Kalau sebut nama Óscar Gutiérrez mungkin tiada siapa kenal. Tetapi itulah nama sebenar yang membawa watak Rey Mysterio dalam dunia gusti.

Ketinggian 168 sentimeter tidak menjadi penghalang buat Mysterio untuk berdepan dengan gergasi-gergasi gusti seperti Glenn “Kane” Jacobs, Kevin Nash dan Mark “The Undetaker” Calaway.

Mysterio juga pernah berdepan dengan Paul “Big Show” Wight dalam perlawanan “David vs. Goliath” satu masa dahulu.

Perlawanan antara Mysterio dan Wight.

Senang kata, Mysterio ialah harapan yang dunia gusti bukan hanya untuk ahli-ahli tinggi. Kerana beliau mempunyai sesuatu yang tiada pada Calaway, Jacobs, Nash dan Wight.

Perbandingan ketinggian.

Dengan kemahiran akrobatik dan badan serba fleksibel, Mysterio mampu mempesonakan hadirin gusti.

Kunci di sebalik kejayaan dalam dunia gusti hanya ada pada pendapat hadirin.

Sebelum menjejak masuk dalam World Wrestling Entertainment (WWE), Gutiérrez beraksi di Mexico. Beliau pada tahun 1995 masuk dalam jenama ECW dibawah Paul Heyman.

Dan setahun kemudian, beliau berpindah ke WCW pula. Bersama WCW, Mysterio berdepan dengan Kevin Nash dan terpaksa membuka topeng kerana tewas dalam perlawanan. Tetapi di sinilah beliau menimba nama kerana berdepan dengan Bam Bam Bigelow dan Scott Norton.

Selepas WCW gulung tikar, Mysterio kembali ke Mexico. Tetapi sejak tahun 2002, Mysterio ialah nama yang sering dikenang dalam WWE. Lama beliau bersama jenama ini, berpisah 13 tahun kemudian kerana kontrak tidak diperbaharui (Johnson, 2015).

Kembali Ke Lucha Libre

Mysterio sudah lama ingin keluar daripada WWE. Malah semasa masih bersama WWE, beliau membuat video untuk disiarkan dalam Triplemania XXII yang merupakan sebuah rangkaian (PPV) dibawah Lucha Libre.

Pada 3 Mac 2015, Mysterio menyertai jenama ini selepas meninggalkannya pada tahun 1995 (Caldwell, 2015). Perpisahan 20 tahun ini diubati dengan sebuah perlawanan dalam PPV Rey de Reyes (Raja Segala Raja) 15 hari kemudian.

Mysterio kembali.

Mysterio akan bersama dengan Luis “Myzteziz” Urive dalam sebuah gandingan unik. Kedua-dua mereka ialah bekas ahli gusti WWE. Urive sebelum ini menjadi Sin Cara yang tidak begitu berjaya di Amerika Syarikat.

Kata Urive, WWE tidak membenarkan beliau bergusti dengan cara biasa dibuat semasa di Mexico (Krotchsen, 2014). Jadi di Mexico, mereka akhirnya dibenarkan buat apa sahaja.

Dan lawan mereka ialah pasukan Los Perros del Mal (terjemahan: Anjing Jahat) iaitu El Hijo del Perro Aguayo (terjemahan: Anak Lelaki Perro Aguayo) dan Pentagón Jr.

Aguayo

Aguayo sudah bergusti sejak umur 15 tahun lagi, bermula di Lucha Libre pada tahun 1995. Pentagón Jr. pula tidak dikenali sesiapa.

Wajah sebenar beliau pun tiada peminat tahu kerana sentiasa bertopeng entah dari bila. Namun Aguayo dan Pentagón Jr. sememangnya dua ahli gusti berpengalaman lagi layak untuk berdepan dengan Mysterio dan Urive.

Perlawanan berjalan lancar pada 18 Mac 2015 dan Mysterio/Urive menang. Dua hari kemudian, Mysterio berganding dengan Xtreme Tiger dan perlu berdepan semula dengan Aguayo (yang bersama Manik).

Mereka dikehendaki bergusti untuk mempromosikan The Cr4sh di Tijuana, Mexico. Dalam perlawanan, Mysterio menggunakan teknik gunting untuk membaling Aguayo ke tali (untuk membuat 619).

Tetapi Aguayo terkeluar daripada gelanggang. Apabila Aguayo masuk semula, Mysterio memberi dropkick yang berjaya menjatuhkan Aguayo ke tempat sepatutnya (tergantung pada tali).

Dropkick tersebut.

Manik kemudian dijatuhkan di sebelah Aguayo. Apabila Mysterio berlari (untuk membuat 619), beliau sedar satu benda: Aguayo tidak bergerak langsung.

Mysterio membuat 619 (yang tidak kena) ] Aguayo sedang tergantung.

Rupanya Aguayo tidak sedar. Mysterio sendiri pergi tengok keadaan Aguayo dan kemudian mendapatkan pengadil.

Usaha membantu Aguayo tidak membuahkan hasil, dan beliau digegaskan ke hospital berdekatan dimana beliau disahkan men1ngg4l dunia pada usia 35 tahun.

Punca kem4t1an didapati kerana Mysterio memberi dropkick yang “melontarkan” Aguayo ke tali. Leher Aguayo patah dan menyebabkan s3r4ngan jantung disebabkan tiga tulang belakang (C1, C2 dan C3) yang r3t4k (Caldwell, 2015). Aguayo sebenarnya men1ngg4l dunia serta-merta.

Niat untuk menghiburkan penonton membawa Mysterio ke masalah undang-undang. Beliau disiasat tetapi tiada tuduhan dibuat. Aguayo dikebvm1kan d Guadalajara, dalam sebuah majlis dihadiri Mysterio sendiri.

Video kejadian:

RUJUKAN:

Caldwell, J. (2015, Mac 3). AAA news: Rey Mysterio officially joins AAA in Mexico. Pro Wrestling Torch.

Caldwell, J. (2015, Mac 25). Aguayo news: El Hijo del Perro Aguayo’s reported cause of (ditapiskan). Pro Wrestling Torch.

Johnson, m. (2015, Februari 26). Official WWE statement on Rey Mysterio. PW Insider.

Krotchsen, B. (2014, Januari 24). Released WWE star says he owned the rights to his character, says WWE (ditapiskan) him by limiting him in the ring and more. PW Insider.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.