Robot Ikan Yang Hidup Menggunakan Darah Elektronik

251

Kita telah ada robot yang mampu berenang dan robot yang mampu mengepam darah menggunakan jantung rosak. Kini, kita telah ada robot yang mampu melakukan kedua-duanya sekali. Robert Shepherd dari Cornell University dan pasukannya telah membina robot yang dihidupkan melalui system peredaran darah buatan. Robot ikan itu mampu bergerak selaju 15 cm per minit – agak perlahan menurut Shepher tetapi boleh diperbaiki.

Robot ikan ini dihidupkan menggunakan bateri aliran – sistem yang terdiri daripada dua elektrod dan cecair elektrolit yang mengalir antara dua elektrod tersebut. Aliran cecair elektrolit tersebut akan memberikan kuasa mengepam dalam tubuh robot tersebut yang berupaya menggerakkan ekor, sirip dorsal dan sirip dada. Aliran cecair itu juga akan meningkatkan tekanan di tempat-tempat tertentu.

Mekanismanya sama seperti mengembangkan belon yang menyebabkan bentuk dan ketegangan robot ikan tersebut berubah. Contohnya, apabila aliran cecair itu mengembangkan satu sisi robot tersebut, ia akan menyebabkan sisinya yang lain akan termampat, lalu menghasilkan pergerakan yang lentur.

Untuk membolehkan pergerakan yang fleksibel, elektrod dalam robot ikan diperbuat daripada dawai nikel yang boleh dibengkokkan. Eksterior kedap air robot pula diperbuat daripada silicon. Reka bentuk robot direka mengikut acuan supaya ia mampu menyimpan tenaga yang banyak. Kiraan dibuat dan robot tersebut mampu berenang sehingga 36 jam.

Pasukan Shepherd akan meningkat kekuatan pergerakan robot ikan tersebut.

RUJUKAN:

  1. https://www.nature.com/articles/d41586-019-01951-8
  2. https://www.newscientist.com/article/2207175-robotic-fish-powered-by-electronic-blood-can-swim-for-36-hours/
  3. Magazine Issue 3235 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.