Reviu Siri TV Bersejarah : The Three Kingdoms (2010)

559

Jika anda seorang peminat sejarah Tiga Kerajaan di China yang menjadi peristiwa penting sepanjang fasa kejatuhan Dinasti Han yang berusia 400 tahun lamanya, mustahil anda tidak pernah menonton siri televisyen ini.

W*r Of Three Kingdoms” (atau lebih dikenali sebagai The Three Kingdoms sahaja) adalah sebuah siri drama bersejarah bahasa mandarin yang mula ditayangkan pada 2 Mei 2010, menceritakan kronologi perjalanan kisah yang digarap dari novel Romance of Three Kingdoms dan mengambil sumber rujukan sebenar dari Record Of Three Kingdoms.

Siri ini menyajikan sebahagian sejarah, sebahagian legenda, dan sebahagian mitos yang diromantiskan secara dramatis melalui kisah para panglima per*ng dan para pengikutnya, yang berusaha untuk menggantikan zaman kegemilangan Dinasti Han yang kian merosot, dianggap tidak relevan lagi atau berusaha untuk memulihkannya kembali.

Walaupun novel asalnya mer*ngkumi penglibatan beratus-ratus watak, fokusnya yang utama adalah tentang tiga blok kuasa yang terbentuk dari sisa-sisa perpecahan Empayar Dinasti Han, dan akhirnya akan membentuk tiga negara iaitu Cao-Wei, Shu-Han, dan Wu Timur.

Kisah ini membahaskan plot, perjuangan untuk kepentingan peribadi,  taktikal ketent*raan, pengkhiantan, dan perjuangan kerajaan-kerajaan ini untuk mencapai dominasi menjadi kuasa hegemoni selama hampir 100 tahun lebih.

Siri ini diarahkan oleh Xixi Gao dan diterbitkan oleh Xiaoming Yang, lokasi penggambarannya tertumpu di sekitar tanah besar China. Siri 95 epidod ini menampilkan berpuluh-puluh pelakon utama dan beratus-ratus pelakon tambahan.

Hampir keseluruhan plot dan jalan ceritanya adalah berdasarkan novel Romance Of Three Kingdoms karya Luo Guanzhong ketika era Dinasti Ming. Siri televisyen ini juga telah mer*ngkul dua anugerah industri tempatan dan tiga anugerah antarabangsa.

Sebenarnya penulis sangat jarang berminat untuk menonton drama bersiri sehinggalah siri ini menarik perhatian penulis hingga berjaya menonton di Youtube dari awal hingga akhir sebanyak 95 episod. Jadi, maaflah kalau penulisan kali ini hambar sebab memang ini kali pertama buat reviu filem/drama tv.

Penulis beranggapan produksi ini hampir sempurna dengan hanya beberapa kekurangan kecil di sana sini, yang sukar untuk dijelaskan kerana seperti yang dimaklumkan, penulis amat jarang menonton siri televisyen sebelum bertemu The Three Kingdoms.

Setakat ini, ini mungkin drama buatan Asia yang terpanjang yang ditonton hingga kini, kualiti produksi, kesan khas, solekan dan latarnya tidaklah sehebat filem Hollywood atau siri televisyem kegemaran penulis dari Turki seperti Dirilis Ertugrul.

Namun, siri dari China ini boleh dikagumi memandangkan kita boleh meneka dengan mudah kos perbelanjaan produksi ini hanya dengan menonton episod pertama. Jumlah pelakon tambahan yang ramai menjadi penyumbang yang besar untuk siri ini kerana kesan khas mereka agak tidak realitik.

Kadang kala siri TV bergenre peper*ngan akan menyelitkan 2-3 adegan pertemp*ran untuk satu episod dengan beberapa pelakon tambahan dan sentuhan kesan khas untuk menjadikannya kelihatan epik seperti siri Game Of Thrones.

Tetapi dengan The Three Kingdoms, visual barisan tent*ra / pasukan berkuda yang ditonjolkan di latar belakang, sama ada dengan ekstra sebenar atau kesan CGI, ia benar-benar membuat kita merasa seperti ada 50,000 tent*ra dibawah perintah seorang panglima.

Namun, terdapat ulasan penonton lain yang mengeluh kerana terdapat terlalu banyak tokok tambah dan watak wanita dalam cerita ini terlalu ramai, kerana sumber asal dari novel tidak banyak menyebut tentang peranan wanita.

Tetapi, kita harus faham, sumber dari novel itu sendiri adalah bersifat karya fiksyen yang digarap bagi mengembalikan pengetahuan tentang sejarah Dinasti Han dan meningkatkan semangat kebangsaan kaum Han pra-Dinasti Ming dalam perjuangan menentang penjajahan Mongol (Dinasti Yuan).

Dan untuk mengarah drama bersiri ini tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada rekod sebenar Hikayat Tiga Kerajaan kerana tidak semua khazanah penting itu berjaya diselamatkan.

Tentang watak wanita, sudah tentu masih ada elemen dominasi lelaki sepanjang cerita tetapi begitulah keadaannya ketika itu. Tetapi tidak salah untuk menghargai perbezaan kerana kita dapat melihat sisi kecil dari perspektif wanita mengenai sesuatu peristiwa penting.

Aspek lain yang benar-benar menarik perhatian penulis adalah bagaimana watak-watak utama digambarkan. Mereka lebih semula jadi dan realistik, gaya karakter yang ‘catchy’ memudahkan pemahaman jalan cerita walaupun kadang-kadang mereka boleh menjadi sedikit dramatik, tapi dramatik adalah perkara biasa dalam drama China.

Secara keseluruhan watak mempunyai aspek yang berbeza dengan keperibadian mereka.  Mereka boleh menjadi naif, sombong, keras kepala, ringan hati, cerdas, kelakar, dan lain-lain, penampilan sentiasa berubah seiring kemajuan setiap episod. Penulis cukup berpuas hati dengan watak Cao Cao yang dilakonkan Chen Jianbin, seorang pelakon etnik Hui beragama Islam dalam siri ini.

Pelakon ini mempunyai aura yang unik dan semulajadi yang menjadikan watak itu tidak dapat dilupakan. Gaya ketawanya sentiasa terngiang-ngiang di telinga, kelicikan, pandangan politik dan sifat dominannya itu menjadikan Cao Cao seolah-olah watak paling utama (sebenarnya watak antagonis) dalam siri ini walaupun Cao Cao akhirnya dimatikan di pertengahan episod sesuai dengan perjalanan sejarah.

Sima Yi adalah satu lagi karakter tokoh yang terkenal, yang pada asalnya berkhidmat di bawah Cao Cao sebagai penasihat ketent*raan yang selekeh, pemabuk, tetapi licik. Watak ini menjadi antara “wow factor” untuk siri ini jika kita memerhatikan bagaimana dari seorang pemabuk yang gemar menipu berjaya mendaki hirearki pemerintahan hingga berjaya menjatuhkan kerajaan Cao-Wei yang merupakan legasi bekas majikannya sendiri.

Watak Sima Yi juga merupakan watak penutup untuk siri ini di mana berdasarkan sejarah, cucunya yang bernama Sima Yan menubuhkan Dinasti Jin sekaligus mengakhiri kerajaan Cao-Wei yang tidak sempat menamatkan sepenuhnya riwayat Dinasti Han, dan ia dilaksanakan oleh kerabat Sima, satu kuasa yang baru hendak menonjol.

Namun antara perkara yang boleh membuatkan penulis merasa bosan adalah adegan petarungan atau pertempuran yang terlalu panjang. Mungkin babak perlawanan antara Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei menentang Lu Bu adalah babak tempur terpanjang.

Namun, jika anda seorang yang baru hendak mengenali sejarah Tiga Kerajaan, anda disarankan membaca novel Romance of Three Kingdoms terlebih dahulu. Kerana pada permulaan siri ini hanya mener*ngkan secara ringkas bagaimana kisahnya bermula tanpa kronologi secara drama.

