Semalam, sebuah referendum (atau lebih tepat, “plebiscite”) telah diadakan di Mindanao, selatan Filipina untuk memungut suara penduduk tempatan samada setuju atau tidak dengan Bangsamoro Organic Law (BOL) yang diluluskan oleh Presiden Rodrigo Duterte pada Julai 2018. 

Sekiranya lulus, BOL akan membentuk Wilayah Autonomi Bangsamoro bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao atau ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao) yang sedia ada. Sejak tahun 1996, kerajaan Filipina telah memberi autonomi kepada kawasan majoriti orang Islam yang merangkumi wilayah Sulu, Tawi-Tawi, Basilan, Lanao del Sur dan Maguindanao dan kawasan ini dikenali sebagai ARMM. 

Selain memperluaskan kawasan Bangsamoro kepada Isabela City, Cotabato City dan beberapa daerah di Lanao del Norte dan Cotabato, BOL juga menurunkan lebih banyak kuasa pentadbiran kepada kaum Bangsamoro seperti dari segi pelaksanaan undang-undang syariah. Keputusan referendum akan diketahui pada Jumaat nanti. Lama juga diorang kira undi ni.

BOL dianggap sebagai penyelesaian kepada kebangkitan Moro di Mindanao sejak 1970-an yang telah meragut 120,000 nyawa. “Moro” ialah istilah yang dipakai oleh penjajah Sepanyol untuk merujuk kepada orang Islam di selatan Filipina ketika penjajahan Sepanyol dari 1560-an hingga 1898. Ia berasal dari gelaran orang Sepanyol terhadap orang Islam di Sepanyol (dulu dikenali sebagai Andalusia), atau dalam Bahasa Inggeris panggil “Moors”. 

Hari ini, istilah “Bangsamoro” diguna untuk merujuk kepada 13 kumpulan etnik beragama Islam di Mindanao. Kumpulan yang paling utama ialah Tausug, Maranao, Maguindanao, Sama dan Bajau. Jumlah Bangsamoro ada dalam 6 juta orang, lebih kurang 6% daripada jumlah penduduk Filipina. 

Walaupun kelihatan seperti kebangkitan kaum minoriti, tapi sebenarnya, sebelum kedatangan Sepanyol pada 1560-an, Islam merupakan agama utama di Kepulauan Filipina. Malah Manila ketika itu bernama Maynila, diperintah oleh pemerintah Muslim bernama Raja Sulaiman. Kalau dari segi etno-linguistik, orang Filipina ni saudara dekat orang Melayu dalam rumpun Malayo-Polynesia. Nama Lanao Maranao ni berasal dari perkataan “danau”. Itu sebab dulu Filipina pernah bercadang untuk mengguna nama “Malaysia” sebagai nama negara diorang. 

Namun penjajah Sepanyol telah meng-Kristian-kan penduduk tempatan, macam yang mereka buat di Sepanyol selepas menawan Granada pada tahun 1492. Sepanyol menamakan jajahan mereka sebagai Las Islas Filipinas, sempena nama Raja Sepanyol, Felipe II yang memerintah dari 1556 hingga 1598. 

Tapi Sepanyol tak berjaya untuk menawan kerajaan-kerajaan Islam di Mindanao seperti Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao. Hanya selepas US menewaskan Sepanyol dan merampas Filipina, barulah kerajaan-kerajaan ini ditundukkan dan US mendirikan “Moro Province”.

Pada tahun 1972, sebuah kumpulan militan yang dikenali sebagai Moro National Liberation Front (MNLF) telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Bangsamoro daripada kerajaan pusat di Manila yang dilihat menyebelahi orang Kristian Katolik. 

Tak lama kemudian, MNLF berdamai dengan kerajaan pada tahun 1976. Mereka yang membantah perdamaian tersebut telah mendirikan kumpulan baru bernama Moro Islamic Liberation Front (MILF – jangan fikir bukan-bukan) dan meneruskan perjuangan. 

