Jubah Nabi Muhammad SAW

Antara peninggalan yang terpenting telah terpelihara selama berabad-abad di Mekah adalah Hajar al-Aswad dan Makam Nabi Ibrahim a.s, relik berupa batu hitam suci yang dibawa dari Gunung Abu Qubais dan dibina di sudut tenggara Ka’abah bagi menandakan titik permulaan tawaf, dan yang terakhir adalah kepingan marmar segi empat tepat yang memiliki corak ukiran seperti “telapak kaki” dipercayai milik Nabi Ibrahim yang dikatakan berdiri di atasnya semasa pembinaan Kaabah atau ketika menyeru masyarakat untuk menunaikan haji.

Sejak umat Islam menafsirkan bacaan ayat Al-Quran, “jadikan sebagai tempat beribadat dimana tempat Ibrahim berdiri”, yang bermaksud bahawa mereka perlu beribadat berdasarkan batu ini, dipindahkan oleh Umar r.a. dari kedudukan asalnya di sebelah Ka’abah supaya mereka yang sedang beribadat tidak menghalang pergerakan tawaf para jemaah.

Peninggalan suci yang lain di Kaabah adalah sepasang tanduk yang dipercayai milik biri-biri korb*n yang dikirimkan kepada Nabi Ibrahim a.s. oleh Allah S.W.T. sebagai menggantikan puteranya (dikenali sebagai Ismail dalam Al-Quran dan Isaac dalam versi Alkitab).

Menurut beberapa sumber, ketika Nabi Muhammad S.A.W. memasuki Ka’abah setelah penakl*kan Mekah, tanduk ini tergantung di dinding tetapi kemudian hilang semasa pengepungan Mekah oleh al-Hajjaj.

Bahkan semasa zaman Rasulullah S.A.W., para pengikut baginda mengumpulkan beberapa barang peninggalan sebagai kenang-kenangan.  Setelah kewafatan baginda, keinginan terhadap barangan seperti itu yang dianggap suci menjadi semakin menarik minat pelbagai pihak. Bahkan ada yang menyatakan bahawa mereka lebih rela memiliki rambut dari kepala atau janggut Rasulullah daripada memiliki seluruh dunia.

Ketika kontroversi mengenai kekhalifahan meletus, Bani Umayyah ingin memiliki beberapa relik peninggalan Nabi Muhammad S.A.W. untuk mendapatkan sokongan orang ramai, dan Muawiyah membeli jubah Nabi dengan harga dua puluh ribu drihm

a. Jubah ini menjadi salah satu simbol kekhalifahan yang paling dihormati, dan setelah kem*tian Muawiyah ia telah diwarisi dari khalifah ke khalifah yang seterusnya dan memakainya pada hari-hari perayaan. Setelah kejatuhan Umayyah, khalifah Abbasiyah pertama, Abu al-Abbas Seffah membeli jubah tersebut.

Dengan pertukaran budaya dan asimilasi antara bangsa Arab dengan Turki, Islam berkembang di wilayah yang lebih jauh, dan apabila kuasa kekhalifahan beralih daripada Abbasiyyah kepada dinasti Uthmaniyyah pada tahun 1517, Istanbul menjadi pusat agama dan politik dunia Islam.

Peninggalan relik-relik suci yang kini disimpan di Istana Topkapı telah dipulihara dengan adab dan tertib selama berabad-abad. Sebagaimana barangan peninggalan milik Nabi Muhammad S.A.W, terdapat juga beberapa peninggalan milik nabi lain, para sahabat atau kumpulan lain yang berkaitan dengan Kaabah.

Mangkuk dipercayai milik Nabi Ibrahim a.s.

Sultan-sultan Uthmaniyyah menyimpan semua peninggalan suci dengan penuh rasa penghormatan, tidak hanya yang berkaitan dengan sejarah Islam sahaja dan sentiasa memastikan semuanya terpulihara dengan baik untuk tatapan keturunan mereka.

Setelah penakl*kan Konstantinopel, Sultan Mehmed II (1451-1481) mengisytiharkan bahawa semua komuniti agama di kota itu bebas untuk mengamalkan pegangan agama kepercayaan mereka sendiri.

Sebatang lengan dan serpihan dari tengkorak dipercayai milik John The Baptist (Nabi Yahya a.s. menurut Islam) yang disimpan di ruang peninggalan di Perbendaharaan dikatakan pertama kali dibawa ke Istana Topkapı semasa pemerintahan Sultan Mehmed II.

Semasa semua relik peninggalan ini mula dibawa keluar untuk didedahkan kepada orang ramai pada tahun 1924 setelah istana ini dijadikan muzium, relik-relik ini dicatat dan diiktiraf sebagai antara relik peninggalan suci yang setara dengan relik-relik dari tamadun selainnya.

Dalam banyak-banyak barang yang dipamerkan di Pavilion of the Holy Mantle, ada banyak lagi barang peninggalan lain yang dikaitkan dengan kenabian menurut kepercayaan Alkitab dan Israiliyyat, antaranya termasuklah tongkat Nabi Musa, mangkuk milik Nabi Ibrahim, pedang Nabi Daud, dan panel kayu yang diukir dengan ukiran ‘Kuil Sulaiman’ dan beberapa prasasti dalam bahasa Ibrani.

