Nama Rehoboam dan Jeroboam tidak diabadikan dalam sirah kenabian Islam. Kerana kedua-duanya bukan golongan nabi, apatah lagi rasul. Mereka adalah figura penting dalam Bani Israil pada ambang kejatuhannya.

Kalau tengok dalam Islam, hanya ciri-ciri penting saja ditegaskan tentang Bani Israil. Yang diketahui adalah, Bani Israil adalah kaum Yaakub (as) yang mempunyai anak begitu ramai.

Setiap anak ini dianugerahkan suku sendiri, kecuali Yusuf (as) yang ditakdirkan akan menjadi ketua pada semua ketua suku. Bani Israil akan berhijrah ke Mesir Purba dimana semua bersatu dengan Yusuf (as).

Musa (as) dibantu Harun (as) akan membawa Bani Israil keluar yang lama kemudian berpaut pada Daud (as) dan Sulaiman (as).

Dalam versi Judaisme, sejarah Bani Israil diulas sangat mendalam (dan banyak bahagian tidak sama dengan Islam). Maka untuk menghayati sejarah mereka, perlu berpegang pada “yang mana benar adalah benar; yang mana bercanggah adalah bercanggah”.

Bayangkan macam belek buku sejarah biasa, tanpa perlu bimbang pada akidah pasal bab bercanggah.

Ambang Kejatuhan

Sulaiman (as) yang dipanggil Shlomoh dalam bahasa Ibrani merupakan seorang raja terlalu kaya. Baginda mewarisi takhta ayahandanya iaitu Dawid (as). Dengan harta kekayaan ini, baginda membina sebuah kuil yang sangat suci sampai dikatakan menjadi Rumah Yahweh.

Dalam riwayat Israiliyat, baginda dikatakan tidak boleh berkahwin dengan warga asing. Untuk berkahwin dengan puteri Firaun (kata Talmud), Sulaiman (as) mengambil keputusan untuk menjatuhi hµkµman bµnµh terhadap gurunya.

Inilah titik pertama yang mana baginda (as) tergelincir daripada landasan akidah (Islam berkata baginda maksum hingga ke penghujung).

Susah untuk bicara tentang ambang kejatuhan Bani Israil tanpa menyentuh tentang dosa-dosa ini. Baginda dikatakan dipengaruhi para isterinya hingga beramal dosa sangat besar. Tidak perlu ulaslah dosa jenis apa. Faham situ cukup.

Dan kerana dosa-dosa ini, Tuhan dikatakan berfirman yang banyak suku dalam Bani Israil takkan lagi diredhai di Tanah Suci.

Selepas kemαηgkαtαn Sulaiman (as), firman tersebut menjadi kenyataan.

Permulaan Segala Permulaan

Jeroboam adalah seorang ahli politik yang suka mendengar rintihan rakyat, berasal daripada Suku Ephraim bin Ya’akub. Beliau hidup dalam penjagaan Firaun Shishak kerana dibuang daripada kerajaan Bani Israil atas tindakannya sendiri.

Mendengar seruan khabarnya seorang nabi bernama Ahijah, beliau pernah cuba menjatuhkan Sulaiman (as).

Pemergian Sulaiman (as) menjadi saat ditunggu-tunggunya. Beliau terus kembali untuk menyuarakan rintihan rakyat yang tidak bersetuju dengan cukai dikenakan Raja Rehoboam (anak Sulaiman as).

Rehoboam membuat keputusan untuk kekalkan cukai. Maka 10 suku Bani Israil melafazkan “undi tidak percaya” dan mengangkat Jeroboam sebagai raja. Terjadinya dua raja dalam Bani Israil yang sama.

Jeroboam mendirikan kerajaannya di Shechem dengan langkah pertama adalah untuk mengalihkan jemaah yang selalu “naik haji” di Jerusalem (yang dipegang Rehoboam). Ada dua benda beliau takut: 1) Bani Israil kembali menyokong Rehoboam dan 2) ingin mengurangkan pendapatan kerajaan Rehoboam.Maka daripada

Rehoboam vs Jeroboam, sudah jadi Shechem vs Jerusalem pula. Padahal kedua-duanya Bani Israil yang sama. Jadi Jeroboam pun mendirikan kuil di kota Bethel dan Dan dengan penyembahan berhala lembu.

Para agamawan Jeroboam meletakkan nama Yahweh (Tuhan yakni Allah) pada berhala-berhala ini. Jeroboam dikhabarkan menerima laknat terus daripada Yahweh, yang menghantar seorang pesuruh (mungkin bernama Iddo) dengan amaran “seorang pemuda bernama Josiah akan datang memµsηαhkan berhala ini”.

Jeroboam menjadi murka setelah dengar kemurkaan Yahweh. Tetapi baginda tidak dapat mengapa-apakan pesuruh itu (asalnya mahu dibµnµh terus). Tangannya menjadi kaku, dirawat hanya dengan doa pesuruh tersebut.

Walaupun dibuktikan dengan kurniaan Yahweh, pihak Jeroboam masih bertegas dengan penyembahan berhala. Dan 300 tahun kemudian, memang benar ada pemuda bernama Josiah datang memµsηαhkan berhala tersebut.

Namun sebelum Jeroboam pergi buat selamanya, baginda diperαηgi Raja Abijah bin Rehoboam. Abijah khabarnya membawa 400,000 anggota untuk menundukkan Jeroboam yang megah dengan 800,000 anggota.

Dengan laungan “Yahweh bersama kita”, Abijah berjaya mematahkan serαηgαη balas Jeroboam yang rugi 500,000 anggota katanya. Kejayaan ini tidak memutlakan penyatuan antara dua negara Israil ini. Tetapi banyak bandar diambil Abijah, tambah pula selepas kemαηgkatαη Jeroboam tidak lama kemudian.

Abijah hanya memerintah selama tiga tahun sahaja, sebelum mangkat jua diganti Asa yang sangat teliti dalam bab syirik.

Tetapi Asa juga dikhabarkan memberi rasuah kepada kerajaan asing untuk menµmbαηgkan Raja Baasha (pewaris Jeroboam). Antara dua pewaris ini, negara Jeroboam jatuh dulu pada tangan Empayar Assyria.

Maka terjadilah 10 suku Bani Israil yang hilang, kerana kejatuhan negara Jeroboam. Negara Rehoboam pula jatuh terkemudian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.