Pejam celik pejam celik, Januari 2019 dah habis dah pun.

Mulai tahun ini saya akan buat “recap” untuk “Top 5 Geopolitical Events” setiap bulan. Sebagai permulaan, berikut ialah 5 peristiwa geopolitik yang paling memberi impak kepada hubungan antarabangsa sepanjang Januari 2019:

1. Government Shutdown di US

Ketegasan Presiden US, Donald Trump untuk memasukkan agenda pembinaan tembok sempadan US-Mexico ke dalam bajet persekutuan ditentang oleh Dewan Perwakilan (House of Representatives) Kongres, membawa kepada penutupan operasi kerajaan (government shutdown).

Selepas 35 hari bertarik tali dengan Nancy Pelosi (Speaker Dewan), akhirnya Trump bersetuju untuk membuka semula kerajaan, demi kebajikan 800,000 penjawat awam di US. Tapi kompromi tersebut hanya bersifat sementara sehingga 15 Februari. Let’s see apakah langkah “art of the deal” Trump yang seterusnya.

2. Brexit Deal

PM Britain, Theresa May juga mengalami kebuntuan seperti Trump. Perjanjian Pengunduran Britain (Withdrawal Agreement), hasil rundingan antara May dan Kesatuan Eropah (EU) yang menetapkan terma dan syarat pengunduran Britain dari EU (Brexit) dibakul sampah oleh Parlimen dengan undian 432 : 202. Ia mencatatkan perbezaan undian terbesar dalam sejarah Britain bagi usul kerajaan yang ditolak oleh Parlimen.

May hampir disingkirkan sebagai PM, tapi selamat dan diberi mandat untuk merunding semula dengan EU beberapa perkara yang jadi kontroversi. Antaranya ialah isu sempadan antara Ireland (ahli EU) dan Northern Ireland (wilayah Britain). Kalau May mengekalkan keterbukaan sempadan, golongan Brexiter marah; kalau tutup sempadan, orang Northern Ireland marah. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak.

3. Dua Presiden di Venezuela

Juan Guaido, ketua pembangkang Venezuela telah mencabar presiden Nicolas Maduro dengan mengisytiharkan diri sebagai presiden Venezuela. Reaksi komuniti antarabangsa terbelah bahagi: US dan sekutu memberi sokongan kepada Guaido, manakala Rusia, China, Turki dan geng memberi sokongan kepada Maduro.

Langkah Guaido disokong oleh mereka yang melihat Maduro telah menjahanamkan ekonomi Venezeula dan merosakkan demokrasi, sementara itu penyokong Maduro melihat Guaido cuba mencetuskan huru hara dan menjadi tali barut kepada negara asing. Same old story, same old.

4. Perang US terhadap Huawei

Selepas dua bulan ditahan di Canada, Meng Wanzhou, CFO Huawei yang merupakan anak perempuan pengasas Huawei, Ren Zhengfei telah dibicara atas kesalahan mencuri rahsia perdagangan dan melanggar perintah sekatan US ke atas Iran.

Ramai pihak melihat tindakan Canada dan US ini sebagai satu provokasi yang cuba menekan syarikat teknologi China, dan merupakan sebahagian “perang perdagangan” (trade war) US terhadap China.

Tapi saya ada interpretation lain. Ren Zhengfei dan Huawei ada hubungan rapat dengan Jiang Zemin, bekas presiden China. Kira kroni lah. Sementara itu, Xi Jinping, presiden China semasa sedang mencantas Jiang dan kroninya. Sebaik saja Trump dan Xi capai kata sepakat untuk menangguhkan perang perdagangan pada 1 Disember yang lalu, terus Meng ditahan. Jeng jeng jeng.

5. US-Taliban Deal

Selepas menarik keluar tentera US dari Syria, kini Trump dah hampir mencapai hasratnya untuk menarik tentera US keluar dari Afghanistan selepas US dan Taliban bersetuju untuk berunding damai. Kalau tiada aral melintang, Perang Afghanistan yang telah berlangsung selama 17 tahun sejak peristiwa 11 September 2001 akan tamat.

What, bukankah US serang Afghanistan sebab benci umat Islam nak control umat Islam ke? Kenapa keluar?

Tu lah jangan percaya sangat teori macam tu: US dan Taliban boleh capai kata sepakat sebab mereka berkongsi musuh yang sama iaitu Al-Qaeda dan ISIS. Taliban ialah Pashtun Nationalist, tak sebulu dengan Al-Qaeda walaupun mereka pernah jadi sekutu. US tak kisah anda tu liberal ke Islamis ke nasionalis ke, janji kepentingan geopolitiknya tercapai.

Kalau anda tahu perkembangan semua peristiwa ini, tahniah, anda memang seorang yang berwawasan, yang peka dengan perkembangan dunia semasa. Kalau tak tau pape, itu bermaksud ufuk pandangan (horizon) anda masih agak terbatas, perlu diperluaskan lagi.

Bagaimana untuk memperluaskan ufuk? Follow lah tulisan saya senang cerita.

Hal-hal lain bukan tak penting, cuma dari segi impak tak leh lawan 5 peristiwa ini. Ada benda yang kita anggap penting, tapi sebenarnya dunia tak kisah pun. Ingat, dunia tak berputar ikut kita ye.

PS: dah nak bulan Februari dah, anda yang berazam tahun baru untuk kurus tu, dah kurus ke belum? Kalau belum saya boleh bantu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.