Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia mengingati jasa kepahlawanan wira-wira silam dari pelbagai era termasuk Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) dan zaman darurat. Bagi era WWII, ramai sudah pasti mengenang jasa Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Tetapi era ini juga mengingatkan sesetengah generasi lama terhadap mimpi ngeri mereka: Landasan Keretapi Ma.ut Jepun.

Mungkin bagi peminat filem lama, ramai melihat kisah landasan ini diabadikan menerusi filem The Bridge on the River Kwai. Filem yang mendapat sentuhan pengarah David Lean itu memang mendapat pujian dalam kalangan pengkritik dan penonton. Tetapi bagi veteran-veteran WWII yang pernah dijadikan buruh paksa untuk projek berkenaan, filem tahun 1957 itu dianggap satu penghinaan kepada kisah mereka.

Idea Landasan Keretapi Ma.ut Jepun ini direalisasikan pada Jun 1942 tidak lama selepas mereka mera.mp.as Burma (kini Myanmar) daripada British. Bagi menjayakan kempen mereka, kebanyakan bekalan dihantar sama ada melalui jalan darat Thailand-Semenanjung Tanah Melayu, Selat Melaka dan Laut Andaman.

Bagaimanapun, Jepun berdepan kesukaran menghantar bekalan termasuk makanan dan sen.ja.ta kepada ten.te.ra mereka melalui jalan laut. Ini kerana laluan ini sentiasa dipantau oleh unit-unit kapal selam ten.te.ra Bersekutu dan kebiasaannya, ditenggelamkan oleh mereka atau unit udara Bersekutu. Justeru, kepimpinan tertinggi ten.te.ra merasakan pilihan terbaik ialah membina landasan keretapi dari Ban Pong, Thailand ke Thanbyuzayat, Burma dengan jarak 415 km.

Pihak British sebenarnya sudah menimbang idea untuk menghubungkan Siam (nama lama Thailand) dengan Burma melalui landasan keretapi seawal tahun 1885. Bagaimanapun, rancangan tersebut dibatalkan selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti faktor muka bumi dan penyakit malaria.

Bagi menjayakan projek tersebut, Jepun merekrut tawanan pe.ra.ng terdiri daripada 61,000 orang askar British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda sebagai romusha (buruh paksa). Selain itu, mereka turut membawa masuk lebih 300,000 orang dari seluruh Asia Tenggara termasuk orang-orang Melayu, Cina dan India sebagai romusha untuk memulakan projek landasan kereta api itu.

Rajah 1: Romusha bekerja di satu bahagian Landasan Keretapi Ma.ut Jepun di Ronsi, Burma pada 1943. Sumber: Muzium Memorial Hellfire Pass.

Bagi memastikan pembinaan landasan berjalan lancar, kumpulan buruh paksa ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diarah membina landasan dari sebelah selatan (Thailand) dengan satu lagi kumpulan membina dari sebelah utara (Burma). Kebanyakan bahan binaan seperti landasan dan ranjang landas diambil dari rangkaian Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan rangkaian keretapi Hindia Timur (Indonesia).

Jepun mensasarkan Disember 1943 sebagai tempoh landasan keretapi itu siap. Tetapi ia siap tiga bulan lebih awal daripada jangkaan apabila kedua-dua kumpulan pembinaan bertemu semula di Kilometer 263, 18 km di selatan Laluan Tiga Pagoda di Konkuita, Kanchanaburi. Selepas siap, Jepun mengangkut lebih 500,000 bekalan diperlukan untuk angkatan mereka di Burma seterusnya sebagai tapak operasi untuk menceroboh India.

Bagaimanapun, kos manusia untuk menyiapkan landasan tersebut menyaksikan 16,000 orang tawanan pe.ra.ng Bersekutu terbunuh. Sementara lebih 100,000 orang romusha dari Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu sama ada ma.ti atau hilang. Hanya segelintir sahaja yang terselamat dan berpeluang menceritakan pengalaman mereka kepada generasi hari ini.

Disebabkan wujud pelbagai rekod je.na.yah pe.ra.ng semasa projek ini dijalankan, pada akhir WWII, 111 pegawai ten.te.ra Jepun dibicarakan atas tuduhan dinyatakan. 32 daripadanya kemudian dikenakan hukuman ma.ti. Dan sehingga hari ini, Jepun masih enggan memberi pampasan kepada semua romusha, sikap tipikal mereka yang masih enggan mengakui perilaku silam semasa WWII.

Bagi Samion Ariff, pengalaman sebagai romusha Landasan Keretapi Ma.ut Jepun merupakan satu mimpi ngeri yang tidak boleh dilupakan. Pesara polis yang kini berusia 94 tahun itu masih ingat dia dipaksa sebagai romusha semasa usia remajanya pada 1942. Jepun pada ketika itu amat terdesak mencari romusha diperlukan untuk menjayakan projek berkenaan.

