Realpolitik Dominic Mengubah Politik Britain

2,135

“How to change the course of history, lesson one — kill conventional wisdom.”

Filem ini berasaskan kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 2016, yang mana “Leave” (merujuk pada Britain keluar EU) telah mendapat sokongan yang ramai berbanding “Remain” (Britain tetap di EU).

  • Dominic Cummings (berasaskan watak sebenar, lakonan Benedict Cumberbatch) benar-benar mempunyai jiwa Machiavellian. Politik Machiavelli sangat kering dengan falsafah, ia lebih pekat dengan tindakan praktikal.

Dominic menekankan, tak perlu merumitkan diri dengan isu-isu Brexit seperti imigran, pekerjaan dan sebagainya. Fokus bagaimana nak dapatkan undian yang ramai untuk “Leave”.

Kalau pihak lawan kata keluar dari EU boleh menjejaskan ekonomi, kita “fabricate” apa sahaja “fakta” yang lebih kuat untuk melawan fakta tersebut. Timbulkan isu-isu remeh sampai membuatkan pihak lawan terpaksa berdepan dengan isu remeh tersebut dan tinggalkan isu-isu teras.

Dominic membawa kaedah menyentuh emosi manusia berbanding fakta yang digunakan oleh blok “Remain”. Tindakan ini tak betul, tetapi cara ini boleh menang. Manusia lebih cenderung beremosi, berbanding bertindak rasional. Dominic tak peduli masalah imigran ke, ekonomi ke, patriotisme ke, jiwa negara ke apa. Yang penting menang dulu, baru kita fikir benda lain.

Sampaikan Dominic dikritik oleh Oliver Craig bahawa beliau telah membawa budaya toksik yang mana orang tak tahu lagi yang mana betul, yang mana salah. Sepanjang filem, anda akan dipersembahkan betapa liciknya Dominic dalam melobi dan mengawal pengundi.

Paling menarik sekali, Dominic tak mahu memujuk rakyat dari blok “Remain” untuk “Leave”. Tetapi dia fokus pada blok “atas pagar” yang “rasa nak keluar/menetapi, tetapi bimbangkan akibatnya.”

Bak kata Dominic,

  • Dalam filem ini menekankan betapa pentingny“It is about cost and control.”a data. Kempen yang berjaya adalah kempen yang mempunyai banyak data. Kempen yang berjaya adalah kempen yang menggunakan media sebagai penyebaran agenda.

Mengapa? Sebab sekarang adalah era digital. Ramai orang guna media elektronik seperti media sosial. Ini yang digunakan oleh Dominic untuk melobi pengundi dan mengkritik ahli-ahli politik tua yang masih mahu bergantung pada surat khabar dan turun di jalanan.

Dalam filem ini mempersembahkan banyak data tak sepenting bagaimana kita tahu menggunakannya untuk mencapai suatu tujuan.

  • Filem ini agak teknikal pada awalnya. Banyak jargon dan perbualan yang tak faham langsung kalau tiada latar belakang sains politik dan hubungan antarabangsa.

Tetapi itu pada awal-awal saja. Selepas itu, anda akan faham bagaimana filem ini bergerak.

Watak-watak pun dilakonkan dengan baik. Boris Johnson, Perdana Menteri UK sekarang nampak macam betul. Dari rupa sampai ke perangai.

IMDb:7/10
RottenTomatoes:81%
Metacritics: 73/100

 

Ruangan komen telah ditutup.