Kumpulan Search telah diasaskan oleh Yazit pada tahun 1981 di Johor Bahru. Kumpulan ini dianggotai oleh Zainal sebagai vokalis utama, Hillary Ang sebagai gitar utama, Memek sebagai gitar bass dan Yazit sebagai pemain drum. Kumpulan ini bermula sebagai kumpulan gitar rancak (kugiran) kelab The Red Rooster yang terletak di Kuala Lumpur.

Nama kumpulan ini sebenarnya diambil daripada rancangan dokumentari In Search Off yang dicadangkan oleh Hillary dan beberapa nama lain lagi. Apabila Zainal melihat cadangan ini lantas beliau terus bersetuju dengan In Search Off tetapi perkataan In dan Off di buang lalu kekal hingga sekarang nama Search.

Arakian, maka kisah kumpulan ini bermula apabila Zainal telah berjumpa dengan Hillary Ang lalu mempelawa beliau untuk bersama-sama mengadakan persembahan rock di sebuah kelab malam Kuala Lumpur.

Hillary Ang terus dengan bersemangatnya mengajak Yazit dan Yan Lefthanded untuk menubuhkan kumpulan rock. Namun malang menimpa apabila Yan menarik diri pada saat akhir dan hanya mereka berdua meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Belum sempat kumpulan ini merakamkan album yang pertama, Zainal iaitu vokalis utama telah mengundurkan diri untuk membentuk kumpulan baru yang bernama Rampa. Apabila sudah berada di The Red Rooster, pengurusan kelab sangat tertarik dengan dengan gaya dan mutu persembahan mereka.

Dengan itu, pihak pengurusan kelab telah memberi masa dua minggu untuk mencari vokalis baru dan latihan selama sebulan sebelum diberikan kontrak tetap. Yazit bersama-sama dengan Hillary telah kembali ke Johor Bahru untuk mencari vokalis baru.

Mereka telah ditemukan dengan Amy yang pada ketika itu bekerja sebagai piano tuner. Amy juga merupakan vokalis rock paling menyerlah di sekitar Johor Bahru.

Bukan itu sahaja, Yazit juga bertemu dengan Nasir Daud bagi memperlawa beliau menyertai Search sebagai gitar bass seandainya Memek mengundurkan diri. Akhirnya, beliau diterima masuk apabila bertemu dengan Yazit dan yang lain di Red Rooster.

Pengalaman Search bermain di kelab malam telah menemukan mereka dengan M.Nasir dan terus bersetuju untuk menandatangani kontrak pertama bersama Polygram Record di Singapura pada tahun 1984.

Namun begitu sebelum rakaman bermula Hillary dan Nasir telah keluar daripada kumpulan dan posisi mereka diambil alih oleh Man Kidal dan Yan dari kumpulan Lefthanded. Bukan itu sahaja, Search telah bertindak memanggil Din sebagai gitar kedua dan juga anak didik kepada Man Kidal.

Maka, Search pada ketika itu dianggotai oleh Amy, Yazit, Man Kidal, Din dan Yan. Album sulung Search iaitu Cinta Buatan Malaysia berjaya dihasilkan dengan lagu Isi dan Kulit serta Kejora menjadi hits.

Tidak lama selepas itu, Yazit telah meminta Hillary dan Nasir untuk kembali bersama Search apabila Man Kidal serta Yan ingin menarik diri. Tanpa berlengah lagi mereka terus bergerak ke Singapura untuk bertemu M.Nasir.

Selepas seminggu, Search telah bersedia untuk merekod lagu di studio. Search berjaya merakam album Langit & Bumi (1986), Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987) dan Di Pintu Sepi (1988). Selepas berlaku sedikit salah faham antara Search dan Polygram, mereka telah mengambil keputusan untuk berpindah ke syarikat BMG.

Malang sekali lagi menimpa Search apabila gitar utama iaitu Hillary Ang bertekad untuk mengundurkan diri buat kali kedua dan melibatkan diri di belakang tabir. Hal ini telah membuat Search dan BMG ingin membawa masuk Kid yang pada ketika itu sedang meniti zaman kegemilangannya bersama Gersang.

Maka, rundingan pun bermula antara BMG dan ROP (Rahim Othman Production) dan secara kebetulan Rahim Othman merupakan bapa saudara kepada Din serta Kid. Kid berjaya menyertai Search dengan restu ROP dan Gersang.

Search tidak memandang kebelakang lagi apabila berjaya mengeluarkan album Fenomena. Album ini diterbitkan oleh M.Nasir dibawah label BMG pada tahun 1989. Album ini berjaya mencatatkan jualan melebihi 220000 unit di Malaysia dan melebihi 600000 unit di Indonesia.

Lagu Isabella dalam album ini berjaya menjadi hits dan kemuncaknya adalah lagu tersebut berjaya memenangi tempat pertama Anugerah Juara Lagu 1989.

Air tidak selalunya jernih, Search melalui saat paling sukar apabila vokalis utama iaitu Amy menarik diri sekitar tahun 1996. Kehilangan Amy sebagai vokalis utama ketika rakaman album Bikin Wilayah menyebabkan Search terpaksa mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan 1998.

Pada detik itu juga Search sudah berada diambang perpecahan. Namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Yazit walaupun hanya tinggal beliau seorang sebagai anggota Search. Yazit telah bertindak mengeluarkan album Selepas Banjir (1998) dengan Moq sebagai vokalis utama dan Shah Slam sebagai pemain gitar jemputan.

Album ini berjaya melahirkan lagu hits iaitu Kejora Ku Bersatu hingga lagu ini pernah menguasai carta Muzik-Muzik selama berminggu-minggu. Setelah itu, Search akhirnya dibubarkan pada tahun 2001. Walaubagaiamanapun, Yazit mengatakan bahawasannya Search tidak dibubarkan tetapi dibekukan.

Selepas lima tahun dibubarkan, Search kembali bersatu semula dengan lineup Amy (vokalis utama), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (bass) dan Lola (XPDC) sebagai pemain drum.

Tidak lama selepas itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum) telah kembali pada Search. Setelah itu semua adalah sejarah dan kini Search menjadi kumpulan lagenda rock paling diminati oleh semua peringkat umur.

Hari ini kita menyaksikan vokalis utama iaitu Amy telah berundur daripada kumpulan Search. Ianya berikutan, Amy tidak lagi mampu memenuhi permintaan persembahan bersama kumpulan ekorannya umurnya semakin meningkat. Apa-apa pun, Search telah menjadi lagenda yang ulung kepada muzik tanah air. Tiada siapa boleh lupa solo lagu Isabella yang sangat berhantu.

RUJUKAN:

Hanisah Selamat, Syarrizuan Abd Rashid. (2017, Oktober 9). Yazid dedah rahsia kumpul anggota Search. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/10/335368/yazit-dedah-rahsia-kumpul-anggota-search.

Nasir Daud. (2016, May 22). Sedih dan kecewa dengan tohmahan kami dikutip. Diperoleh dari https://m.facebook.com/story/graphql_permalink/?graphql_id=UzpfSTEwMDAwMzk4ODM0MzU2ODo3MjY5NjA5MDA3ODAxODE%3D

Nasir Daud. (2016, May 27). Nasir imbas penubuhan Search. Diperoleh daripada https://www.beritaharian.sg/gah/hiburan/nasir-imbas-penubuhan-search.

Riadz Radzi. (n.d). Search 35 Tahun Terbilang. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/node/116516.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.