Rajah 2: Samion Ariff. Sumber: Abdul Rahman Embong/The Star

Hari tersebut ialah hari Jumaat di mana kebiasaannya, Samion akan menunaikan solat Jumaat di masjid sebelum pulang ke rumah. Tetapi pada hari itu, terdapat banyak lori Jepun diletakkan di kawasan perkarangan masjid dengan sebahagian daripadanya menutup laluan keluar. Bagi jemaah yang berstatus warga emas, mereka dibenarkan pulang. Tetapi bagi orang yang sihat tubuh seperti Samion, mereka akan ditahan dan dibawa ke Bukit Timbalan, Johor Bahru (markas ten.te.ra Jepun) sebelum dihantar ke sempadan Thai-Burma.

Seorang jirannya yang berbangsa Cina nampak apa yang berlaku dan segera memberitahu arwah bapanya. Lantas, dia segera bergegas ke masjid untuk mengetahui apa yang berlaku. Bapa Samion diberitahu anaknya akan dihantar ke sempadan Thai-Burma sebagai romusha sehelai sepinggang. Bapanya sempat membekalkan beberapa barang untuknya sebelum dia dibawa pergi.

Romusha seperti Samion kemudiannya dibawa ke Bangkok menerusi keretapi. Sebaik tiba, mereka dipaksa berkawad dari satu lokasi ke satu lokasi lain untuk menyiapkan landasan. Upah mereka hanya satu baht sehari, cukup untuk membeli ikan kering daripada nelayan-nelayan Thai yang bekerja di sungai sepanjang kawasan landasan.

Mana-mana individu yang tidak sihat atau lemah harus ditinggalkan kerana mengganggu kerja pembinaan. Samion masih ingat kisah seorang rakan pekerjanya yang mengadu sakit kepala sehingga menyebabkan dia rebah. Ten.te.ra Jepun cuba memaksanya bangun tetapi itu tidak berlaku. Akibatnya, rakannya itu ma.ti selepas dipukul kuat dengan batang buluh.

Pada masa yang lain, salah seorang rakan sekampungnya meninggal dunia pada satu malam. Menurut Samion, kebiasaannya, Jepun akan mengangkat ma.ya.t-ma.ya.t romusha dan mengebumikannya dalam kubur besar atau dicampak ke dalam gaung. Tidak mahu perkara serupa berlaku ke atas ma.ya.t rakannya itu, mereka memutuskan untuk menyembunyikan ma.ya.t dalam hutan. Sehari selepas itu, mereka mengebumikannya secara rahsia.

Apabila mereka tiba di Burma, Samion dan 17 lagi romusha memilih untuk melarikan diri. Caranya ialah dengan menyusup keluar pada waktu malam dan melarikan diri dengan keretapi barang. Begitupun, mereka mengambil masa lama untuk sampai ke Johor kerana terpaksa mencari laluan lain dan mengelak dikesan pihak Jepun. Apabila mereka tiba di Johor pada September 1945, pada ketika itu, Jepun sudah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu.

Saat bertemu semula dengan keluarganya termasuk adik-adiknya merupakan satu saat menggembirakan bagi Samion. Tidak lama selepas itu, dia menyertai pasukan polis dan terus berkhidmat sehingga bersara dari jawatannya sebagai Asisten Supritendan (ASP). Malah, Samion juga turut dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1981.

Bagi Arumugam Kandasamy, 94, tempohnya sebagai romusha Landasan Keretapi Ma.ut Jepun merupakan satu detik hitam dalam hidupnya. Dia bersama abang kandungnya dan 48 orang penduduk Estet Ling Seng, Rantau dibawa ke Nikki yang terletak di sempadan Thai-Burma sebagai sebahagian daripada romusha projek berkenaan. Ketika itu, dia baru berusia 15 tahun.

Rajah 3: Arumugam Kandasamy (kiri), menceritakan pengalaman pahit sebagai romusha kepada jurubahasa M Ganapathy semasa Wacana Sejarah: Forgotten Victim of Siam-Burma Death Railway di Universiti Malaya pada 2017. Sumber: Nik Hariff Hassan/Berita Harian

Tidak seperti Samion, kumpulan mereka dibawa ke Singapura dengan lori sebelum menaiki kapal menuju ke Saigon (kini Ho Chi Minh City), Vietnam. Mereka kemudiannya dibawa ke Phnom Penh sebelum akhirnya tiba di Kanchanaburi, Thailand. Dari situ, mereka dan romusha lain yang tiba dipaksa berjalan kaki ke Nikki yang memakan masa 12 hari.

