Moving Forward As One

Revolusi Bolivarian: Jalan Sosialisme Hugo Chavez

937

Memetik daripada kisah perjuangan revolusi Fidel Castro, Che Guevara, Juan Peròn di Amerika Selatan. Timbul pelbagai persoalan kenapa dan bagaimana Amerika Latin bergiat menuju ke arah ‘Kiri’.

Sebenarnya idea-idea gerakan Kiri ini sudah lama sebati dan meresap di dalam jiwa masyarakat Amerika Latin sejak abad ke-19 dan awal abad ke-20 menurusi gerakan Sayap Kiri yang membawa gelombang tersebut kepada golongan Intelektual Kiri lalu dikembangkan secara meluas. sementara itu imigran Eropah di benua Amerika Latin kebanyakan sudah mempunyai pertalian dengan gerakan-gerakan buruh.

Tokoh-tokoh Intelektual termasyhur haluan Kiri di Amerika Latin pada masa itu seperti Jose Carlos Mariategui dari Peru, Julio Antonio Mella dari Cuba dan Luis Emellio Racabarren dari Chile, Nama-nama ini mempunyai reputasi besar dan bertanggungjawab dalam mengembangkan aliran Kiri di Amerika Selatan.

Gerakan Kiri di Amerika Selatan secara ideologi dan politik umumnya terbahagi kepada 4 kelompok.

  1. Gerakan & Parti Komunis Tradisional/Marxist
  2. Kiri Populis & Nasionalis
  3. Organisasi Politik & Militer/Gerakan Berse_jata
  4. Kiri Reformis

Komunis Marxist Tradisional mula menapak dan berkembang di Amerika Latin sejak 1920an, lokasi-lokasi hanya tertumpu dalam kawasan bandar sahaja. Walau bagaimana pun, Politik Kiri Populis atau Left-Wing Populism mendapat tempat di hati rakyat Argentina setelah Juan Domingo Peron naik menjadi Presiden Argentina selama 2 tempoh berbeza iaitu pada tempoh pertama dari 1946-1955 dan  tempoh kedua 1973-1974.

Juan Peron mendapat ilham daripada idea ‘third position’ iaitu sebuah idea politik Neo-Fasis yang kemudian dikenali sebagai Peronism. Menempatkan ideologi ini di luar idea-idea sistem Kapitalisme dan Komunisme untuk membangunkan Argentina.

Presiden Argentina – Juan Peron

Peronisme secara meluas dianggap sebagai bentuk sosialisme korporat, atau “sosialisme sayap kanan”. Dari segi politik berpegang pada Konservatisme dan Ekonomi Liberal.

HUGO CHAVEZ DAN PERJUANGAN POLITIK

Sejak keruntuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990an, Gerakan Komunis antarabangsa turut terkesan dan mengalami krisis, gerakan bersenjata dan Gerila di Amerika Latin sudah kehilangan taring dan tidak lagi relevan.

Pemimpin haluan Kiri memilih politik formal bagi memperjuangkan cita-cita haluan Kiri. Venezuela dalam hal ini adalah salah satu contoh negara dimana gerakan Kiri memanfaatkan Pilihan Raya sebagai rancangan mewujudkan Sosialisme.

Dalam hal ini, Jejak Venezuela diikuti negara Bolivia dan Nicaragua yang dimenangi oleh Daniel Ortega. Daniel Ortega merupakan tokoh gerakan Sandista iaitu sebuah gerakan yang melakukan gerakan bersen-jata pada 19 July 1979 dengan melancarkan ser_ngan terhadap diktator Anastasio Somoza Garcia yang kemudiannya melarikan diri ke Miami, Amerika Syarikat.

Hugo Chavez – Pengerak Revolusi Kelima Venezuela

Kejayaan Hugo Chavez di Venezuela tidak semudah seperti yang dibayangkan. Ada seribu satu kisah perit lelah yang ditempuhi disebalik kemenangan beliau dalam memperjuangkan dasar Sosialisme demi perubahan ke arah positif masa depan rakyat Venezuela.

Bermula dari imperialisme merebut hasil minyak dan kekayaan alam, penindasan kaum buruh sekaligus bekerjasama dengan elit-elit yang hanya peduli keuntungan kantung mereka.

Tatkala rakyat Venezuela mengalami tekanan daripada pemerintah yang menerapkan konsep Neoliberalisme yang menindas.

