Romantisme Pertemuan Kim Dan Moon

0
562
views

Perjumpaan Kim Jong Un dan Moon Jae In bersejarah? Ya, bersejarah. Tak dinafikan ‘Moving’ – betul, setelah perang sekian lama perkara simbolik macam ini memang bermain dengan jiwa. Aku sendiri asyik ulang tengok video Kim dan Moon berpegang tangan ulang alik rentas sempadan Utara-Selatan.

Dulu masa di UM, admin Ayman selalu ingatkan aku – apa yang kita nampak, orang lain tak nampak (serius, bunyi macam cerita hantu). Apa yang aku tak perasan adalah bagaimana orang anggap ‘eternal peace’ atau ‘reunification’ akan terus berlaku selepas ini, sehingga lupa ini merupakan aksi propaganda agung dalam teater hubungan antarabangsa.

Aku tak nak ulas lanjut sebab bro Ayman dah ulas, tapi aku nak bawa balik para pembaca kepada zaman Perang Napoleon. Semasa kerancakan perang di Eropah, Napoleon Bonaparte telah berjumpa dengan Tsar Alexander I, pada tahun 1807. Hasil perjumpaan mereka, beberapa siri ‘Perjanjian Tilsit’ telah ditandantangani.

Kalau sekarang ramai dok pi sebut pasal ‘Moon-Kim’ bromance, zaman tu dulu ramai dok sebut pasal ‘Napoleon-Alexander’ bromance. Memetik kata Mat Sabu, “duduk berbisik macam kekasih”. Level bromance sampai ramai pelukis pi tunjuk gambar depa berpeluk cium dan jual sebagai souvinir! Tapi ternyata ‘bromance agung’ itu hanyalah ‘convenience’ untuk memenuhkan kepentingan geopolitik masing-masing.

Waqaf Saham

Pada masa itu, Napoleon sedang berusaha mengukuhkan kedudukan Perancis di Eropah, selain menamatkan hubungan di antara Russia dengan musuh ketat Perancis – Prussia. Sementara itu, Russia pula sedang berhadapan dengan Kesultanan Qajar Parsi selain ancaman Othmaniyah. Disebabkan itulah Perjanjian Tilsit dimeterai, yang antara lain menyaksikan Napoleon berikrar akan bersama Russia melawan Kesultanan Uthmaniyah.

‘Marriage of convenience ini akhirnya tamat setelah Russia tidak dapat memenuhi hasrat Perancis untuk tidak berdagang dengan Inggeris. Jika sebelum ini geopolitik jadi penyatu mereka, kini – ianya menjadi pemisah mereka. Perancis cuba menawan Russia tetapi gagal, dan akhirnya Russia menyertai ikatan melawan Napoleon.