Roronoa Zoro: Misteri Yang Belum Terungkai

0
1866
views

Disebabkan artikel pertama Monkey D. Luffy menerima sambutan hangat, saya nak sambung memperkenalkan watak One Piece kedua, Sang Pemedang yang sentiasa sesat jalan, Roronoa Zoro.

Dalam kesemua 12 kru Lanun Mugiwara (saya kira Jinbei, Going Merry dan Thousand Sunny sekali), Roronoa Zoro adalah watak terakhir yang sejarah silamnya masih belum terungkai sepenuhnya, WALAUPUN Zoro adalah naib kapten dan watak utama kedua yang diperkenalkan oleh Oda-sensei dalam dunia One Piece!

Ini yang apa buatkan Oda-sensei dan karya One Piece cukup istimewa. Rahsia-rahsia di sebalik sejarah, kejadian dan watak-watak di dalamnya.

Ok berbalik pada Zoro.

APA YANG KITA TAHU BUAT MASA INI PASAL ZORO?

Buat masa ini (semenjak 22 Julai 1997, tarikh One Piece keluar), apa yang kita tahu berkenaan Roronoa Zoro adalah:

  1. Dia berasal dari sebuah kampung di East Blue yang bernama Shimotsuki.
  2. Dia berlatih di sebuah dojo (Isshin dojo) di mana di sana dia berkenalan dengan Kuina, rakannya yang telah mati. Kerana Kuina jugalah Zoro berimpian untuk menjadi pendekar pedang nombor 1 di dunia supaya namanya masyhur sehingga Kuina dapat mendengarnya di “syurga”.
  3. Selain dari mewarisi impian Kuina (OP golden pattern), Zoro juga mewarisi Wado Ichimonji, salah satu dari 3 pedang yang dipakainya, dari Kuina.

Selain dari 3 perkara ini, tak banyak yang kita tahu berkenaan latar-belakang Roronoa Zoro. Peminat One Piece seluruh dunia berpendapat sejarah Zoro akan terungkai sedikit masa lagi di dalam Arc Wano (negara Samurai) dan ketika bermulanya saga menentang Kaidou (salah seorang Yonkou).

WATAK ZORO

1. Setiakawan dan sanggup berkorban demi nakama-nya

Nak sambung berkenaan karekter Roronoa Zoro rasanya ramai dah tau. Tiada apa yang boleh saya ceritakan yang peminat OP lain tak tahu pasal Zoro. Selain dari sifatnya yang suka tersalah atau tersesat jalan (WALAUPUN sedang berlari dengan Nami di Enies Lobby), Zoro juga sangat terkenal dengan sifatnya yang amat setia.

Siapa boleh lupa semangat satria dan setiakawan Zoro di Thriller Bark ketika berhadapan Bartholomew Kuma. Walaupun baru sahaja berdepan dengan baying-bayang Luffy dalam bentuk si gergasi Oars, Zoro tetap mepertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Luffy.

Walaupun kalah, siapa yang tidak kagum dan jatuh cinta dengan semangat dan setiakawan Zoro..

Saya memilih scene ini untuk abadikan dalam penulisan ini adalah kerana segala apa pasal Roronoa Zoro boleh disimpulkan ketika dia berdepan Kuma.

2. Berpegang pada janji

Seperti yang kita tahu, impian Zoro untuk menjadi pendekar pedang nombor 1 dunia adalah kerana janjinya kepada Kuina. Zoro masih memegang janji itu walaupun dia terpaksa mempertaruhkan nyawa. Satu lagi bukti Zoro berpegang pada janji adalah ketika Si Kapak Morgan dalam buku pertama berjaya menawan Zoro.

Zoro, walaupun berupaya mengalahkan mereka, tetapi memegang janji Si Kapak Morgan yang penduduk kampung akan dibebaskan sekiranya Zoro berjaya menahan lapar selama sebulan. Ini kerana Zoro telah membunuh anjing milik Helmeppo (anak Si Kapak Morgan) yang telah menyerang penduduk kampung.