Sepanjang perjalanan, dia melihat bukan sedikit ma.ya.t bergelimpangan. Pada ketika itu, dia sudah merasa kecut perut dan tertanya-tanya sama ada dia berpeluang untuk kembali ke Rantau atau tidak. Apabila mereka tiba di Nikki, lebih banyak ma.ya.t dilihat tetapi mereka disusun seperti benteng, menanti masa ditanam dalam kubur besar.

Sepanjang bekerja sebagai romusha, mereka hanya diberi makan sekali sehari tetapi dipaksa bekerja untuk waktu yang lama. Menurut Arumugam, ramai romusha ma.ti akibat kekurangan makanan berzat atau penyakit tropika. Dan kebiasaannya, mereka dicampakkan ke dalam lubang besar di satu kawasan bernama Sangili. Tambahnya lagi, ada juga individu yang sakit melarat turut dicampak dalam lubang sama sebelum ditanam hidup-hidup oleh pihak Jepun.

Disebabkan tugasnya sebagai penterjemah, Arumugam dikira bernasib baik jika dibandingkan dengan romusha-romusha lain. Bagaimanapun, ten.te.ra Jepun sentiasa bersamanya kerana ingin tahu isi perbualannya dengan romusha lain termasuk yang berbangsa India.

Kemahiran Bahasa Jepunnya dipelajari menerusi kamus yang mudah didapati di estet ketika itu. Dari situ, dia dapat membina ayat mudah dan memahami bahasa mereka. Selepas projek tersebut siap, dia dihantar pulang ke Singapura sebelum kembali ke Rantau. Daripada 50 orang penduduk estet, hanya tujuh saja termasuk Arumugam yang berjaya pulang.

Pengalamannya dikongsikan dalam Wacana Sejarah: Forgotten Victim of Siam-Burma De.at.h Railway yang dianjurkan di Universiti Malaya pada 2017. Panel wacana ketika itu Profesor Emeritus Khoo Khay Khim melihat pengalaman Arumugam sebagai sahih. Ini kerana sebelum menakluk Tanah Melayu, pihak Jepun turut mempunyai beberapa buah estet di Negeri Sembilan termasuk Estet Ling Seng.

Kisah sebegini sememangnya tragis tetapi ia jarang diketengahkan dalam naratif sejarah negara. Fakta ini nyata merungsingkan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong kerana dari segi geografi, ada menganggapnya ia tidak sepatutnya dikira sebagai sejarah negara kerana berlaku di sempadan Thai-Burma. Tetapi bila mengkaji semula sejarah landasan keretapi itu, ia dianggap relevan dalam konteks sejarah negara kerana ramai warga Tanah Melayu dijadikan sebagai romusha.

Rajah 4: Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

Prof Kok Seong melihat penderitaan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai nota kaki sejarah. Sebaliknya, ia harus diiktiraf sama seperti figura-figura lain yang berkorban demi negara. Antara cadangan beliau ialah mewujudkan monumen khas atau satu bahagian di Muzium Negara khas untuk mereka.

Bekas Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim turut berkongsi sentimen sama dan melihat ia patut dikongsikan dengan generasi hari ini. Tidak ramai tahu arwah bapanya Mohd Hatim Itam Manas juga merupakan romusha yang bekerja di landasan neraka itu. Disebabkan layanan buruk Jepun terhadap mereka, ramai romusha sentiasa mencari helah untuk melarikan diri.

Menurut Nasaruddin, mana yang tidak bernasib baik dan ditangkap akan diarah menggali kubur mereka sendiri sebelum dihukum bu.n.uh. Walaupun sedar risiko tindakannya itu, Mohd Hatim membulatkan tekad dan melarikan diri bersama dua lagi rakan sekampungnya ke dalam hutan semasa romusha lain bekerja.

Apabila bapanya kembali ke sisi ibunya, Nasaruddin memberitahu dia kembali dalam keadaan kurus-kering sehingga hampir-hampir tidak dikenali olehnya. Tidak mahu mengambil risiko dikesan pihak Jepun, bapanya turut menukar namanya dari Mohd Hatim kepada Hashim. Selepas pendudukan Jepun berakhir, Mohd Hatim menyertai perkhidmatan keselamatan sebagai anggota polis.

Pengalaman Samion, Arumugam dan Mohd Hatim ini sememangnya menyayat hati. Tetapi pada masa sama, ia turut menyedarkan komuniti sejarah negara bahawa masa semakin suntuk untuk mempelajari seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman tentang Landasan Keretapi Ma.ut Jepun. Tanpa dokumentasi dan kajian mendalam, kisah mereka akan hilang ditelan zaman. Jika itu berlaku, ia merupakan satu tragedi yang tidak boleh dimaafkan kepada komuniti sejarah negara.

RUJUKAN:

Murad, Dina dan Mei Chu, Mei. (2017). The men who built – and survived – the DITAPIS Railway. The Star.

Iszahanid, Hafizah. (2017). Buruh paksa jambatan maut dihantui azab 75 tahun. Berita Harian.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.