Relik-relik zaman nabi di Istana Topkapi sebahagian besarnya dibawa ke Turki antara abad ke-16 dan awal abad ke-20, dengan pertikaian kontroversi yang terkenal pada abad ke-19 berikutan kebangkitan fahaman Wahhabi di tanah Arab yang mengecam idea seperti objek material memiliki keramat dan suci.

Oleh itu, kebanyakan barang peninggalan berharga tersebut dibawa ke Istanbul untuk dilindungi dari m*snah di tangan para pelampau Wahabi yang telah merobohkan makam Hussein dan pada tahun 1803 telah menduduki dan merobohkan sebahagian kota Mekah. 

Al-Quran milik Uthman r.a

Walaupun terdapat langkah kawalan keselamatan yang khusus, makam Uthman dan Ali tetap dijar*h pada tahun 1898, dan sejumlah besar harta berharga diambil dari makam baginda Rasulullah S.A.W. yang juga mengalami kerosakan yang agak teruk.

Pada bulan November 1818, Abdullah bin Suud menyerah diri di Dir’iyye kepada pasukan tentera dibawah perintah Mehmed Ali Paşa, gabenor Mesir, lalu dikirim ke Istanbul sebagai langkah khusus untuk mencegah sebarang ser*ngan dan pencabulan lebih lanjut ke atas mana-mana binaan bersejarah.

Abdullah bin Suud menyerahkan kepada Mehmed Ali tiga naskah al-Quran dan bekas berisi sekitar tiga ratus zamrud, mutiara dan sebuah gelang emas yang dicuri oleh bapanya dari makam Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika disoalsiasat, dia menegaskan bahawa beberapa barang lain yang dicuri masih berada dalam tangan bangsawan Arab yang terkemuka, penduduk Madinah, dan juga Sharif Mekah.

Relik-relik suci yang akan dikirim ke Istana Topkapi dihantar bersama-sama dengan bekas khas oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk mengangkutnya. Abdullah bin Suud dan beberapa orang lain yang terlibat dalam banyak kes kecurian barang peninggalan dan barang berharga dari makam Nabi yang telah dijar*h oleh ayahnya, makam Hussein dan tempat-tempat suci lain, akhirnya dihukum m*ti.

Berikutan pengusiran dari Madinah semasa ambang kekalahan Per*ng Dunia Pertama, Uthmaniyyah telah memutuskan agar barang-barang peninggalan yang suci dari kota dan hadiah berharga yang dikirim sepanjang zaman pemerintahan Uthmaniyyah agar dihantar ke Istana Topkapı untuk disimpan dengan selamat. Keputusan perintah Uthmaniyyah ini dimaklumkan kepada Fahreddin Paşa, komandan Angkatan Tentera Hejaz, pada 2 Mac 1917.

Fahreddin Paşa berunding dengan Ziver Bey, gabenor Madinah, mengenai apakah wujud sebarang pantang larang dalam Islam atau bantahan gabenor untuk mengalihkan barang-barang peninggalan tersebut, dan setakat yang diketahui adalah tidak ada sebarang larangan dan bantahan lalu barang-barang itu dikirim ke Istanbul. Isu berkenaan relik peninggalan suci dan hadiah dari zaman Uthmaniyyah dibincangkan di Lausanne, dan perwakilan Turki menolak perintah agar barang-barang ini dikembalikan. Terdiri dari lapan puluh satu kepingan keseluruhan, kebanyakannya merangkumi berlian besar, lilin, candelier, lampu, hiasan gantung, kipas angin, naskah-naskah manuskrip yang sukar ditemui, bekas sarung al-Quran, bekas untuk jubah Suci, dan benda-benda lain yang berharga dan dianggap keramat.

Lengan dipercayai milik John The Baptist

Sultan Uthmaniyyah secara tradisinya akan mengirim hadiah berharga ke Mekah dan Madinah pada setiap tahun, sebagaimana yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terkemuka lain dari beberapa bahagian dunia Islam, dan melalui amalan sebeginilah jumlah barang peninggalan berharga terus berkembang selama berabad-abad. Dalam semua koleksi relik peninggalan suci di Istana Topkapi hari ini berjumlah 765 kesemuanya.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud II (1808-1839) barang-barang peninggalan yang disimpan di istana itu ditempatkan di Hasoda, di bawah kawalan oleh empat puluh orang pegawai istana.

Al-Quran dibacakan siang dan malam di Pavilion of the Holy Mantle selama berabad-abad oleh empat puluh orang hafiz sebagai simbolik kepada tradisi menghormati jubah Muhammad S.A.W. Sultan Selim I (1512-1520) adalah salah seorang dari empat puluh hafiz yang membaca al-Quran secara bergilir atas dasar “demi kemenangan yang haq ke atas kebatilan”.

Tradisi ini masih dikekalkan hingga kini.  Penghormatan terhadap barang peninggalan yang dianggap sebagai suci selalu dipegang dalam pelbagai maksud, bahkan penyapu, pemadam debu, lilin, kayu yang digunakan untuk memperbaiki Kaabah, kayu cendana dan kayu agallch, tasbih, sudu dan artifak lain yang digunakan atau disimpan di Hasoda telah dipulihara dengan amat teliti. Pavilion of the Holy Mantle buat pertama kalinya dibuka untuk lawatan umum pada 31 Ogos 1962.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.