Sementara itu, proses perdamaian antara MNLF dan kerajaan Filipina berjalan dengan lembab. ARMM yang ditubuhkan pada tahun 1996 dianggap sebagai satu kegagalan. Dan ini memberi peluang kepada kemunculan kumpulan yang lebih ekstrim seperti Abu Sayyaf (yang dipengaruhi oleh Al-Qaeda).

Proses perdamaian di Mindanao mengalami breakthrough pada tahun 2012 apabila kerajaan Filipina dan MILF menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro (2012), diikuti oleh Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (2014). Malaysia menjadi orang tengah dalam kedua-dua perjanjian tersebut yang menamatkan konflik antara kerajaan Filipina dan MILF selama 4 dekad. 

Tapi bila kerajaan Filipina berbaik dengan MILF, MNLF pula tak puas hati. Sebenarnya ia ada kaitan dengan persaingan antara etnik: MNLF terdiri daripada etnik Tausug manakala MILF terdiri daripada etnik Maguindanao. Perjanjian Oktober 2012 menjadi antara punca saki baki Kesultanan Sulu (Jamalul Kiram III), sekutu MNLF menyerang Lahad Datu pada Februari 2013. Percubaa MNLF untuk mendirikan Republik Bangsamoro pada September 2013 mencetuskan krisis di Zamboanga yang mengorbankan ratusan nyawa.

Sementara kerajaan pusat kena memerangi MNLF, timbul pula kumpulan-kumpulan baru yang lagi ekstrim seperti Maute yang berbaiah kepada ISIS. Maute ni yang mencetuskan krisis di kota Marawi dari Mei hingga Oktober 2017. 

Jadi, Duterte yang menjadi presiden sejak 2016 telah push untuk mempercepatkan pelaksanaan terma-terma perjanjian Bangsamoro. Duterte ialah presiden Filipina pertama yang berasal dari Mindanao, dan ibunya berasal dari etnik Maranao. Jadi Duterte lebih memahami keadaan di Mindanao berbanding elit-elit Luzon di Manila. 

Elit Luzon takut BOL yang ditandatangani oleh Duterte akan mewujudkan precedent federalisme. Tapi Duterte strongman apa kisah, malah Duterte kata kalau federalisme boleh selesaikan masalah, so be it. Putang ina mo, jalan terus. 

Kumpulan-kumpulan macam MNLF MILF ni pun takut dengan Duterte, sebab orang ni bukan boleh buat main. “Huwag na kayo magtanong ng human rights” (don’t ask about human rights). Jadi ketua MNLF pun berjumpa dengan Duterte dan bersalaman. Cuma mereka tetap menolak BOL yang dianggap berat sebelah kepada MILF dan push untuk federalisme. 

MNLF dan MILF dah jadi macam Fatah dah Hamas, masing-masing terperangkap dalam infighting yang merugikan masa depan Mindanao. Penduduk Mindanao dah fed up dengan mereka dan dijangkakan akan sokong BOL dengan harapan untuk mewujudkan keamanan di Mindanao. Cuma, kubu kuat MNLF di Sulu dijangka akan menolak BOL, dan itu akan menimbulkan ketidakpastian kepada pelaksanaan perjanjian Bangsamoro. 

Sebagai orang Malaysia kena watch out terhadap perkembangan di sebelah negara jiran kita ni. Sulu masih duk klaim Sabah, dan tuntutan Sulu masih disokong oleh kerajaan Filipina untuk dijadikan sebagai duri dalam daging Malaysia. Samada referendum kali ini akan menstabilkan Mindanao, atau menyahstabilkan Mindanao dan seterusnya mengancam keselamatan Malaysia, time will tell.


Bantu kami untuk berkembang dengan menyumbangkan derma anda kepada Persatuan Patriots Malaysia – 2206 2133 3608 (Bank Rakyat). Dengan hanya RM1 sebulan, anda akan membantu kami untuk terus menulis dan beroperasi. Nak bagi lebih kami tak menghalang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.