Revolusi Anak Muda Chelsea FC

1,010

https://bit.ky/kombowww

Bola sepak Eropah kini kembali lagi dengan musim baharu 2020/2021 setelah mendapat rehat yang singkat sebaik sahaja tamatnya musim 2019/2020 pada bulan Ogos 2020 yang lepas.

Ya, dunia, termasuklah industri sukan masih lagi berasa terkejut dengan kesan daripada penularan w4bak global yang mula merebak luas sekitar bulan Febuari/Mac yang lepas, seraya turut menrencatkan perjalanan liga-liga utama di Eropah bagi musim 19/20.

Sehinggakan kebanyakan badan-badan bola sepak memutuskan untuk memberhentikan kebanyakan perlawanan bola sepak buat sementara waktu sehinggalah disambung semula pada sekitar bulan Jun 2020 tempoh hari bagi menghabiskan saki-baki musim 19/20 tanpa kehadiran penonton. Sungguhpun begitu, aktiviti-aktiviti utama perlu diteruskan juga tetapi semestinya dengan kaedah pengawasan dan pencegahan yang teliti.

Musim baharu yang masih berasa sedikit janggal lagi ini menyebabkan kebanyakan kelab-kelab bola sepak utama di sekitar Eropah lebih berkira-kira untuk membeli dan membawa masuk pemain-pemain baharu dek kerana lebih ingin mengawal situasi kewangan kelab dalam waktu yang tidak menentu ini.

Apatah lagi hasil untung daripada penjualan tiket pastinya bakal jatuh merudum akibat pengurangan kedatangan penonton yang menjadi lebih terhad di stadium pada musim ini.

Walaupun begitu, ia tidak menjadi halangan bagi pasukan biru terkenal yang berlokasi di barat daya London, Chelsea, apabila dengan gahnya telah berbelanja sakan bagi mendapatkan khidmat beberapa pemain berkaliber lagi mengujakan bagi memperkasakan pasukan. Mari tinjau lima pemain baharu yang telah menyarung jersi biru keramat pasukan yang dikenali dengan jolokan nama The Blues ini.

1) Hakim Ziyech: Hakim Yang Bakal Menghukum Pasukan Lawan Dengan Penuh Saksama

Bermain di bahagian sayap, salah satu aset terbaik bersesuaian dengan posisi pemain kelahiran Morocco (Maghribi) ini adalah hantaran lintangnya yang tepat dan berbah4ya. Pin-point pass yang sungguh oh-so-satisfying untuk disaksikan tidak kira sama ada anda berada di pihak lawan atau penyokong.

Selain pilihan s3rangan melalui jarak jauh/long range, gaya permainan Ziyech juga termasuk dengan mengucar-ngacirkan pertahanan lawan menggunakan dribbling skill dan kelajuannya.

sebelum dia cut-inside dan melakukan k1ller pass kepada rakan sepasukan lain di dalam kotak penalti atau terus merembat ke arah pintu gol lawan.

Pemain yang pandai main long-range dan suka dribble sebelum cut inside ni merupakan mimpi ng3ri kepada lawan terutama kepada pasukan yang suka bermain negative football atau ultra-defensif jenis park-the-bus.

Gayanya bermain persis gaya Arjen Robben ketika di Bayern Munich bermain pada posisiyang sama, yakni right wing forward.

Sebagai seorang inverted winger, kaki kirinya yang lebih dominan memberikan Ziyech kelebihan semasa bermain di bahagian kanan apabila hantaran bolanya bertukar menjadi lebih berbah4ya dengan melencong laju ke arah dalam kotak penalti sebelum bakal disambut oleh rakan sepasukan yang sudah berlari menghampiri penghujung tiang gol.

Case in point, para penyokong Chelsea tidak perlu menunggu lama apabila Ziyech telah menunjukkan kualiti trait-nya dalam perlawanan pemanas badan menentang Brighton pada penghujung Ogos tempoh hari apabila cross dari sebelah kanan menuju tepat mencari Callum Hudson-Odoi (CHO). Tetapi sayang sekali bola hantaran Ziyech disambut dengan tandukan CHO yang kurang kemas.

Namun, hero The Blues baharu, Timo Werner, dengan pantas membaca trajektori lantunan bola muntah tersebut dan serta-merta melulu laju bagi meletakkan bola di belakang jaring gol lawan.

Lorong sebelah kanan Chelsea pada musim ini pastinya menjadi salah satu kawasan anc4man terbesar buat pasukan lawan. Selain daripada crossing menuju ke dalam (inward) daripada Ziyech, Chelsea juga mempunyai hantaran lintang yang lebih tradisional daripada pemain bek kanan, Recce James (20), yang pernah disamakan dengan pakar sepakan percuma dan legenda pasukan kebangsaan England, David Beckham, oleh sebab kemampuan hantarannya yang sangat kemas dan tepat melalui kaki kanannya.

Sebelum ini, peminat-peminat Chelsea sudah menyaksikan kehebatan Ziyech dengan lebihdekat bagaimana dia memporak-perandakan dan memberi ketidakselesaaan berpanjangan.

Kepada barisan pertahanan Chelsea apabila pasukan London kendalian Frank Lampard (42) bertembung dengan Ziyech yang pada ketika itu menyarung jersi kelab Ajax Amsterdam pada musim lepas dalam kancah perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League).

Di mana, perlawanan di antara dua buah pasukan muda berbakat dan hebat di Eropah itu boleh dikatakan antara perlawanan jenis high-octane dan menggila yang akhirnya berkesudahan dengan jaringan 4-4 – dengan Chelsea bangkit daripada ketinggalan jaringan 1-4 sebelum menyamakan kedudukan. (Chelsea kemudiannya berjaya ke peringkat seterusnya melalui kelebihan jaringan aggregate dengan Ziyech terlibat dalam penghasilan tiga biji gol bagi pasukan Ajax)

“If you can’t beat them, join them”

Hikayat mengatakan, hantaran lintang Ziyech ini sangat mahal sehinggakan sekali dia bagihantaran, serta-merta ibu-ibu di negara ini juga berebut untuk menerimanya. Dengan assist sebanyak 18 dan 9 jaringan gol yang tertulis dalam 34 perlawanannya pada musim lepas ketika bersama dengan Ajax, Ziyech merupakan satu prospek yang baik bagi  membantu rakan sepasukan baharunya bagi menempa jaringan dengan lebih banyak bermula dengan musim 20/21 ini.

Setelah memenangi pelbagai kejuaraan termasuklah Liga Perdana Inggeris dengan Chelsea,Frank Lampard dan pengurusan Chelsea berbesar hati memberikan jalan keluar kepada bintang Brazil, Willian, untuk ke kelab jiran tetangga, Arsenal. Bukan untuk memenangi kejuaraan sangat (baca balik awal perenggan ini), tetapi bekemungkinan lebih untuk mendapatkan play time yang lebih banyak supaya mendapat kecergasan yang optimum yang berkemungkinan (sekali lagi) atas faktor untuk terus dipilih bagi mewakili pasukan Brazil di peringat antarabangsa. Ok jk. Friendly jibe je sahabat-sahabat Arsenal sekalian ya.

Kita semua tahu warna biru sentiasa merajai London, dan ya, terkadang warna merah mengambil alih buat seketika. Tetapi apa yang pasti, kita semua boleh bersetuju bahawa London tidak akan sekali-kali bertukar warna menjadi putih. Khalas.

Dengan pemergian Willian, adalah satu no-brainer apabila Ziyech telah diberi kepercayaan bagi menggalas tugas untuk mengambil sepakan penjuru dan juga sepakan percuma bagi skuad Chelsea.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Hakim Ziyech tertarik untuk menyertai pasukan terhebat di London dan di England ini. Salah satunya adalah pelan jangka masa panjang dan pengaruh Frank Lampard itu sendiri. Tetapi aku turut berpendapat kejadian ini juga adalah antara penyumbang terbesar dalam membantu proses pemilihan Hakim bagi membuat keputusan yang tepat untuk menyertai Chelsea:

Mungkin Ziyech bermatlamat untuk membalas dendam balik kat Tomori semasa sesi latihan di Cobham.

Kesimpulannya untuk pertahanan lawan, keraplah melakukan kesilapan sebagai satu bonus supaya hakim yang satu ini dapat menjalankan tugasnya dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal.

2) Timo Werner: Penggempvr dan Pendominasi Hadapan Serba Boleh

Pacing, finishing, versatility, rajin dan punyai semangat juang yang tinggi merupakan attribute yang sesuai bagi menggambarkan cara dan gaya bermain peny3rang prolifik yang berumur 24 tahun ini.

Selain bermain sebagai seorang striker/centre-forward, Werner juga tidak lekok jika diberikan peranan bermain out-wide atau sebagai false 9 (atau No 10). Justeru, link-up play Werner bakal memberikan kelebihan kepada rakan sepasukannya yang lain pada bahagian s3rangan.

36 gol dan 12 assist dalam 50 perlawanan pada musim lepas semasa bersama pasukan yang semakin meningkat naik, RB Leipzig, membuktikan dominasi unggulnya di bahagian hadapan sehinggakan telah menjadi buruan kebanyakan kelab-kelab ternama di Eropah.

Antara kelab tersebut adalah Liverpool dengan pengurus sensasinya, Jürgen Klopp, sedikit sebanyak menunjukkan minatnya ke atas pemain kebangsaan Jerman ini. Alih-alih, Werner membuat pilihan yang bijak dengan menyertai pasukan The Blues. Lain macam bila difikirkan balik.

Ye lah, Klopp tu orang Jerman jugak sama macam Werner. Selain itu, Liverpool masih segar dengan panggilan juara takhta liga musim lepas dan masih dilimpahi dengan kemasyhuran gelaran pasukan juara Eropah 18/19 (sebelum dimenangi oleh Bayern Munich baru-baru ini bagi musim 19/20 yang lepas). Justeru, menjadi suatu persoalan mengapa Werner tidak memilih untuk berhijrah ke Liverpool.

Mungkin sekarang baru Klopp tahu dan kenal apa itu ‘The Abramovich Effect’, setelah tidak diaktifkan selama dua jendela perpindahan.

Pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich, pasti mahu melihat pelaburannya pada musim ini memberikan pulangan yang lumayan

Namun yang demikian, punyalah bengkek Klopp ni sampaikan belum apa-apa lagi dia sudah melakukan s3rangan permainan minda dengan mengeluarkan kenyataan perlian ke atas Chelsea kerana berbelanja besar bagi musim ini.

Real jugak bila takde hujan takde ribut, tiba-tiba pasukan sang juara dah mula melakukan p3rang minda dan saraf. Mind games-nya pulak ditujukan kepada pasukan underdog muda berbakat pulak tu. Bukan apa, takkanlah dengan pasukan underdog pun nak bermain p3rang minda, ye dak. Tak manis orang tengok sebab nampak macam gugup.

Selain pengaruh dan status Frank Lampard sebagai salah seorang bekas pemain ternama, mungkin Werner pun dah nampak bibit-bibit kejatuhan The Kop dan barangkali mengambil kira perkara tersebut juga dalam proses pemilihan kelab baharunya.

Setelah peminat Liga Perdana Inggeris/ EPL syok menonton perseteruan individu di antara José Mourinho dengan Arsene Wenger sebelum-sebelum ini, mungkin inilah permulaan bahawa kita telah menemui perkelahian baharu yang seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris bagi merancakkan dan menambahkan lagi drama buat generasi EPL terkini di antara Klopp dan Lampard.

Tapi mujurlah jugak Lampard ni bukan jenis termakan umpan dan suka layan mind games sangat walaupun musim lepas dia ada bertekak jugak dengan staf Liverpool kerana tak puas hati dengan keputusan pengadil yang berat sebelah ketika dalam perlawanan liga.

Baik. Kelibat kehadiran Werner, dengan yuran perpindahan sebanyak £48.6m ke Stamford Bridge, bakal menjadikan Chelsea sebagai sebuah pasukan mesin gol yang berwibawa. Apatah lagi dia juga cerdik mencari dan membuka ruang untuk rakan sepasukannya yang lain dalam usaha membuka kunci barisan pertahanan lawan – satu perkara yang bakal membuatkan pengurus-pengurus lawan s4kit kepala jika mengarahkan taktik man-marking kepada barisan s3rangan Chelsea kerana versatility dan kreativiti yang dipunyai dan dimiliki oleh pasukan yang pernah memenangi piala berprestij Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012.

Tidak perlu disangkal, dengan work-rate-nya yang menakjubkan bagi seorang peny3rang, Timo Werner bakal menjadi ayam tambatan baharu bagi skuad Chelsea moden ini.

3) Kai Havertz: Permata di Tengah Padang (Ballon d’Or Winner In The Making?)

Kai Havertz merupakan seorang pemain berposisi Att4cking Midfielder, atau orang panggil pemain No 10. Bertepatan dengan posisi kegemarannya, Havertz ni pandai create space, mempunyai ball control yang baik, vision dan decision making yang bagus, dan hebat dalam melakukan key pass/through ball.

Kerana kekreatifannya di atas padang, satu perkara yang dapat dilihat dalam caranya bermain mengingatkan aku kepada cara permainan Kaka dan Mesut Özil semasa zaman peak mereka masing-masing di AC Milan dan Werder Bremen/ Real Madrid.

Playmaker berbah4ya ini telah mencetak sebanyak 18 gol dan 11 assist dalam 48 perlawanan seraya menjadikannya sebagai tunjang tengah yang mudah menguasai kawasan selain turut mampu memberikan anc4man di bahagian udara.

Dengan segala attribute, keupayaan membuat jaringan gol serta assist, dan mampu mengatur gerak s3rangan yang merbah4ya dari tengah padang, yuran perpindahan sebanyak £75.8m tampak seperti satu pelaburan yang amat berbaloi terutamanya apabila melihat umurnya yang masih muda (21 tahun).

Ketibaan Kai Havertz di Chelsea pada musim 20/21 boleh diibaratkan seperti hype kedatangan Eden Hazard pada musim 12/13 yang lalu. Hazard hilang, Havertz berganti. Ngam.

The sky’s the limit for Kai!

4) Ben Chilwell: The Next Ashley Cole

Boleh dikatakan kawasan pertahanan kiri Chelsea agak goyah pada musim lepas. Walaupun Marcos Alonso cemerlang dengan peranannya dalam membantu s3rangan di atas, tetapi dia tidak dapat menterjemahkan kecemerlangannya seperti dalam s3rangan semasa menjalankan tugas utamanya iaitu bertahan dan mengawal kubu. Manakala prestasi pemain pilihan lain, Emerson Palmieri, pula tidak cukup konsisten.

Dengan itu, mendapatkan pemain left back kebangsaan England ini merupakan satu solusi yang tepat bagi mengatasi masalah di posisi kiri. Ia juga merupakan satu bonus bagi Chelsea kerana Chilwell sudah biasa dengan gaya permainan pantas dan berfizikal di EPL apabila telah bermain bersama-sama bekas pasukannya, Leicester City, selama 4 musim sebelum ini.

Dengan baru berusia 23 tahun, hanya masa menjadi penentu sama ada Ben Chilwell mampu mencapai status legenda seperti bekas bintang pertahanan ‘The Old Guard’ Chelsea, Ashley Cole.

  1. Thiago Silva: Suntikan Pengalaman Orang Lama

Tak perlu lagi nak diperkenalkan dengan pemain bola seorang ini.

Ya, Thiago Silva ni bukanlah berada dalam kategori umur-umur pemain muda, tetapi dengan pengalamannya yang luas dalam mengemudi barisan pertahanan, baik di peringkat kelab (AC Milan dan PSG) mahupun negara, khidmatnya amatlah diperlukan oleh Chelsea bagi memperkukuhkan benteng pertahanan yang sebelum ini telah dibolosi sebanyak 54 gol pada musim lepas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (berbanding 33 gol bolos oleh Liverpool dan 35 gol bolos oleh Manchester City sebagai benchmark).

Agak kurang senang apabila memikirkan kelab sebesar Chelsea masih tidak menjumpai pasangan pertahanan tengah yang serasi antara Kurt Zouma (25), Andreas Christensen (24), Fikayo Tomori (22) atau termasuk juga bagi pemain yang lebih senior, iaitu pemain  pertahanan pasukan kebangsaan Jerman, Antonio Rüdiger (27).

Kubu batu pertahanan yang dicipta melalui pasangan duo terbaik pada suatu ketika dahulu di antara John Terry dengan Ricardo Carvalho, pastinya masih menjadi igauan buat pasukan Chelsea yang baharu ini dalam usaha mencari dua centre-back tetap yang boleh diharap dapat menyekat dan mengurangkan gol bolos buat pasukan The Blues.

Melalui perpindahan percuma, Thiago Silva yang juga merupakan bekas kapten pasukan Brazil, dijangka mampu meluruskan dan mengebalkan kembali barisan pertahanan Chelsea yang agak rapuh, sama ada berperanan sebagai pemain back-up yang aktif dalam kejohanan yang lebih selektif dan penting atau bermain bersebelahan dengan Antonio Rüdiger sebagai pasangan tengah berdua.

Jika hebat meny3rang tempat lawan tetapi sering dicerob0hi di kawasan belakang, tiada guna jugak orang cakap. Unit s3rangan mungkin membolehkan anda memenangi perlawanan, tetapi ia juga memerlukan khidmat unit pertahanan bagi memberikan anda kemenangan dalam keseluruhan pep3rangan.

Mencari Keserasian dan Keberkesanan Para Pemain

Terdapat beberapa formasi yang mungkin menjadi pilihan Lampard, antaranya adalah:

  1. 4-2-3-1
  2. 4-3-3/ 3-4-3
  3. atau 4-4-2 (diamond)

Dengan trio s3rangan – Werner, Havertz, Ziyech bermain di hadapan, dibantu oleh Tammy Abraham (22) atau Olivier Giroud, serta dua lagi pemain muda Pulisic (21) dan Callum Hudson-Odoi (19) di bahagian sayap.

Manakala di bahagian tengah pula, kestabilan Ruben Loftus-Cheek (24) pasti ditag1h semula oleh Chelsea setelah banyak menghabiskan masanya di tepi padang dek kerana kec3deraan yang menimpanya pada musim lepas. Jika persembahan tidak meyakinkan, pemain berjersi nombor 8, Ross Barkley, sentiasa bersiap sedia bagi menjadi pengganti.

Mateo Kovačić dan pemain tengah metronome, Jorginho, pula sudah sebati dengan peranan di kawasan tengah penyambung daripada barisan pertahanan kepada barisan s3rangan, selain mengawal tempo permainan.

Andai kata salah seorang daripada mereka tidak berhati-hati dan menurun dari segi prestasi, Billy Gilmour (19), pemain tengah muda yang dianugerahi dengan ketenangan tahap tertinggi walau diasak macam mana sekalipun, bakal mengambil tempat mereka dengan mudah.

Pasal Kante tak perlulah aku nak cakap lebih-lebih sebab ramai yang dah tahu; 71% muka bumi ini dilitupi oleh air, yang selebihnya oleh Kante.

Dengan jentera s3rangan yang dikemudi dengan kuasa kejuruteraan Jerman melalui Werner dan Havertz, ditambah pula dengan kelajuan serta t3mbakan lintangan jarak jauh Ziyech dari sebelah kanan, bersama-sama dengan dribble lipas kudung daripada pemain nasional Amerika Syarikat (USMNT), Christian ‘Captain America’ Pulisic di bahagian kiri, Chelsea nampaknya telah mempunyai f1re power yang begitu padu bagi memulakan musim 20/21 dengan penuh keyakinan yang tinggi.

Cuma perkara yang masih sedikit merisaukan adalah chemistry dan keupayaan barisan pertahanan termasuklah dengan prestasi penjaga gol (player-manager. lol) berharga £71.5m, Kepa Arrizabalaga. Jika Kepa dapat tingkatkan komunikasinya dengan barisan pertahanan di hadapannya serta mampu memberi arahan yang sebaiknya, nescaya kekebalan barisan belakang dapat ditingkatkan dengan lebih cemerlang pada musim ini.

Jikalau Kepa masih tidak berada dalam keadaan cakna pada setiap masa atau masih buat hal di musim baharu ini dengan perangai dan prestasi lamanya, maka bersiap sedialah untuk digantikan dengan penjaga gawang baharu.

Penjaga gol Stade Rennais, Edouard Mendy, mungkin?

Dengan jendela perpindahan yang telah dianjakkan masanya dan hanya akan tamat pada 5 Oktober 2020, Frank Lampard dan Marina Granovskaia – direktor Chelsea merangkap orang kanan pemilik kelab, Roman Abramovich – pastinya telah mengintai beberapa nama pengganti untuk diletakkan dalam radar mereka sebelum melakukan sebarang transaksi di masa hadapan.

Musim Penting Bagi Super Frankie

Dengan berbelanja besar bagi mendapatkan sekurang-kurang empat rekrut utama yang segar, Frank Lampard setidak-tidaknya perlu menjulang piala FA (The FA Cup) pada musim ini.

Dan sebagai seorang peminat yang rasional, aku meletakkan peratusan bagi Chelsea untuk memenangi liga sebanyak 80% (dengan tolakan 20% lagi adalah faktor nasib dan keceder4an pemain utama). Jika tidak, menjadi runner-up sudah cukup bagus bagi skuad berwajah baharu Chelsea ini.

Pengurus muda Chelsea ini perlu bertindak dengan lebih proaktif berbanding menjadi reaktif bagi musim baharu yang penting ini I sports.yahoo.com

Untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah pula, paling tidak pun Lampard perlu memastikan

Chelsea layak ke pusingan separuh akhir dan jika nasib menyebelahi Chelsea – seperti manaketika malam magikal itu di Munich – harapnya mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Atatürk Olympic Stadium, İstanbul, Turkey.

Harapan lain aku adalah agar Lampard tidak melakukan eksperimentasi-eksperimentasinya pada musim ini atau meletakkan pemain-pemain utama di luar posisi natural mereka. Termasuklah mengambil tindakan yang berani untuk meletakkan pemain-pemain yang tidak perform di bangku simpanan (contohnya macam Mason Mount).

Jika sasaran-sasaran dan harapan peribadi rasional aku ini pun tidak berjaya dikecapi olehnya, maka tunggulah ‘the wrath of Roman’ di penghujung musim kelak.

Secara jujurnya, sebagai seorang peminat Chelsea moden yang telah banyak melihat kejayaan, kepahitan, jatuh bangun pasukan The Blues ini sejak dari bangku sekolah lagi, secara peribadi perkara yang diharapkan semenjak 3, 4 tahun lepas adalah untuk aku menyaksikan pasukan Chelsea mencapai status konsisten sebagai pasukan free-scoring yang digeruni dan mendominasi di bumi Eropah. Di samping dapat menterjemahkan permainan yang cantik dengan penuh taktikal. Sesuai dengan jolokan nama bagi sukan bola sepak iaitu ‘the beautiful game’.

Menang satu atau dua piala setiap musim mencukupi dah. Dapat menang treble atau quadruple pulak adalah satu bonus. Okay, wishful thinking sangat.

Apa-apa pun, may the best team win.

Sekian.

RUJUKAN:

  1. Laman sesawang rasmi Chelsea, chelseafc.com
  2. Statistik para pemain, footystats.org
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.