Pengubahan wang haram sering didengari rakyat yang semakin cakna tentang gejala penipuan dan pemutihan wang.

Tetapi bukan semua orang pernah mendengar tentang pengubahan wang halal. Hanya kerana tidak mendengar bukanlah bermakna ia tidak wujud.

Dengan kehangatan berita semasa, inilah masa paling sesuai untuk berbincang tentang perkara ini.

Wang halal diperolehi melalui perniagaan sah selepas membayar cukai (ataupun mendapatkan pelepasan). Tetapi bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan wang sah.

Jadi inilah masa untuk menggunakan wang haram balik. Selalunya wang halal yang diharamkan bagi tujuan memenuhi kewangan keg4n4san (Cassella, 2003).

Selain daripada keg4n4san, ia juga boleh digunakan organisasi-organisasi j3n4y4h.

Wang tunai yang tidak disahkan ini menjadi terasing daripada penyata kewangan rasmi, jadi mudah untuk lari cukai, menjulap dan membayar gaji untuk tujuan gelap (Zabyelina, 2015).

Maka bukan semua organisasi gelap mempunyai wang haram mencukupi bagi memenuhi keperluan gelap ini. Apabila tidak cukup, wang suci perlu dikotorkan.

Biasanya negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang banyak mengamalkan perkara ini.

Proses sedemikian memudahkan kelangsungan ekonomi tempatan yang kebanyakannya diserap dalam ekonomi gelap.

Disini mekarnya institusi sumbang seperti pel4cur4n, d4d4h dan pemerdagangan manusia. Semua industri ini beroperasi di luar pemantauan cukai kerana tidak sah di sisi undang-undang.

Jadi proses pengubahan wang halal sebenarnya jauh lebih sukar untuk dikesan pihak berkuasa.

Pengamal boleh sahaja membalas yang mereka berbelanja wang tersebut, seperti hiburan, pelancongan dan makanan mewah.

Sukar untuk pihak berkuasa ketahui dengan tepat, melainkan jika diintip rapat. Disebabkan itulah aktiviti keg4n4san masih menular pada hari ini, kerana dibiayai secara terus oleh pihak tertentu.

Gaji pengg4n4s yang berdepan dengan b4h4ya setiap hari bukannya murah. Mereka perlu dibiayai jua, ataupun mula berpihak kepada orang lain. Operasi mereka memakan masa dan kos tinggi.

Contoh Kos Diperlukan

Pusat latihan pun begitu – semua ini memerlukan dana. Dalam ekonomi yang rosak, inilah sebab kenapa keg4n4san beroperasi bagaikan industri. Ini sahaja yang boleh digunakan untuk mencari nafkah (sekalipun haram).

Untuk berbelanja, mereka perlu duit – dan sistem kewangan agar perbelanjaan boleh dibuat. Mereka suka tunai kerana tidak boleh mendedahkan apa-apa.

Tetapi tunai terlalu banyak dan mustahil boleh disembunyikan. Kalau dijilat api, siapa pun tidak untung. Maka aliran kewangan perlu diharapkan juga – wang halal perlu menjadi haram untuk membuat kerja haram.

Wang haram perlu jadi halal untuk menghalalkan perkara haram.

Yang membayar harga mahal ialah rakyat kadangkala, kerana pengg4n4s hanya berani bertindak terhadap rakyat marhaen. Sudahlah dinafikan kestabilan politik dan manfaat ekonomi, mereka disasarkan pula.

Sekalipun White House dan Pentagon terlibat dalam Peristiwa 11 September, seramai 2,977 rakyat marhaen terbvnvh.

Hari Amerika Syarikat Bergoyang

Hampir 400 orang dalam kalangan mereka berbangsa Yahudi (Kirsch, 2011), dilenyapkan begitu sahaja kerana pengubahan wang halal.

Didapati bahawa wang halal (mungkin sudah diubah daripada wang haram) dari Emiriyah Arab Bersatu telah masuk dalam akaun bank di New York sebelum dipindahkan ke dalam akaun-akaun kecil pengg4n4s 9/11 di Florida.

Jadi di sini, wang halal telah menjadi wang haram (mereka membuat kerja haram). Dan 18,000 perniagaan kecil-kecilan terlungkup, dan seramai 223,000 kehilangan mata pencarian selepas dua menara tumbang di Bandar Raya New York (Eaton, 2003).

Kerana duit halal diharamkan.

RUJUKAN:

Casella, S.D. (2003). Reverse money laundering. Journal of Money Laundering Control. 7 (1): 92-94.

Eaton, L. (2003, Mac 14). Job Losses in New York city Since 9/11 Continue to Grow. The New York Times.

Kirsch, A. (2011, September 6). No Escape. Tablet Mag.

Zabyelina, Y. (2015). Reverse money laundering in Russia: Clean cash for diry ends. Journal of Money Laundering Control. 18 (2): 202-221.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.