Walaupun Sunni dan Syiah mempunyai perbezaan ketara dari segi Islam, sejarah Iran harus dijadikan iktibar untuk semua. Agama bagi Dunia Barat mungkin dianggap panduan.

Tetapi di sebelah Timur pula, akidah boleh menjadi sesuatu yang lebih kuat daripada ideologi semata-mata. Dan Iran menyaksikan suatu peralihan politik kerana beberapa faktor besar terutamanya berkaitan agama.

Apabila Ruhollah Khomeini diusir keluar daripada Iran kerana menentang Shah Reza Pahlavi, rakyat terbelah kepada dua. Pihak yang menyokong monarki masih bergelut dengan tekanan ekonomi. Jadi suara mereka tidak berdentum sekuat penyokong-penyokong barisan agamawan Syiah.

Usaha pembaratan dibawah Reza Pahlavi semakin rancak sekitar 1960-an. Aurat tidak boleh ditutup. Jadi dalam suatu pertembungan antara agama dan sekularisme, Iran menjadi medan dimana budaya Barat dikaitkan seperti w4bak yang mem4bukkan (Mackey, 1996).

Jadi setiap saat berlalu apabila Syiah nampak ditewaskan, rakyat berkabung dan bersatu untuk menentang sekularisme. Ketika ini Khomeini berada di Najaf, Iraq. Beliau masih tidak melepaskan Reza Pahlavi dalam usaha menentang sekularisme di Iran.

Ideologi Khomeinisme pun rancak menular dan menggesa supaya semua orang menentang pengaruh kapitalisme dan komunisme: “BUKAN BARAT MAHUPUN TIMUR – TETAPI REPUBLIK ISLAM!” (Wright, 2000).

Dunia mungkin tidak bersetuju dengan Khomeini. Tetapi bala buat Reza Pahlavi, rakyat Iran bersetuju dan menerima ideologi Kepimpinan Ulama dijaja Khomeini. Mereka meletakkan ideologi ini lebih mustahak berbanding solat dan berpuasa, kerana pengukuhan Syariah akan menguatkan negara daripada kemiskinan dan campurtangan asing.

Khomeini pun mengulas tentang Kepimpinan Ulama dalam bukunya Velayet-e Faqih (Wilayah Fiqh) yang disebarkan melalui khutbah masjid. Suara Khomeini bergema di Iran melalui kaset yang diseludup masuk melalui rangkaian penyokongnya.

Namun kejayaan Khomeini tidak terletak pada keupayaan diri. Sebaliknya beliau paling bersinar kerana tiada persaingan jitu. Salah seorang yang mungkin boleh menghalang kenaikan Khomeini ialah Mehdi Bazargan yang mengetuai Gerakan Pembebasan Iran selepas pemisahan dengan Barisan Nasional yang sekular.

Bazargan hanya mahu Reza Pahlavi mengikut Perlembagaan seperti termaktub. Seperti yang boleh dibayangkan, Bazargan tidak lantang berbanding Khomeini. Sementara itu Khomeini berusaha untuk menggabungkan penentang-penentang Shah. Beliau hanya tidak mengambil puak komunis sahaja.

Jadi agamawan-agamawan yang tidak mengikuti Khomeini seperti Mahmoud Taleghani dan Kazem Shariatmadari perlu menumpukan tentang masalah sosioekonomi sahaja. Inilah antara hujah utama Khomeini, kerana kerajaan Reza Pahlavi tidak telus dengan pendapatan rakyat pun tidak teratur.

Raja Kepada Raja

Hujah Ruhollah Khomeini dibuktikan Reza Pahlavi sendiri. Pada tahun 1971, Iran menganjurkan sambutan gilang-gemilang di Persepolis. Mereka menyambut ulang tahun monarki imperialis ke-2,500 dengan kemewahan ketika rakyat kelaparan (Wright, 2000). Minuman keras pun jangan cakaplah – memang banyak.

Kenaikan harga minyak global sepatutnya memajukan negara. Tetapi kerajaan Iran menjauhkan jurang antara kaya dan miskin. Tahap pembangunan bandar dan luar bandar pun begitu juga, dengan inflasi memamah sosioekonomi rakyat. Keluarga diraja pula paling banyak mengambil keuntungan daripada pengeksportan minyak.

Duit negara dianggap duit keluarga diraja, seperti zaman feudal dulu. Keluarga diraja memungut sekitar AS$20 bilion, tetapi rakyat perlu menelan kepahitan penjimatan perbelanjaan negara. Jadi tindakan kerajaan menolak rakyat ke pangkuan Khomeini (Gelvin, 2008).

Malah mencari masalah, Reza Pahlavi menukarkan Kalendar Hijrah ke Kalendar Parsi yang bermula dari pemerintahan Cyrus. Jadi tahun 1355 Hijrah menjadi tahun 2535, mengikut hayat monarki Iran. Lagi mencari masalah, Reza Pahlavi menubuhkan Parti Rastakhiz dan mengharamkan parti-parti lain.

Keahlian parti ini adalah wajib, dengan dasar agak gila. nflasi boleh dibendung melalui kadar faedah tinggi dan kawalan bekalan wang. Tetapi Reza Pahlavi menuduh peniaga membuat pencatutan harga. Kira inflasi berlaku sebab peniaga.

Dan pada tahun 1977, dua agamawan men1nggal dunia yang katanya dibvnuh kerajaan. Salah seorang ialah Mustafa Ruhollah (anak Khomeini). Dengan kem4tian ini, Khomeini kembali menjadi perhatian. Bantahan bertukar menjadi m0gokan, dengan perisytiharan undang-undang t3ntera dan kerajaan ket3nteraan.

Akhirnya kerajaan Pahlavi digulingkan, dan Khomeini kembali ke tanahair untuk menjadi Ketua Negara Iran. Iran berfungsi sekarang ini sebagai sebuah republik. Tetapi hakikatnya Ketua Negara Iran iaitu Pemimpin Agung (Supreme Leader) mempunyai kuasa bagaikan Raja juga. Khomeini memerintah sehingga 1989 yang digantikan Ali Khamenei sehingga hari ini.

RUJUKAN:

Gelvin, J.L. (2008). The Modern Middle East Second Edition. Oxford University Press. Halaman 285.

Mackey, S. (1996). The Iranians, Persia, Islam and the Soul of a Nation. Dutton. Halaman 214.

Wright, R. (2000). The Last Great Revolution. The New York Times Books. Retrieved from https://archive.nytimes.com/www.nytimes.com/books/first/w/wright-revolution.html?_r=1

Wright, R.B. (2000). The last great revolution turmoil and transformation in Iran. Knopf. Halaman 220.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.