Kemelesetan Besar (The Great Depression) merupakan masalah kemerosotan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Barat. Di Amerika Syarikat, Kemelesetan Besar ini bermula selepas kejatuhan pasaran saham pada Oktober 1929 yang mencetuskan pank di Wall Street dan pada masa yang sama menghapuskan berjuta-juta pelabur.

Dalam beberapa tahun kemudian, perbelanjaan pengguna dan pelaburan telah menurun, menyebabkan penurunan drastik dalam pengeluaran industri dan kenaikan kadar pengangguran. Pada tahun 1933, apabila Kemelesetan Besar mencapai titik terawalnya, lebih kurang 15 juta rakyat Amerika telah mengganggur dan lebih daripada separuh bank-bank telah runtuh.

Ekonomi Amerika menemui titik kemelesetan pada musim panas 1929 dimana perbelanjaan pengguna telah berkurangan dan barangan-barangan yang tidak dijual mula bertambah. Pada masa yang sama, harga-harga saham mula meningkat. Di penghujung Oktober, gelembung (bubble) pasaran saham akhirnya meledak, dan daripada sini, para pelabur telah bermula melambakkan saham secara beramai-ramai, sekaligus mencatatkan rekod 12.9 juta saham yang didagangkan pada hari tersebut.

Peristiwa ini dinamakan sebagai “Black Thursday”. Lima hari kemudiannya, “Black Tuesday” pula berlaku apabila 16 juta saham telah didagangkan selepas sebuah panik yang membadai Wall Street. Berjuta-juta saham akhirnya terapung dengan tiada sebarang nilai, dan pelabur-pelabur yang membeli saham menggunakan wang yang dipinjam sekaligus tersungkur.

Dengan keyakinan pengguna yang menghilang, masalah ini mula merebak ke kilang-kilang dan perniagaan yang lain untuk mengurangkan pengeluaran dan pembinaan dan bermula untuk memecat pekerja-pekerja. Pekerja yang masih lagi mendapat kerja sebenarnya bukannya bernasib baik pun kerana bayaran gaji telah mengecut sekaligus memberi impak kepada kuasa beli.

Rakyat yang membeli barangan menggunakan kredit secara terus dibadai dengan hutang, dan bilangan rampasan-rampasan dan penarikbalikan meningkat secara perlahan-lahan. Pematuhan kepada Piawai Emas merupakan salah satu punca yang menyemarakkan kesan-kesan Kemelesetan Besar untuk merebak daripada Amerika Syarikat ke negara-negara lain, terutamanya negara-negara Eropah.

Presiden Herbert Hoover berkata bahawa krisis Kemeseletan ini akan selesai dengan sendirinya hanya kekal sebagai janji kosong sahaja. Keadaan mula menjadi lebih teruk dalam masa tiga tahun. Pada tahun 1930, seramai empat juta rakyat Amerika yang mencari pekerjaan yang baru dalam masa setahun sahaja, manakala kadar pengangguran mencatat kenaikan kepada enam juta.

Pada masa yang sama, kadar pengeluaran industri telah kecundang. Pusat makanan dan rakyat yang kehilangan tempat tinggal semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat. Para petani yang sudah lama menanggung beban kemarau dan kejatuhan harga makanan terpaksa membiarkan hasil tanaman mereka oleh kerana mereka tidak mampu untuk menuainya.

Para pelabur yang telah hilang keyakinan dengan sistem bank mendesak deposit dalam bentuk tunai, sekaligus memaksa pihak bank untuk melepaskan pinjaman yang lebih besar untuk menampung rizab tunai mereka yang tidak mencukupi. Rakyat Amerika Syarikat telah berkali-kali bertindak untuk mengeluarkan wang mereka daripada akaun bank, sehinggalah pada awal 1933, dimana ribuan bank telah menjadi muflis.

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, pentadbiran Hoover telah meluluskan pinjaman kerajaan kepada bank-bank yang sedang menghadapi masalah muflis dengan idea untuk bank-bank tersebut memberi pinjaman kepada perniagaan-perniagaan yang akan mampu mengatasi krisis pengangguran.

Tetapi Hoover mempunyai ideologi Republikan bahawa kerajaan tidak sepatutnya mencampurtangan secara langsung kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab untuk membentuk peluang pekerjaan dan melepaskan bantuan ekonomi kepada rakyat.

Ideologi inilah yang menyebabkan satu tsunami politik di Amerika Syarikat pada 1932. Untuk pengetahuan anda, Herbert Hoover dibawah Parti Republikan telah memenangi Pilihanraya Presiden 1928 sebanyak 444 kerusi (Parti Demokrat hanya 87 kerusi) dan 40 negeri (Parti Demokrat 8 negeri sahaja).

Tetapi dengan berlakunya Kemelesetan Besar ini, pilihanraya seterusnya telah menyaksikan sebuah tsunami politik yang sangat radikal apabila Herbert Hoover tewas dengan teruknya kepada calon Demokrat, Franklin D. Roosevelt. Herbert Hoover hanya memenangi 59 kerusi dan 6 negeri sahaja, manakala Franklin D. Roosevelt telah menguasai 472 kerusi dan 42 negeri, lebih besar daripada kemenangan Republikan yang asal.

Franklin D. Roosevelt memulakan harinya di White House dengan 15 juta penganggur (lebih daripada 20% daripada populasi keseluruhan). Ketika Hari Perasmiannya, semua negeri Amerika Syarikat telah mengarahkan semua bank untuk tutup, dan Perbendaharaan Amerika Syarikat (US Treasury) tidak mempunyai nilai tunai yang mencukupi untuk membayar pekerja-pekerja kerajaan.

Franklin D. Roosevelt, yang merupakan presiden kegemaran saya, memulakan kerjanya dengan sebuah propaganda untuk menyemarakkan semula semangat rakyatnya, dengan kenyataan, “the only thing we have to fear is fear itself”. Beliau bertindak secara segera untuk mengetengahkan masalah-masalah ekonomi negara. Malah, beliau mengumumkan “Hari Cuti” untuk bank-bank tempatan selama empat hari supaya bank dapat ditutup dan Kongres dapat mencapai sebuah legislasi pembaharuan untuk membuka bank-bank tersebut dengan kecergasan yang lebih mantap.

Seterusnya, beliau bertindak untuk bercakap secara langsung daripada radio untuk menaikkan semula keyakinan awam. 100 hari pertama Roosevelt telah menyaksikan sebuah legislasi utama yang mensasarkan pengstabilan pengeluaran industri dan pertanian, membentuk peluang pekerjaan dan memulakan segala langkah kearah pemulihan ekonomi.

Beliau juga memperbaharui sistem kewangan Amerika Syarikat dengan penciptaan Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) untuk melindungi akaun-akaun deposit dan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk memastikan segala penyalahgunaan-penyalahgunaan di pasaran saham yang meledakkan Keruntuhan 1929 dapat diharamkan.

Walaupun segala dasar-dasar pembaharuan telah dibuat oleh Presiden Franklin D. Roosevelt, yang telah membantu mengurangkan kesan-kesan buruknya, ekonomi Amerika Syarikat masih lagi dalam bahaya sehinggalah pada tahun 1939 apabila Perang Dunia Kedua telah membangkitkan semula industri tempatan.

Antara semua program dan institusi the New Deal (program pemulihan Roosevelt) yang paling banyak membantu adalah Tennessee Valley Authority (TVA), yang membina empangan-empangan dan projek-projek hidroelektrik untuk mengawal kadar banjir dan membekalkan tenaga elektrik kepada Lembah Tennessee. Dan kita tidak boleh lupa dengan Works Project Administration (WPA) yang membekalkan program kerja tetap; dengan jayanya memberi pekerjaan kepada 8.5 juta rakyat daripada 1935 sehingga 1943.

Dengan kepintaran Franklin D. Roosevelt ini, Amerika Syarikat sudah mula kembali ke jalan pemulihan apabila ekonomi berkembang selama tiga tahun, dan KDNK sebenar berkembang pada purata 9% setahun. Tetapi pada tahun 1937, sebuah kemelesetan kembali membadai Amerika Syarikat oleh kerana keputusan Federal Reserve untuk menaikkan keperluan wang di rizab. Ekonomi kembali ke jalan pemulihan pada tahun 1938.

Sebenarnya, Kemelesetan Besar ini bukan sahaja memberi impak dari segi ekonomi, tetapi sekaligus mengganggu perhubungan-perhubungan antarabangsa sekali. Kemeseletan Besar inilah yang telah mendorong kepada kebangkitan-kebangkitan gerakan politik berhaluan kanan yang ekstrim (far-right) di Eropah, terutamanya rejim Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler di Jerman.

Tindakan Adolf Hitler dalam konteks keganasan telah meledakkan sebuah peperangan di kawasan Eropah pada tahun 1939, dan WPA telah bertindak untuk mengukuhkan infrastruktur-infrastuktur ketenteraan walaupun Amerika Syarikat telah kekal dengan kedudukan neutral.

Presiden Roosevelt mengambil keputusan untuk membantu Britain dan Perancis (bersekutu sekali dengan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR)) untuk menyekat kemaraan Jerman dan Kuasa-Kuasa Paksi. Akibatnya, tindakan ini telah menaikkan pembuatan barangan pertahanan dan ketenteraan, membentuk peluang pekerjaan di sektor swasta dengan banyaknya.

Serangan Jepun di Pearl Harbor pada December 1941 telah menyebabkan Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan perang , dan pada masa itu, kilang-kilang di Amerika Syarikat telah kembali beroperasi secara penuh. Dengan kelebihan ini, kadar pengangguran telah menyusut berbanding angka asal pra-Kemelesetan.

Apabila Kemelesetan Besar membadai, Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara industri yang tidak mempunyai sebarang insuran pengangguran dan jaminan sosial. Pada tahun 1935, Kongres telah membentuk Social Security Act; buat kali pertamanya ia memberi bekalan kepada rakyat yang menganggur, mempunyai kecacatan dan juga pencen kepada rakyat berusia tua.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply