Rodney Mullen: Dari Nerda Ke Lagenda

518
views

John Rodney Mullen dilahirkan di Gainesville, Florida pada 17 Ogos 1966 dari keluarga yang sederhana. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kelebihan dalam membaca dan menukis dan dikatakan semasa kecil lagi, beliau memang suka membaca dan belajar. Malah dalam satu temu ramahnya, beliau menyatakan beliau sebenarnya tidak aktif dalam sukan.

Beliau menyatakan beliau pernah menyertai sukan baseball namun tidak layak untuk menjadi salah seorang wakil sekolahnya kerana prestasinya agak teruk. Jadi, beliau lebih kepada membaca buku dan belajar sehingga usianya menjangkau umur 11 tahun apabila rakan jirannya, memperkenalkan sukan papan luncur pada tahun 1977.

Menurut salah satu temu ramahnya, bapanya merupakan seorang doktor gigi dan bekas askar tidak bagi beliau untuk bermain papan luncur kerana kegagalan beliau dalam sukan di sekolah namun pada awal tahun baru, bapanya meraikan bersama rakan-rakannya dan menjadi “lembut hati” lalu membelikannya papan luncur di kedai papan luncur yang dibuka pada tahun baru itu. Namun beliau diberi syarat yang ketat, jika beliau tercedera teruk kerana bermain papan luncur, beliau dipaksa berhenti main sepenuhnya. Beliau setuju dan ketika kecil lagi beliau terpaksa memakai helmet, pad siku dan lutut yang agak tebal untuk mengelakkannya tercedera teruk.

Kata beliau lagi, pada ketika itu, Vert (pemain papan luncur bermain di skate park di mana pemainnya akan membuat aksi di udara) dan Pool (kolam renang kosong) agak popular namun permainan papan luncur jalanan baru naik meningkat pada ketika itu, disebabkan Florida tidak banyak taman-taman papan luncur berbanding California, yang lokasinya adalah beribu batu dari rumahnya, beliau banyak berlatih dan bermain papan luncur ini di dalam garaj rumahnya ataupun ditepi jalan kawasan perumahan bersama rakan-rakannya.

Lebih menarik lagi, beliau sejak kecil lagi beliau sedikit cacat di bahagian jari kedua-dua kakinya dimana kakinya agak “membengkok” kekiri sejak lahir, kakinya digelar sebagai “pigeon toed” dan ia adalah kecacatan sejak lahir dan doktor memberikan kasut but yang istimewa untuk membetulkan jari kakinya dan akan memakainya sepanjang masa termasuk ketika tidur.

Sungguhpun dengan kekurangan ini, serta proses pembetulan tulang jari kakinya, ia menambahkan ketangkasan beliau dalam melakukan aksi-aksi papan luncur. Beliau menjadi obses dengan papan luncur dan akan berlatih selama 4 jam sehari sama ada bersama kawan-kawan ataupun seorang diri. Beliau dikatakan suka berlatih seorang diri kerana ia akan menambah fokusnya untuk berjaya membuat aksi-aksi papan luncur yang dikenali sebagai “freestyle skate”.

Usaha dan latihan beliau mula nampak hasil, setelah setahun dan menggunakan papan luncur yang sama, beliau mendapat tempat ke lima dalam pertandingan Freestyle US Open Championship di Kona Skatepark di Jacksonville, Florida. Beliau mendapat tajaan pertama pada tahun 1978 iaitu Walker Skateboards dan berberapa tahun selepas itu, beliau mendapat perhatian umum apabila beliau adalah pemain papan luncur yang pertama yang melakukan “ollie” di atas jalan yang selama ini hanya dilakukan di atas pool atau kolam kosong yang pertama di buat oleh Alan “Ollie” Gelfand.

Tahun 1982 hingga 1989, beliau mencipta berberapa aksi baru yang sehingga kini ramai pemain papan luncur masih membuat aksi ini sebagai aksi asas papan luncur seperti Ollie, Kickflip, Heelflip, Flatground Airwalk dan macam-macam lagi. Pada awal tahun 1990-an, beliau mendapat tajaan dari syarikat Amerika yang agak besar seperti World Industries, The A-Team, Bronze56k dan berberapa sponsor lain.

Ketika awal 1990-an, sukan Freestlyle semakin pupus apabila bermula sukan-sukan “street” yang majoriti pemain papan luncur bermain hingga hari ini dan populariti beliau agak merundum. Jadi dengan dorongan oleh sahabat dan juga pengurus penajaan beliau, beliau menggunakan setiap aksi beliau yang selama ini bermain freestyle diterapkan ke aksi “street”, hasilnya beliau berjaya membuat fenomena baru dalam sukan papan luncur dengan campuran aksi “freestyle” dan “street” dalam satu.

Kejayaan beliau juga secara tidak langsung mencipta nama dengan aksi-aksi baru seperti Casper Slide, 360 flip, Underflip gap, 720 flip, TruckstandFlip, Flip Slide Flip out, Darkslide dan macam-macam lagi. Sehingga kini, beliau masih bermain papan luncur namun sejak tahun 2007, beliau agak “menghilang” dari dunia populariti dan melebihkan masanya bermain papan luncur pada waktu malam dengan sendiri. Tidak dipastikan mengapa beliau menghilangkan diri namun beliau menyatakan yang beliau ingin mencari ketenangan dalam papan luncur dengan caranya sendiri.

Beliau juga adalah salah seorang aktivis yang akan membuat ucapan dari segi kehidupannya sebagai pemain papan luncur professional dan mengaitkannya dengan kehidupan harian. Beliau sentiasa mendorong orang ramai untuk membawa sukan atau hobi yang kita suka ke arah yang lebih baik, contohnya seperti jika anda minat menulis, bawa minat anda ke media ataupun ke penerbit buku untuk mengeluarkan tulisan anda ke umum.

Jika anda hanya menulis tanpa sebarang tindakan, anda tidak mampu mengasah minat anda itu. Sama juga seperti papan luncur, jika anda takut untuk melakukan aksi, anda tidak akan mampu melakukannya. NAMUN, anda perlu mengetahui had anda untuk melakukan aksi untuk mengelakkan anda dari tercedera teruk yang boleh mencacatkan anda untuk selamanya.

Beliau menyarankan kepada orang ramai untuk mengasah bakat sedia ada untuk masa depan dan segala usaha yang anda lakukan untuk mengasah bakat, apabila bakat diasah, semestinya akan membawa kebaikan masa depan dan negara. Manalah tahu, dengan bakat yang kita ada, diasah menjadi lebih baik, dan gunakan bakat untuk kebaikan.

Itulah yang beliau lakukan, dari menjadi seorang nerda, menjadi salah satu lagenda papan luncur di dunia. Dari sumbangan aksi-aksi, mencipta papan luncur versi moden dan menjadikan sukan ini sebagai inspirasi hidup dan mendorong orang ramai untuk mencari dan mengasah kelebihan yang ada dan gunakannya untuk membantu orang lain dan masa depan.

Tuan-tuan dan puan-puan, inilah Godfather of Street Skateboarding, Rodney Mullen.

Rujukan:

The Mutt: How to Skateboard and Not Kill Yourself”
Killeen Gonzalez (21 December 2011). “TransWorld Magazine Releases List of the 30 Most Influential Skaters of All Time: A Fan’s Reaction”
TEDxTalks (4 June 2012). “TEDxUSC – Rodney Mullen – How Context Shapes Content”
“Impact Support”. Almost a website. almost skateboards. 2012.
“SkateOrDie Interview”. SkateOrDie. Retrieved 2011-01-08.