3. Mampu merancang apabila krisis menjadi terlalu buruk

Seperti Luffy, Zoro Nampak seperti kurang berminat apabila memasuki bab penerangan dan perancangan. Selalunya Nami dan Usopp yang akan beria-ia dalam merancang.

Namun begitu, ketika krisis Lanun Mugiwara menjadi terlalu teruk ketika di Enies Lobby (Going Merry rosak, Usopp meninggalkan kumpulan, Sanji bergerak sendiri dan Robin tertangkap dan tak ingin diselamatkan), Zoro berupaya menjadi serius dalam merancang dan menganalisa keadaan.

Jadi seperti Luffy, saya rasa ia agak selamat untuk mengagak bahawa Zoro juga bukanlah bodoh. Jika Luffy adalah manusia yang simplistik, Zoro pula lebih kepada membiarkan yang lain merancang. Dia hanya berminat untuk berlatih dan memotong semua musuh-musuhnya.

JENIS PEDANG DAN ALIRAN PEDANG ZORO

Memandangkan tiada apa yang boleh saya tulis lagi berkenaan karekter Zoro yang anda semua tak tahu, jom kita tengok tentang 3 pedang (atau meito) yang sedang dipakainya. Zoro memiliki 3 bilah pedang iaitu Wado Ichimonji, Sandai Kitetsu dan Shusui.

Ada 4 gred pedang dalam dunia One Piece:

  1. WAZAMONO – Pedang yang grednya mengatasi pedang biasa. Shigure milik Tashigi (ala awek marine yang rupa macam Kuina tu) dan Sandai Kitetsu milik Zoro (ala pedang yang berhantu yang Zoro dapat kat longgok-longgok kat kedai Ippon) adalah di bawah kategori ini.
  2. RYO WAZAMONO – Pedang Yubashiri milik Zoro (yang dah patah sebab kena ‘devil fruit’ karat di Enies Lobby) adalah di dalam kategori Ryo Wazamono.
  3. O WAZAMONO – Pedang Zoro, pedang Wado Ichimonji (diwarisi dari Kuina) dan pedang Shusui (diwarisi dari samurai Ryuma) adalah di dalam kategori ini.
  4. SAIJO O WAZAMONO – Zoro belum ada pedang dari kategori ini. Antara watak yang mempunyai pedang dalam kategori ini adalah pedang Yoru milik Dracule Mihawk.

Selesai nama-nama dang red pedang, kita lihat pula aliran berpedang atau nama-nama pencak Zoro:

  1. SANTORYU – ketika Zoro memakai 3 pedang.
  2. NNITORYU – ketika Zoro memakai 2 pedang.
  3. ITTORYU ­– ketika Zoro memakai 1 pedang.

Selepas perlawanan dengan anggota CP9, Kaku, di Enies Lobby, Zoro menunjukkan satu lagi pencak iaitu pencak KYUTORYU: ASURA yang menjadikan Zoro berubah seperti Dewa Asura dan memegang 9 bilah pedang,

“Kalau Zoro hilang semua pedang macam mana min?”

Jangan risau. Zoro pernah tunjukkan aliran tanpa pedang iaitu MUTORYU ketika berlawanan dengan kumpulan Lanun Foxy dalam pertandingan Davy Back Fight (yang sebenarnya hikmat yang digunakan sama saja ketika dia berpedang, cuma dia tak pegang pedang…).

Zoro juga menguasai ilmu pedang tertinggi iaitu Tobu Zangeki iaitu belahan yang “terbang”. Ia membuatkan Zoro seolah-olah “menembak” belahan pedangnya keluar.

Ok, itu saja buat masa ini yang dapat kita bedah pasal Zoro. Tak banyak sebenarnya. Saya menanti Arc di negara Wano dan saya berharap segala misteri yang menyelubungi sejarah Roronoa Zoro akan terungkai.

Pesanan terakhir saya, gunakan Waze. Jangan jadi Zoro.