Ketika ini, pelbagai ubat sedang diuji oleh negara-negara dunia sebagai penawar efektif untuk rawatan Covid-19. Salah satu ubat yang diuji iaitu Remdesivir menunjukkan perkembangan positif dan dilihat berpotensi sebagai rawatan Covid-19 yang berkesan.

Berdasarkan ujian-ujian Remdesivir yang dijalankan di seluruh dunia, ubat tersebut mengurangkan durasi simptom Covid-19 dari 15 hari kepada 11 hari. Ubat ini pada asalnya digunakan untuk merawat Ebola tetapi ia berperanan sebagai anti-viral dan berfungsi dengan menyerang enzim yang diperlukan virus untuk mereplika diri mereka dalam sel-sel badan.

Ubat sebegini bukan saja boleh menyelamatkan banyak nyawa tetapi juga dapat mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan global dan membolehkan sedikit kelonggaran pada perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di kebanyakan negara ketika ini.

Salah satu negara yang menguji Remdisivir ialah Amerika Syarikat menerusi Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID). NIAID melaksanakan ujian Remdisivir dengan 1,063 pesakit mengambil bahagian di mana separuh diberi Remdisivir manakala baki diberi rawatan plasebo.

Ketua NIAID, Dr Anthony Fauci menyifatkan penggunaan ubat tersebut sebagai positif kerana ia mengurangkan masa pemulihan pesakit Covid-19 yang signifikan. Hasil ujian turut menunjukkan bahawa ubat seperti Remdisivir boleh menghalang virus dan membuka peluang kepada sistem kesihatan global untuk merawat pesakit Covid-19 dengan efektif.

Bagaimanapun, dari segi kem4tian, agak sukar menilai impak Remdisivir. Dalam ujian tersebut, kadar kem4tian membabitkan pesakit yang diberi Remdisivir ialah 8% manakala pesakit yang diberi rawatan plasebo ialah 11.6%. Memandangkan statistik yang diberi tidak kelihatan signifikan, agak sukar untuk mengetahui perbezaan keberkesanan ubat berkenaan.

Tetapi sebelum ada meloncat sampai ke bumbung sebab suka ada ubat, beberapa persoalan perlu dijawab. Pertama, apakah Remdisivir boleh mengurangkan masa pemulihan pesakit Covid-19 dan mengelak mereka dari perlu menjalani rawatan intensif? Kedua, apakah ia berkesan kepada pesakit muda, warga emas atau individu yang mengalami penyakit kronik?

Ketiga dan paling penting, apakah ia boleh digunakan untuk rawatan awal pesakit lebih-lebih lagi bila penularan virus berada pada tahap kemuncak? Soalan-soalan ini perlu dijawab bagi memastikan ia berkesan dalam rawatan pesakit.

Selain itu, keberkesanannya juga harus dinilai oleh pengawal-pengawal selia sebelum ia boleh dilesenkan sebelum dinilai lagi oleh pihak-pihak berkuasa kesihatan global untuk digunakan kepada populasi negara yang terjejas.

Tetapi sekiranya ia boleh menghalang pesakit Covid-19 dari mendapat rawatan intensif, maka risiko tekanan Covid-19 yang membadai sistem kesihatan negara-negara juga akan berkurangan. Ini sekaligus membolehkan tiada keperluan untuk penjarakan sosial.

Bagi Profesor Peter Horby dari Universiti Oxford, keputusan ujian Remdisivir sememangnya satu keputusan menggalakkan. Prof Horby yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengujian ujian vaksin Covid-19 manusia yang terbesar di dunia menyifatkan langkah seterusnya ialah mendapatkan data penuh ujian dan akses sama rata terhadap Remdisivir.

Ini berikutan wujud dakwaan ubat tersebut tidak berkesan kepada pesakit di China yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet. Namun, ujian Remdisivir yang dijalankan di Wuhan tidak lengkap berikutan kejayaan perintah berkurung di wilayah itu menyebabkan doktor-doktor tidak mempunyai pesakit untuk diuji dengan Remdisivir.

Selain Remdisivir, ubat-ubat lain yang digunakan ialah ubat penyakit malaria dan HIV yang boleh menyerang virus dan sebatian yang boleh menenangkan sistem imun. Justeru, ada berhipotesis rawatan anti-viral seharusnya digunakan semasa peringkat awal rawatan dengan ubat imuniti digunakan untuk fasa rawatan seterusnya.

RUJUKAN:

Gallagher, James. (2020). Remdesivir: Drug has ‘clear cut’ power to fight coronavirus. BBC. https://www.bbc.com/news/health-52478783

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.