Amalan mengor.bankan manusia demi menenteramkan dewa dan memakmurkan dunia memang menjadi kebiasaan dalam kebanyakan tamadun purba, termasuklah Mesopotamia, China, dan Yunani.

Hal ini dibuktikan menerusi jumpaan arkeologi seperti di kampung Mogou (Anyang, China yang menempatkan ratusan ku.bur mang.sa kor.ban berusia 4,000 tahun dari Dinasti Shang), di bandar Ur (Iraq moden, menempatkan rangka 68 wanita dan 6 orang lelaki berusia 4,600 tahun), dan di Gunung Lykaion (Greece, menempatkan rangka remaja berusia 3,000 tahun yang dikor.bankan untuk Zeus). (Jarus, 2017)

Namun, ada satu tamadun lain yang mengangkat amalan tersebut ke satu peringkat yang dahsyat – teramat dahsyat. Tamadun ini ialah Aztec. Bilangan kor.ban di tangan mereka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana tamadun lain, bahkan oleh tamadun Mesoamerika sendiri seperti Olmec, Maya, Toltec, dan Tarascan.

Dianggarkan, setiap tahun mereka mengor.bankan sehingga 20,000 orang. Dalam laporan Fray Diego de Duran (sejarawan kontemporar dari Sepanyol) pula, seramai 80,400 orang dikor.bankan dalam tempoh empat hari semasa acara perasmian Templo Mayor pada tahun 1487. (Preskar, 2021)

Walaupun angka tersebut dilebih-lebihkan oleh sumber kolonial bagi memburukkan imej penduduk asal, ia tidak lari jauh dalam menggambarkan betapa amalan mengor.bankan manusia menyulami tatabudaya mereka.

Ritual kani.balisme ke atas jasad mangsa ko.rban

Hal ini rentetan kepercayaan bangsa Aztec itu sendiri. Menurut mereka, alam semesta dapat bernyawa dan matahari dapat menyala berikutan pengor.banan para dewa, khususnya Huitzilopochtli (Roos, 2018). Namun, semua ini tidak datang secara percuma. Untuk mengekalkan kelangsungan alam, ada harga yang perlu dibayar – iaitu dengan persembahkan da.rah dan jantung manusia. Berhenti melakukan kor.ban bermaksud meminta kiamat menimpa dunia.

Kepercayaan ini sejajar dengan kosmologi anutan mereka. Kononnya, dunia dan segala isinya – gunung, sungai, dan lembah-landai – diciptakan daripada bang.kai seekor raksasa laut bernama Cipactli. Cipactli adalah salah satu ciptaan terawal – lebih awal sebelum bermulanya fasa lima matahari. Ia dibu.nuh kerana mengan.cam ciptaan Quetzalcoatl dan Huiztzilopochtli yang lain. Bagi menenteramkan roh Cipactli, dua dewa itu berjanji untuk memberikan da.rah dan jantung manusia sebagai ganti.

Atas sebab itu, upacara kor.ban berskala kecil mahupun besar dilakukan sepanjang tahun dalam kalendar Aztec. Di samping untuk tujuan kelangsungan alam semesta, ia turut dilakukan bagi mengangkat bala (seperti kemarau atau kebuluran) dan memuja dewa.

Misalnya pada hari Toxcatl (jatuh pada tanggal 5-22 Mei), kor.ban khusus diadakan buat dewa Tezcatlipoca. Begitu juga pada hari Tlacaxipehualiztli (22 Februari hingga 13 Mac) yang didedikasikan kepada dewa Xipe Totec.

Dalam dua acara tersebut, satu individu akan dipilih sebagai kor.ban. Ia dipilih setahun atau empat puluh hari awal. Sepanjang tempoh tersebut, dia akan dilayan seperti tuhan dan dilimpahi pelbagai kenikmatan – termasuk perempuan, makanan, dan kemewahan. Namun setibanya hari peristiwa, dia akan dikor.bankan.

Bagi hari Tlacaxipehualiztli, si kor.ban akan disiat hidup-hidup. Kulitnya kemudian dipakai oleh seorang individu yang ditugaskan mengelilingi bandar untuk mengumpulkan hadiah dan doa titipan orang ramai. Jantungnya pula direntap. Manakala anggota badan lain dila.pah, lalu dijadakan santapan khusus pada hari tersebut.

Masyarakat Aztec ada budaya pe.rang olok-olok sesama negeri jiran, satu survival game di mana siapa tertangkap dijadikan kor.ban

Walaupun mang.sa kor.ban Aztec rata-ratanya adalah ta.wanan pe.rang, mereka juga tidak kesampingkan golongan penje.nayah, sukarelawan, dan anak-anak. Iya, kor.ban kanak-kanak pun diamalkan juga. Ia khusus untuk Tlaloc si dewa hujan.

Masyarakat Aztec percaya yang air hujan Tlaloc perlu dibekali dengan air mata kanak-kanak. Atas sebab itu, pendeta akan menyeksa mereka cukup-cukup sebelum dikor.bankan supaya lebih banyak air mata keluar (Cartwright, 2018). Disebabkan jadi kor.ban ini dilihat sebagai satu penghormatan, maka bukan satu perkara asing untuk ibu bapa serahkan anak sendiri.

Acara kor.ban biasanya disaksikan oleh orang ramai. Sebahagiannya menonton sambil mengelar diri, persis amalan cucuk badan semasa Thaipusam oleh penganut Hindu. Jika mang.sa kor.ban tampil berani, mereka bersorak puji. Jika mang.sa takut ma.ti, mereka akan beramai-ramai maki. Proses kor.ban juga akan jadi lebih menyek.sakan sebab bagi mereka, ia seolah menghina tuhan. (Vuckovic, 2020)

Dalam setiap acara kor.ban, dada mangsa akan dirobek dan jantungnya akan direntap hidup-hidup. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, mereka kemudian dilempar dari puncak piramid – bergolek dari satu anak tangga ke satu anak tangga sehingga berke.cai.

Kalau tidak berke.cai, dagingnya akan dila.pah lalu dijamah sama ada oleh pendeta yang kelolakan acara tersebut atau oleh keluarga pahlawan yang menangkapnya semasa pe.rang. Kulitnya pula disiat lalu dipakai sebagai mantel selama 20 hari sebelum mereput dan mengeluarkan bau.

Tzompantli (rak tengkorak)

Selepas selesai acara kor.ban, kepala-kepala mangsa dikumpulkan lalu tengkoraknya ditebuk. Tujuannya, untuk digantung pada perancah atau rak tengkorak (disebut tzompantli) sebagai pameran. Pameran sebegini bertujuan menimbulkan ketakutan baik dalam kalangan rakyat ataupun mu.suh Aztec.

Aztec sememangnya merupakan empayar paling digeruni di rantau Mexico. Bagi mereka, pepe.rangan bukan sekadar sarana untuk meluaskan wilayah, tetapi juga membekalkan ta.wanan untuk dijadikan kor.ban.

Malahan, status setiap ten.tera Aztec ditentukan menerusi jumlah ta.wanan yang mereka tang.kap. Untuk jadi Pahlawan Helang atau Pahlawan Jaguar, mereka perlu menang.kap sekurang-kurangnya 20 orang mu.suh (Preskar, 2021). Dasar sebegini menjadikan kekuatan tentera Aztec sebagai yang paling digeruni.

Lewat kurun ke-15, seluruh selatan dan tengah Mexico dikuasai. Satu-satunya yang berbaki ialah Tlaxcala di timur. Untuk mendapatkan bekalan ta.wanan pe.rang, masing-masing jalinkan persepakatan:

Pada tarikh dan di tempat tertentu, mereka akan adakan pe.rang olok-olok. Ia disebut sebagai ‘pepe.rangan bunga’ (atau xochiyaoyotl). Dalam pepe.rangan tersebut, mereka tidak berbu.nuhan. Sebaliknya, masing-masing akan saling tang.kap-menang.kap. Erti kata lain, ia satu bentuk survival game yang tersendiri. Siapa yang tertang.kap, akan dikor.bankan. Siapa yang dapat menan.gkap, akan diberi penghormatan.

Amalan sebegini bagaimana pun berakhir dengan kemasukan Sepanyol dan kejatuhan Empayar Aztec pada 1521.

RUJUKAN

Cartwright, Mark. (2018, 3 May). Aztec (ditapiskan). World History Encyclopedia.

Preskar, Peter. (2021, 21 September). Feeding the Gods – The Horrific Aztec Practice of Human (ditapiskan). History of Yesterday.

Roos, Dave. (2018, 11 October). Human (ditapiskan): Why the Aztecs Practices This (ditapiskan) Ritual. History.

Vuckovic, Aleksa. (2020, 5 December). On the Edge of a Blade: Grasping Aztec (ditapiskan) and Human (ditapiskan). Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.