Kisahnya bermula pada tahun 1821 di Kesultanan Kedah. Waktu itu, ada beratus ratus perahu Siam datang di kuala Sungai Kedah. Bila pembesar Kedah tanya mereka, depa cakap depa nak bantuan bekalan beras. Masa tu Siam tengah pe.rang dengan Burma.

Dato Bendahara waktu tu optimis je la. Dia pun sambut tentera tu ke tanah Kedah. Kesemua lapisan pertahanan kota Kuala Kedah macam meriam semua tu direlakskan.

Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin tiada masa tu sebab baginda tengah sibuk dengan kerja galian terusan. Masuk sahaja tentera Siam ni masuk kota, terus panglima Siam dalam tu, Phya Buri Sakmuton (raja Ligor) arahkan untuk ser.ang penduduk kota Kuala Kedah.

Misi mereka sebenarnya bukan nak kumpul bekalan, tapi untuk tangkap Sultan Kedah dan takluk seluruh Kedah. Benda ni dibuat setelah mendapat perkenan raja Siam, Raja Rama III. Oleh sebab tentera-tentera Kedah semua tak sedia, habis tumbang kota tu dalam masa yang singkat.

Tumbangnya kota tu juga menyebabkan seluruh Kedah tumbang dengan cepat. Sultan Kedah dengan saki baki pengikut yang ada berlindung di Pulau Pinang dan merancang untuk merampas Kedah kembali. Pulau Pinang tak dise.rang sebab dah diberi kepada British melalui perjanjian.

Sepanjang tempoh Kedah menjadi wilayah Siam, habis semua benda dibakar, rakyat dibu.nuh, dicinc.ang dan dirog.ol. Ada yang dijadikan hamba dan ada yang diseksa. Kesemua ini berlaku dalam tempoh 10 tahun Kedah berada di bawah Siam.

Dalam tempoh 10 tahun tersebut, Siam cuba menekan Perak untuk membayar ufti kepada Siam tapi di-buat bodoh-kan oleh Sultan Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Buat apa baginda nak menurut Siam? Kalau nak ikut prestij, baginda lagi megah daripada Siam.

“Beta adalah Sultan dari keturunan dahulu kala (Bukit Siguntang) Betalah yang menyimpan Pedang Diraja dan Pontoh Diraja dan betalah Sultan yang tertua dari semua Sultan ini iaitu diantara raja-raja Siak, Selangor, Riau, Kedah dan Terengganu.

Beta tidak akan menghantar bunga emas ke Siam. Walaupun seandainya p.erang datang melanda beta akan melawan kerana adat bunga emas ini tidak pernah diamalkan oleh mana-mana Sultan sebelum Beta.” – Sultan Abdul Malik Mansur Shah ( 1806M-1825M )

Buat apa cucu cicit maharaja Srivijaya dan Melaka nak sembah Siam? Siam cuba se.rang Perak berkali kali tapi gagal. Tentera Perak sikit pun tak takut dengan tentera Siam. Sama keras kepala dan degil macam sultan deme.

Pada tahun 1827, raja Ligor cuba pujuk sultan Perak dengan sutera sekiranya baginda berangkat ke Ligor dan tunduk kepada Siam. Sultan Abdullah Muadzam Shah, sultan Perak waktu itu menganjing balik raja Ligor. Baginda ni jenis no nonsense.

Memang faham benar per.angai orang Siam perut hijau. Baginda tahu kalau baginda berangkat ke Ligor, memang jadi tawanan terus. Berbanding kerajaan Melayu waktu itu, sultan Perak juga merupakan orang yang ‘crafty’.

Mereka banyak buat perjanjian dan gunakan British untuk malukan Siam tanpa perlu berpe.rang.

Pada tahun 1831, Sultan Ahmad buat comeback. Datanglah hero pertama, Tunku Kudin. Anak saudara Sultan Ahmad ni telah direkrut untuk memimpin tentera Kedah melawan Siam.

Kebencian Tunku Kudin terhadap Siam ni jadi lagi kuat selepas isteri dan anaknya mati akibat letu.pan di rumah oleh orang Siam.

Beliau kemudiannya memimpin 3000 tentera Melayu dari Seberang Perai dan berjaya menawan kota Kuala Kedah.

Tunku Kudin dari awal pe.rang dah tahu ada ahli kongsi gelap Cina bantu Siam. Jadi, selepas kota itu ditawan, baginda menitahkan semua orang Cina yang membantu Siam supaya dijahit hidup-hidup dalam kulit kerbau mati dan dibiarkan di tengah tengah panas sampai mati.

Mereka terus berper.ang hingga ke kota Alor Ganu, tempat pemerintahan Siam. Habis sampai ke sempadan Siam mereka ni berpe.rang. Walau bagaimanapun, Siam ada buat perjanjian dengan British pada tahun 1826. British perlu melarang Sultan Kedah dan pengikutnya dari menye.rang Siam.

Kedah ni dah jadi wilayah Siam. Oleh itu, British memilih untuk bantu Siam atas dasar hormat perjanjian. British mengisytiharkan orang Kedah yang berper.ang waktu tu sebagai lanun dan perompak. Uish sempat lagi tu main kad character assasination.

Tentera Kedah kemudiannya diasak kembali hingga ke kota Kuala Kedah. British menye.rang melalui kapal laut dan membataskan stok bantuan ke tentera Kedah. Orang Siam pula meny.erang dari darat.

Disebabkan benteng kota tu kebal, orang Siam terpaksa membina menara tinggi semata mata untuk tembak meriam ke dalam kota. Selepas 3 bulan, kota itu berjaya ditembus dan dirampas oleh 7500 askar dan 3000 askar gajah Siam. Tunku Kudin syahid selepas sera.ngan ini.

Namun, ada versi lain yang mengatakan Tunku Kudin menyuruh seorang tentera untuk menikam beliau dan beliau akan tikam tentera tu. Bagi mereka, mereka lebih rela mati daripada ditangkap tentera Siam.

Tentera Siam yang bengang dengan Tunku Kudin pun penggal lah kepalanya dan dibawa kepada raja Ligor sebagai hadiah. Terkejut raja Ligor waktu tu bila dia tengok wajah Tunku Kudin tu masih bengis, padahal kepala je.

Kira kira 1255 tentera Kedah syahid. 655 adalah lelaki dan 600 lagi perempuan. Mana mana yang selamat melarikan diri dan kembali mengumpul kekuatan. Pada tahun 1838, tentera Kedah sekali lagi buat comeback, tapi kali ni lagi dahsyat.

Kira-kira 10,000 askar dari Acheh, Serdang (Sumatra), Deli, Berdage, Siak , Pahang, Terengganu dan Kelantan meny.erang Siam dengan serentak. Masuk pulak hero kedua, Tunku Muhammad Saad.

Kesemua tentera itu dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad, panglima Mohammad Taib, Tok Moris dan Wan Mali dan masing masing memimpin skuad sendiri di tempat berlainan. Pada waktu itu, maharaja Siam tengah meratapi kemangkatan maharaninya.

Divisyen Soldadu:

Pasukan Pertama – Singgora (Songkhla)

Pasukan Kedua – Terang (Trang), Krabi, dan pulau Panjang. Pasukan ini mengandungi tentera yang digelar “puak tulang besi”.

Selepas semboyan dibunyikan, habis tunggang langgang tentera Siam dihambat tentera Melayu. Selepas kota Kuala Kedah dirampas kembali, Tunku pacakkan panji bendera Kedah sebagai isyarat. British dengan sialnya bising balik suruh serahkan kota Kuala Kedah kepada Siam. Tunku Muhammad Saad pun maki balik dengan mengatakan:

Beritahu syarikat (SHTI) tersebut, kami telah menawan semula Kedah yang merupakan hak miliki kami yang sebenarnya. Tiada undang-undang yang boleh memansuhkannya selagi kami dapat menghunus pedang atau memegang lembing, kami akan mengekalkan warisan yang diperturunkan daripada nenek moyang kami.”

Selepas itu, tentera Melayu asak lagi sampai ke wilayah Pattani dan kemudiannya ke Singgora. Sepanjang pertempuran pada ketika ini, dikatakan lanun dari Mindanao dan orang Sulu meny.erang sekali. Sekalipun kapal mereka ni tak kuat macam British, mereka lagi rela mati daripada melarikan diri sekalipun kapal mereka habis dibedil.

Namun, itu tak bermakna tentera Kedah tak ada kapal kuat. Mereka juga mempunyai ‘galley’ yang lebih besar daripada British. Kejayaan Tunku membebaskan wilayah wilayah ini sempat dikarang dalam puisi oleh Sheikh Abdul Samad:

Putera bukan sebarang putera
Putera raja sultan pilihan
Negeri Kedah telah berjaya
Mengecapi nikmat anugerah Tuhan
Agama Islam bergerak semula
Begitu lama dalam tekanan.

Sampainya di situ mereka berhenti sekejap sebab monsoon. Memetik kata kata Prof Muati yang pernah mengulas mengenainya, Tunku Muhammad Saad, Wan Mali, Tok Moris dan sebagainya kata:

“Kali ini kita mengamuk sampai ke Bangkok. Kita tunggu tentera bantuan daripada Terengganu dan Pahang. Sampai sahaja mereka, memang Bangkok jatuh sekali.”

Walau bagaimanapun, British kemudiannya campur tangan dengan memberi bantuan kepada Siam. Segala macam pemuras, meriam kapal pe.rang diberi kepada Siam. Angkatan tentera Tunku terpaksa berundur kembali akibat dise.rang.

Tak lama selepas itu, sebuah per.ang yang sengit telah berlaku di Haad Yai (Hat Yai). Semasa mereka berp.erang, seorang ulama besar bernama Sheikh Samad Al- Falimbani telah syahid. Kepalanya dipisahkan dan dibawa ke Bangkok sebagai hadiah kepada maharaja Siam.

Angkatan Kedah ditekan dan ditekan hingga ke kota Kuala Kedah dan kembali ke posisi defensif. Setelah bantuan dari Bangkok sampai, tentera Siam perut hijau menyerbu kota Kuala Kedah. 15,000 tentera siam dengan senjata moden seperti senapang dan meriam, dan gajah gajah pe.rang menggempur kota tersebut. Di laut, British membedil kota itu dari jauh dengan kapal laut. Mereka tak berani datang dekat kerana takut dibedil meriam kota Kuala Kedah. Memang dikepung habis kota tu.

Pada tarikh 19 Mac 1839, kota itu mula ditawan oleh Siam. Apabila sedar kota Kuala Kedah akan jatuh pada bila bila masa, saki baki tentera Melayu dan askar Sepoi India Muslim bertindak melakukan ser.angan berani mati untuk memberi masa Tunku dan panglima-panglimanya melarikan diri. Angkatan tentera Tunku Muhammad Saad yang sekitar 200 orang tetap melawan walaupun bekalan peluru dah tak cukup. Tepat 23 Mac 1839, Kuala Kedah ditawan sepenuhnya buat berkali kali oleh Siam.

Kesemua tentera dan rakyat yang berada di dalam kota tersebut dibu.nuh dengan kejam, kecuali bagi mereka yang terjun ke Alor Melaka. Sebab kalah lagi, datang pulak hero ketiga. Tunku Anum. Sebelum ni, beliau merupakan diplomat bunga emas bagi Kedah ke Siam.

Sebab per.angai sial Siam perut hijau dengan Inggeris, beliau pilih untuk berpe.rang melalui diplomasi macam Sultan Perak. Benda pertama beliau buat ialah ambil hati anak raja Ligor. Pada masa yang sama, beliau melatih tentera tentera Kedah dalam diam.

Beliau kemudiannya berkhidmat di istana Ligor sebagai pegawai diplomat. Padahal beliau ni perisik. Dalam diam beliau kaji struktur dan maklumat tentera Siam. Selepas cukup waktu, tentera Kedah mula memberontak. Anak raja Ligor yang memerintah Kedah waktu tu minta bantuan kepada Istana Ligor.

Raja Ligor bagi bantuan dan baginda tawarkan Tunku Anum jadi wakil Kedah kalau tolong. Tunku Anum buat bodoh. Siam mintak tolong lagi, Tunku Anum buat bodoh. Akhirnya, anak raja Ligor mengalah dan merdekakan Kedah mengikut syarat-syarat Tunku Anum.

Sepanjang aku baca dokumen sejarah waktu zaman kolonial, orang Siam selalu dabik depa bangsa yang tak terjajah. Padahal sorok belakang bontot kuasa besar je. Dalam dokumen British acap kali disebut pasal per.angai Siam dan orang Kedah:

Yang ni pulak pandangan Sherard Osborn tentang tentera pakatan Kedah dan sekutu:

“Seperti anjing, pribumi di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan orang yang menyiksa mereka; tetapi tidak bagi Orang Melayu; dan kita Orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama menghormati bangsa yang tidak tunduk dengan penuh kehinaan kepada penderaan atau penindasan”.

RUJUKAN:

Anthony Webster (15 September 1998). Gentlemen Capitalists: British Imperialism in South East Asia, 1770-1890. I.B Tauris, p.38.

Buyung Adil, H. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ghazali, A.Z. (1995). Pribumi dan Penjajah: Gerakan tentangan di Malaysia.

Mohamad Athir Islamil. (17 Mac 2017). “Peristiwa Pe.rang di Sungai Perak”. Utusan Online. Retrieved 17 Februari 2019.

Suzalina Halid. (2015). “Sultan Kubang Pasu”. BHplus.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.