Setiap tamadun di seluruh dunia mesti mempunyai sistem tulisan mereka untuk tujuan merekod aktiviti dalam bentuk fikizal dan dibaca oleh generasi akan datang. Rekod yang ditulis biasanya berunsurkan aktiviti perdagangan, urusan jual beli, pengajaran ilmu pengetahuan, sehinggalah ke senarai membeli barang.

Tamadun Aztec yang membangun sekitar 1300-an hingga awal 1500-an di tanah Mexico kini juga tidak terkecuali terlibat dalam urusan merekod sebaik saja sistem tulisan mereka telah dicipta. Namun, penemuan terkini oleh ahli arkeologi ini mengejutkan dunia kerana mereka menemui manuskrip Aztec yang merekodkan fenomena gempa bumi, menjadikan manuskrip ini menjadi rekod gempa bumi pertama di benua Amerika.

Manuskrip abad ke-16 Masihi bernama Codex Telleriano Remensis ini mencatatkan rekod tentang gempa bumi dalam bentuk piktogram. Pengkaji bernama Gerardo Suárez dari Universiti Nacional Autónoma de México & Virginia García-Acosta, beliau menterjemah piktogram dalam manuskrip tersebut dan menemui rekod mengenai 12 gempa bumi yang terjadi sekitar 1460 hingga 1542.

Piktograf yang diukir dan ditulis ini biasanya menerangkan dan menjadi rujukan kepada kehadiran gerhana matahari atau menghitung hari. Kebanyakan manuskrip piktograf hancur akibat penjajahan Sepanyol dan segelintir yang terselamat itu kemudian menjadi kajian bagi pakar terjemah. Manakala Codex Telleriano Remensis ini pula ditulis oleh pakar menulis piktograf bernama tlacuilos.

Muka surat 42 dalam manuskrip Codex Telleriano Remensis memberitahu tentang kejadian gempa bumi pada 1507, bersama penerangan di bawah piktograf.

Piktograf dalam manuskrip codex itu menunjukkan lokasi dan kesan kekuatan gempa bumi yang berkait dengan fenomena alam seperti fenomena gerhana matahari pada 1507. Pada tahun itu gempa bumi begitu kuat sehingga sebuah kuil telah rosak dan seramai 1,800 orang pahlawan Aztec telah meninggal dunia di selatan Mexico.

Menurut Suarez, kejadian gempa bumi di bumi Mexico ini biasa berlaku pada zaman sebelum kedatangan Columbus, kemudian tamadun Aztec mencatat fenomena tersebut untuk tujuan merekod. Masyarakat Aztec juga percaya bahawa gempa bumi mempunyai hubungkait dengan pandangan kosmologi mereka.

Jika pembaca pernah baca artikel tentang ‘Mitos Kiamat Aztec’ (letak link), gempa bumi ialah sebahagian dari bencana-bencana menghancurkan fasa ‘Matahari’ dahulu sebelum kelahiran fasa ‘Matahari’ seterusnya. Dalam fasa ‘Matahari’ kelima, bencana seterusnya meranapkan fasa ini ialah gempa bumi yang dihantar oleh dewa gempa bumi bernama Tepeyollotl.

Tepeyollotl, dewa gempa bumi Aztec.

Berkait dengan fenomena gempa bumi sebenar, pengkaji Mexico telah mengkaji gempa bumi dengan skala 8.0 magnitude Richter yang menggegarkan Mexico City pada 1985. Dari sini, kita faham bahawa masyarakat Aztec juga mengalami fenomena sebegini dan mempercayai bahawa fenomena semula jadi ini ialah bencana yang bakal hapuskan fasa ‘Matahari’ dan mencatatnya untuk bacaan generasi seterusnya.

RUJUKAN:

Sahir. (28 August 2021). Aztec Codex is Oldest Written Account of Earthquakes in the Americas. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.