tinggi dan megah, salah satunya adalah rumah api Alexandria ataupun ianya lebih dikenali sebagai Pharos of Alexandria.

Mengikut catatan sejarah, Alexander The Great mempunyai hampir 13 buah kota yang bernama Alexandria, tetapi kota Alexandria di Mesir merupakan kotanya yang berkembang maju, kaya dan tidak hilang ditelan dalam catatan sejarah.

2. Sebenarnya perancangan untuk membina rumah api Alexandria diusulkan oleh Alexander The Great setelah baginda melihat sebuah pulau kecil, Pharos yang terletak berhadapan dengan kota baharunya, Alexandria. Baginda ingin menjadikan pelabuhan kota baharunya ini dikunjungi oleh pedagang dan pelayar dari luar.

Selain merancang mahu membina rumah api ini, Alexander The Great telah membina sebuah petempatan yang baharu untuk para nelayan di sekitar itu dan diberi nama perkampungan Rhacotis.

3. Tetapi hasrat Alexander The Great diteruskan oleh Ptolemy I dengan mengupah seorang arkitek berbangsa Greek iaitu Sostrus of Knidos (Chidus) untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan ini di atas sebuah pulau Pharos ini.
Dalam catatan lain menyebutkan, sebenarnya Sostrus bukanlah seorang arkitek melainkan beliau hanya menyumbang dalam segi kewangan dalam pembinaan rumah api ini.

Sebab lain Ptolemy I ingin membina rumah api ini secepatnya kerana pelabuhan Alexandria pada masa pemerintahannya menjadi terlalu sibuk dengan keluar masuknya kapal pelayar, pedagang dan nelayan dan kerana itu, Ptolemy I ingin membangunkan sebuah bangunan yang menjadi simbol atau ‘landmark’ untuk para pelayar mengetahui keberadaan pelabuhan Alexandria dengan tepat.

4. Pembinaan rumah api ini bermula sekitar tahun 290 SM di bawah pemerintahan Ptolemy I dan berakhir pada tahun 270 SM di bawah pemerintahan anaknya, Ptolemy II Philadelphus.
Dalam sebuah ensiklopedia Byzantine abad ke-10, Suda, Pharos of Alexandria mula dibangunkan oleh Ptolemy I pada tahun 297 SM (Life of Pyrrhus, VII).

Harga pembinaan bangunan ini dianggarkan bernilai sebanyak 800 talent (dari catatan Pliny the Elder), iaitu sebanyak USD 3 juta dan ianya menjadi salah satu binaan manusia yang paling tinggi dalam sejarah manusia pada waktu itu.

Diperkirakan 300 orang hamba abdi dikerahkan dalam pembinaan yang menelan masa selama 20 tahun ini.

Sebelum rumah api ini dirasmikan kegunaannya pada umum, Sostraus ingin mengukir namanya pada salah satu tembok pintu utama menara ini, tetapi usulan Sostraus ditolak mentah-mentah oleh Ptolemy II kerana hanya nama pemerintah yang layak diukir pada bangunan megah yang berada di dalam wilayahnya. Ptolemy II memerintahkan Sostraus agar mengukir namanya, dan Sostraus patuh tanpa membantah. Sostraus yang berbangga dengan salah satu ‘masterpiece’-nya ini berfikir cara yang lain untuk meletakkan namanya di atas binaan ini.

Dalam catatan sejarah oleh Luciun of Samosata, beliau menceritakan yang Sostraus tetap meneruskan hasratnya untuk mengukir nama sendiri di atas binaan ini. Kemudian ukiran namanya ini dilindungi dengan tampalan lain yang terukir nama Ptolemy II dan keagungan yang memuji baginda.

Rancangan licik Sostraus ini tidak diketahui oleh Ptolemy II. Akhirnya setelah beberapa puluh tahun kemudian selepas kematian Ptolemy II dan kematian Sostraus, tempalan yang tertera nama Ptolemy II mulai hancur dimamah usia. Ukiran nama Sostraus mulai kelihatan pada umum dengan ayat yang berbunyi:

“Sostraus Son of Dexiphanes of Knidos on Behalf of all Mariners to the Savior Gods”.\

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply