Apabila ingin membeli makanan, sudah tentunya tidak logik untuk tanya status halal kepada pengusaha bukan Islam. Demi jualan, tentu sekali akan dikatakan halal. Begitu juga dengan produk-produk lain.

Kaedah pemasaran sebuah produk memang sudah biasa mencerobohi garisan had kemanusiaan. Sanggup menipu demi wang ringgit. Tanpa segan silu para penjual menggunakan helah overclaim. Dan rokok elektronik kerapkali dipasarkan sebagai alternatif lebih sihat berbanding rokok konvensional.

Sebenarnya bukan di Malaysia sahaja hujah sedemikian dijaja. Dan setelah sekian lama rokok elektronik mendapat sokongan awam, kajian-kajian saintifik pun sudah dibuat. Jawapan paling ringkas boleh diberikan untuk hujah “lebih selamat” ialah tidak benar.

  • Risiko Serangan Jantung dan Strok

Untuk mengenalpasti impak-impak jangka masa pendek, sekumpulan pengkaji di Universiti Pennsylvania menggunakan imbasan magnetik keatas 31 dewasa sebaik sahaja mereka menghisap rokok elektronik bebas nikotin. Imbasan mendapati arteri berada dalam keadaan kembang selepas merokok. Maka peredaran darah ke paha dan kaki pun terganggu, sekaligus meningkatkan risiko jantung dan strok.

Cecair dalam rokok elektronik tersebut sah tidak mendatangkan bahaya. Namun proses menghisap menukarkan kandungan rokok terutamanya propilena glikol dan gliserol menjadi bahan-bahan toksik. Maka keadaan jangka masa pendek iaitu pengembangan arteri bakal mendatangkan malapetaka jangka masa panjang.

Malah para pengkaji turut mempunyai kerisauan tentang kebarangkalian berlakunya lupus, vasculitis dan psoriasis akibat rokok elektronik.

  • Mendatangkan Masalah Semasa Pembedahan

Bagi rokok-rokok elektronik yang bernikotin, tindakbalasnya jauh lebih besar. Semasa menghisap, tentu sekali kesan semasa tidak boleh dilihat secara jelas. Namun apabila berlaku kecemasan, terutamanya yang mewajibkan pembedahan, semua jenis rokok boleh mendatangkan risiko seperti pemulihan luka yang teruk, risiko anestesia yang tinggi, dan membawa padah komplikasi pasca-pembedahan lain. Perokok dinasihatkan berpuasa daripada merokok sekurang-kurangnya beberapa minggu sebelum dan selepas pembedahan – dan rokok elektronik pun sama.


Kerana nikotin boleh memendapkan fungsi ubat yang menggugat rawatan luka. Sekadar luka yang lambat sembuh tidaklah menjadi masalah. Namun risiko berkait yang dirisaukan para doktor ialah jangkitan kuman. Berpuasa daripada rokok hanya dalam tempoh 12-24 jam sahaja boleh memulihkan kemandirian tubuh dalam membawa oksigen.

  • Merosakkan Sistem Imunisasi Badan

Sistem imunisasi memberikan tindakbalas biologi terhadap bahan luar. Asap rokok serta nikotin pun tergolong sebagai bahan luar. Maka dengan penggunaan rokok secara berpanjangan, tidak boleh dinafikan bahawa paru-paru boleh terkena penyakit. Menggunakan sampel-sampel kahak daripada paru-paru manusia, sekumpulan pengkaji di UNC Fakulti Perubatan mendapati kerosakan paru-paru perokok elektronik yang tiada beza pun dengan rokok biasa.

Kedatangan asap rokok elektronik memaksa badan bertindak dengan protin neutrophil granulocyte dalam salur pernafasan. Walaupun protin ini melawan bakteria, penggunaan yang perpanjangan hanya akan menyebabkan radang paru-paru. Didapati juga kesan-kesan bronchitis yang kronik, termasuk asma.

  • Menjemput Kanser Dengan Karpet Merah

Zaman sekarang, apa yang dibuat semuanya boleh mendatangkan kanser. Namun terdapat perbezaan antara persepsi dan pendapat saintifik. Rokok elektronik jatuh dalam kategori saintifik bahawa kandungan seperti formaldehida mendatangkan kanser dalam saluran pernafasan. Semasa menghisap rokok elektronik, cecair-cecair berperasa mencetuskan kadar aldehida yang tinggi lagi bahaya. Dan adanya zarah-zarah ini dalam paru-paru membolehkan kejadian kanser dengan kadar yang lebih kerap.Kesimpulan

Berdasarkan empat fakta ini, jelas sekali bahawa rokok elektronik tidaklah lebih baik berbanding rokok biasa. Namun mitos serta falasi bahawa ia lebih baik dari rokok telah membuatkan ramai dalam kalangan anak muda terdedah kepada bahayanya. Langkah yang paling baik berkaitan rokok ini ialah pencegahan. Sungguhpun begitu, sesiapa yang sudahpun terdedah perlulah berhenti demi kelangsungan poket dan kesihatan.

Ingatlah orang yang tersayang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.