Hugo Chavez berani tampil di massa dengan pidato tanpa teks, berkobar-kobar bersemangat rakyat turun dalam himpunan Aksi menyuarakan perasaan ketidakpuasan hati mereka yang tertindas.

Kemelut rakyat Amerika Latin menentang sistem yang menindas ini lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan kawasan Asia dan Afrika adalah kerana secara historical globalisasi Kapitalisme dalam bentuk Neoliberalisme terlebih dahulu bermula di sana.

Kesengsaraan telah dirasai mereka lebih awal melalui pasaran bebas, Persaingan yang bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan yang tidak setara.

Dengan itu selepas puas rakyat di’ayam-ayam’kan pemerintah, Hugo Chavez lalu menubuhkan Gerakan Revolusi Bolivarian. Nama gerakan itu diinspirasikan dari nama seorang tokoh pejuang revolusi Amerika Latin bernama Simon Bolivar yang berjaya mengalahkan imperialist Sepanyol. Hugo Chavez memang mengidolakan Simon Bolivar. Semoga dengan ‘berkat’ nama itu mereka berhasil memperoleh kemenangan dalam misi gerakan Republik kelima.

Simon Bolivar – Tokoh Revolusi Amerika Latin

Pada tanggal 4 February 1992, Hugo Chavez melancarkan kudeta terhadap Presiden Carlos Andres Perez yang baharu pulang dari Switzerland. Malangnya pemberontakan itu digagalkan.

Sebelum Hugo Chavez bersedia untuk disumbat ke dalam penjara, beliau berhasrat untuk membuat ucapan di kaca TV nasional menyatakan tanggungjawab beliau dalam ke atas siri pemberontak tersebut.

Chavez mengikuti arus kehendak massa, beliau melawan pemerintah dengan melakukan kudeta, Chavez bukan seorang oportunis yang ingin bermain di air keruh. Tetapi menjadi pelopor kehendak sejarah, kehendak semasa rakyat tertindas. Malahan ia terbukti ketika ia berkuasa dan memberika kekuasaan pada rakyat miskin.

Sebelum memperoleh kemenangan besar, Chavez menghadapi gerakan kontra-revolusi yang dimulakan oleh musuh-musuh politiknya. Maksudnya gerakan yang ditubuhkan Hugo Chavez tidak lah mendapat penerimaan rakyat 100%. Jelas sekali, ia melibatkan ‘konflik kelas’ yang ditunjukkan.

Banyak kejadian berda-rah yang berlaku sekitar 11-13 April 2002 yang menewaskan 10 orang. Situasi Hugo Chavez semakin cemas, beliau diasak untuk berundur oleh Panglima Angkatan Tentera Darat, Jenderal Efrain Vasquez.

Secara ringas, kesedaran rakyat menentang noeliberalisme semakin menebal. Kesedaran mengenai perkara tersebut bukan terhad pada rakyat marhaen saja, malahan unit-unit ketenteraan pun turut menyokong tindakan Hugo Chavez. Ribuan rakyat berhimpun di ibu kota melemparkan kata-kata semangat revolusi.

Melalui gabungan bersama, Patria Para Todos, Hugo Chavez pada tahun berikutnya meraih 90% suara referendum yang mengusulkan pembentukan Dewan Konstitusi yang mengambil sejumlah kekuasaan dari parlimen.

Inilah landasan demokrasi partisipatif Venezuela yang menekankan pada penyertaan aktif rakyat.

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Hugo Chavez berkuasa 20 tahun lalu dan ini juga membuktikan bahawa jalan Sosialisme tidak lah indah seperti yang disangka, masa pun berlalu dan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Dasar ekonomi diperkenalkan melibatkan nasionalisasi secara meluas, Chavez menaikkan harga minyak pada tahun 2000an untuk meningkatkan perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Pada mulanya nampak juga kesan positif, namun implikasi dari polisi itu memberi kesan negatif yang mendalam.

Belum cukup setakat itu, korupsi pun meningkat dibawah pemerintahan beliau. Anggaran aset beliau berjumlah $1B hasil daripada merampas minyak negara itu.

Natijahnya, Kata-kata mutiara tukang revolusi. ‘pemimpin yang kejam diganti agar pemimpin baru menjadi kejam’. walaupun pada awalnya pemimpin itu mempunyai visi yang baik terhadap rakyat. Apabila sudah dibutakan dengan kuasa, sekelip mata bertukar menjadi raksasa. .

Ruangan komen telah ditutup.