Jika anda mengikuti dari awal perkembangan sejarah Tiga Kerajaan, anda akan merasa pelik kerana tiada penerangan tentang Pember*ntakan Serban Kuning, permulaannya terus lompat ke era Dong Zhuo mengawal Maharaja Xian, anda mungkin akan pening sedikit.

Tetapi siri ini sangat mudah difahami dengan cepat jika anda fokus kepada watak dan dialog.  (Dan percayalah, ada banyak hal yang perlu diperhatikan, yang mungkin memerlukan ulang tayang kedua jika anda terlepas sesuatu).

Sejarah dan pengenalan mengenai permulaan Liu Bei, juga tidak diselitkan, dan kita tidak akan dapat melihat bagaimana dia bertemu dengan adik beradik “baiah” nya.

Sebab itu Cao Cao mungkin lebih sesuai dianggap sebagai watak utama kerana dari awal episod telah diterangkan bagaimana Cao Cao bangkit dari seorang komander kavalri hingga ditabalkan sebagai Maharaja Wu Dari Wei selepas kemangkatannya.

Siri ini mungkin terbaik dari segi susunan muzik latar, pelakon, landskap, dan skrip yang diilhamkan. Tetapi, apa yang penting, dari segi saintifik, untuk menyampaikan kisah yang sangat kuno tentang sejarah China dengan cara yang terbaik dan grafik yang hebat adalah satu projek yang amat besar.

Tetapi ambisi untuk menerbitkan karya yang besar bukanlah perkara utama dalam kes siri tv sejarah sebegini kerana alat teknikal atau prestasi pelakon yang mantap juga merupakan kepentingan karya propaganda, inilah ramuan rahsia untuk produksi ini.

Visual yang realistik dan adegan pertarungan yang epik serta nuansa setiap keperibadian watak tidak lagi menjadi sandaran sekiranya jalan cerita sebuah drama sejarah berjaya menyusun kronologi dengan cara yang mudah difahami seperti Three Kingdoms ini (walaupun tidak sempurna).

Jadi secara keseluruhannya siri ini adalah adaptasi yang luar biasa untuk sebuah novel popular. Namun harus diakui bahawa jika penulis bukan seorang penggemar sejarah Three Kingdoms, penulis tidak mungkin akan menyedari sebarang tokok tambah yang jauh dari fakta sejarah atau tidak (setelah mengulangi penelitian fakta sejarah, ada sedikit sahaja fakta yang terpesong).

Namun, jika anda merasa tidak berpuashati lagi dengan penceritaannya, cubalah bermain permainan video Dynasty Warriors dan anda akan dapat membezakan di mana titik gambaran yang tepat dan fiksyen. Tetapi jika anda gemarkan real-politic, variasi watak, taktikal militari, penulis sangat mengesyorkan siri ini.

Lebih-lebih lagi siri ini juga ditayangkan ketika makam Cao Cao baru ditemui dan demam permainan video Dynasty Warriors sedang melanda sekitar tahun 2009-2010.

Penulis boleh memaafkan jika produksi kekurangan sedikit aspek seni kesan khas, kerana perkara utama yang dicari dalam siri yang bagus sebegini adalah jalan cerita yang mengalir dengan baik seiring dengan fakta sejarah, watak-wataknya sesuai dengan apa yang digambarkan dari rekod sejarah dan novel, dan kalau boleh, pelbagaikan props dan kostum, produksi ini kelihatan kekurangan bajet untuk menyediakan kostum.

ami

Walau bagaimanapun, sesungguhnya penulis sendiri telah mengulang tonton siri ini sebanyak tiga kali kesemua 95 epidod semenjak kali pertama menontonnya pada 2012. Anda boleh menonton siri ini dengan membeli set DVD atau tonton siri yang lengkap dengan sarikata bahasa Inggeris di Youtube.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.