Terbiasa dengan hidup berstruktur di dalam pasukan, mungkin sukar bagi mana-mana anggota pasukan Tentera untuk membiasakan diri dengan kehidupan awam selepas tamat perkhidmatan mereka. Ditambah denga keadaan sibuk sepanjang perkhidmatan, ramai pula mungkin tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran bagi memperolehi segulung diploma atau ijazah, yang bakal memberikan mereka peluang untuk bekerja di dalam sektor awam atau swasta selepas mereka tamat perkhidmatan.

Keadaan lebih mengharukan bagi mereka yang berhenti awal atau diberhentikan atas faktor-faktor tertentu. Ia menjadi sau kerugian kepada segmen tenaga kerja negara apabila personel-personel ini tidak dapat meneruskan sumbangan mereka kepada pembangunan negara, dek kerana kekurangan daripada segi kelulusan akademik, sedangkan pengalaman mereka biasanya adalah sangat tinggi.

Untuk itu, satu program telah dilancarkan oleh PERHEBAT bagi veteran-veteran ATM ini. Program Recognition Of Prior Experiential Learning (RPEL) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bakal pesara ATM dari Kelompok B40 telah dilancarkan di Wisma Perwira ATM pada 02 Feb 2017.

Ia dilaksanakan bertujuan mengiktiraf pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki veteran ATM dari kelompok B40 (golongan yang berpendapatan kurang daripada RM 3900.00 menerusi penganugerahan pensijilan tahap 4 di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Antara aspek utama yang menjadi fokus program RPEL termasuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung veteran ATM untuk meningkatkan tahap kelayakan, membantu veteran ATM mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik serta membuka peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

RPEL atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dilaksanakan di seluruh Malaysia melalui Pusat Bertauliah yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) termasuk PERHEBAT. Mereka yang berdaftar dalam program ini perlu mengikuti latihan dalam bidang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki sebelum layak menerima sijil pengiktirafan seperti 10 bidang yang telah disediakan termasuklah Automotif, Pembuat Pakaian Wanita, Elektrik, Elektronik, Bangunan dan Pembinaan, Kimpalan, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Sistem Komputer dan Rangkaian, Pembuatan dan Penyediaan Makanan, Bakeri dan Pastri serta Makanan dan Minuman.

RPEL dilihat menjadi trend global pada masa kini dimana salah satu firma perakaunan terbesar dunia menyatakan bahawa mereka akan bersikap lebih terbuka dalam menilai kelayakan dan pengalaman mana-mana calon untuk mengisi sesuatu kekosongan. Antara kelebihan utama RPEL bagi Veteran ATM ini adalah veteran boleh mendapat pensijilan RPEL bagi tempoh singkat 1-5 bulan tanpa perlu mengikuti kursus formal selama 2 tahun, yang pastinya memakan belanja yang lebih besar serta masa yang lebih banyak. Selain daripada itu, Veteran juga boleh mengumpulkan evidens pengalaman serta kemahiran sepanjang beliau bertugas.

Berterusan daripada itu, program ini telah ditambahbaik kepada 95 bidang, dan ia tidak terhad lagi kepada golongan B40. Sesiapa saja veteran ATM boleh mengikuti program pengiktirafan ini. Maksudnya? Anda kumpulkan segala evidens kemahiran adan sepanjang servis, dengan bantuan pembimbing yang dilantik, sediakan portfolio anda, dan bentangkan kepada panel penilai yang akan meluluskan anda, dan anda akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

Ini boleh dikatakan satu langkah pantas, berbanding laluan biasa yang terpaksa diikuti oleh pelajar-pelajar yang cuba memperolehi Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia yang sama. Terdapat 5 tahap dalam DKM, dan Veteran yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mantap dengan mudah mampu memperolehi Tahap 4.

Maksudnya? Anda boleh menggunakan Diploma tersebut bagi memohon jawatan atau pekerjaan dalam bidang berkaitan. Ini memberikan prospek kerjaya yang lebih luas kepada Veteran, tidak kira berpencen atau tidak. Maka, tidaklah peluang kerjaya itu terhad kepada jawatan tertentu seperti Pengawal Keselamatan semata. Bagi yang ingin menceburi bidang perniagaan pula, walaupun anda tidak bekerja dengan orang lain, segulung Diploma itu mempunyai nilainya sendiri.

Tidaklah lagi orang berkata bahawa bekas personel ATM ini tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik. Ianya adalah pengiktirafan kepada pengalaman dan kemahiran anda. Malah, ia membuka ruang pula untuk anda mendaki menara gading ke tahap yang lebih tinggi.

Pendapat saya? Ianya adalah satu langkah yang sangat bagus bagi veteran-veteran kita. Buat masa ini, ia hanya terhad kepada veteran ATM sahaja, tetapi ia mungkin diluaskan kepada pasukan-pasukan lain. Ia ibarat memberi pancing kepada mereka untuk meneruskan hidup. Yalah, sampai bila nak mengharap duit imbuhan atau pencen semata. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, peluang menambah keselesaan ekonomi keluarga adalah sesuatu yang sangat bagus.

Malah, dah ada pun lulusan DKM ini kini menyambung tugas di luar negara. Cuma, saya ingin ingatkan, untuk penugasan di luar negara, anda dinasihatkan untuk menguasai tahap B2 Bahasa Inggeris standard CEFR. Sekurangnya, itulah tahap minima yang diperlukan.

Duit imbuhan akan habis kalau tidak dilabur sebaiknya. Sampai bila veteran kita harus dibiarkan sekadar mengharap ihsan orang, atau menjadi mangsa penipuan yang menjanjikan kerja dengan gaji lumayan atas pengalaman mereka?

Berikut adalah bidang-bidang di dalam program ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pejabat PERHEBAT yang berdekatan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Comments are closed.