Kenapa kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China tidak bersungguh dalam kes Rohingya? Sejauh mana kemampuan ASEAN bagi membendung krisis Rohingya? Apakah pula tindakan yang boleh Malaysia lakukan?

1. AS sebenarnya mempunyai kepentingan besar di Myanmar antaranya seperti projek penerokaan dan pengeluaran minyak syarikat gergasi mereka Chevron yang telah diberikan oleh Myanmar berhampiran Rakhine.

2. China melimpahkan pelaburan sebesar USD25.4 bilion ke Myanmar jauh mengatasi jumlah pelaburan AS, Eropah, dan Jepun.

3. Syarikat gergasi lain seperti Shell (Belanda) dan Mitsui (Jepun) turut memperoleh kontrak minyak di Myanmar iaitu di Rakhine dan Tanintharyi.

4. Kuasa besar seperti China dan AS lebih mengutamakan kepentingan geopolitik mereka dengan Myanmar. Persaingan AS-China dalam mendapatkan kerjasama Myanmar ini berkait rapat dengan beberapa faktor antaranya saiz Myanmar selaku negara kedua terbesar di Asia Tenggara serta lokasinya di antara India dan China yang kaya dengan pelbagai sumber bumi yang masih belum dibangunkan.

5. Perlu diketahui bahawa Malaysia merupakan antara pelabur terbesar dan juga rakan dagang utama Myanmar. Pada 2014 sahaja Malaysia merupakan pelabur ketujuh terbesar di Myanmar dengan nilai USD1.65 bilion dalam sektor minyak dan gas (diterajui Petronas), perhotelan dan pelancongan, penternakan dan perikanan, serta pengeluaran.

6. Dari segi perdagangan pula eksport Malaysia ke Myanmar pada 2015 meningkat sebanyak 16.4 peratus daripada RM2.63 bilion pada 2014 kepada RM3.06. Eksport Malaysia ke Myanmar melonjak rentetan peningkatan eksport seperti pengeluaran besi sebanyak RM28.8 juta, produk elektrik dan elektronik sebanyak RM13.2 juta, makanan yang diproses sebanyak RM129.5 juta, serta produk kimia dan berasaskan kimia sebanyak RM79.9 juta.

7. Import Malaysia daripada Myanmar turut meningkat 25.6 peratus daripada RM546.7 juta pada 2014 kepada RM686.5 juta pada 2015. Antara import utama Malaysia ke Myanmar ialah getah, sayur-sayuran, produk makanan laut, kayu balak, serta makanan yang diproses.

8. Berdasarkan kualiti hubungan bilateral ini Malaysia sewajarnya mengambil pendirian tegas untuk mendesak Myanmar agar menstabilkan situasi di Rakhine. Hal ini terpaksa dilakukan Malaysia kerana Pertubuhan ASEAN dilihat tidak berupaya untuk mengambil tindakan secara kolektif, manakala kuasa besar pula tidak begitu komited dalam membela nasib Rohingya ini.

9. Maka pilihan yang tinggal buat Malaysia ialah dengan memberi tekanan ekonomi dan diplomatik secara berterusan dan dalam masa yang sama memesatkan usaha bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk dan bersama pelbagai pihak (negara, swasta, dan badan bukan kerajaan NGO).

10. ASEAN menerusi Treaty of Amity and Cooperation (TAC 1976) telah menegaskan bahawa tiada sebarang campur tangan yang boleh dilakukan dalam hal ehwal dalaman sesama negara anggota.

11. Sememangnya Piagam ASEAN 2007 ada menyentuh secara langsung perihal usaha mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat, mendaulatkan undang-undang, di samping menjamin kebebasan dan hak asasi manusia.

12. Malah terdapat usaha bagi mewujudkan Badan Hak Asasi Manusia ASEAN sebagaimana dalam Artikel 14 Piagam ASEAN. Badan ini kini dikenali sebagai AICHR (ASEAN Inter-government Commission on Human Rights).

13. Namun penting untuk disedari bahawa ASEAN tidak memiliki sebarang kuasa mahu pun kapasiti penguatkuasaan meskipun langkah menyerupai penghapusan etnik yang jelas melanggar prinsip hak asasi manusia telah dilakukan. Hal ini demikian kerana status etnik Rohingya itu sendiri yang tidak diiktiraf sebagai warganegara telah menjadikan mereka warga yang tidak bernegara (Stateless).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply