Korea Utara mengatur langkah ke arah status kecukupan kendiri dengan menggunakan aturan Kesatuan Soviet. Setiap lima tahun, kerajaan Pyongyang akan memperbaharui dasar kerajaan pada awalnya untuk pulih daripada kesan peperangan.

Namun setelah pulih sekitar 1960-an, tatacara ini didapati tidak begitu berkesan kerana kekurangan tenaga buruh dan tanah sedia ada (Country Study, 2009).

Dan 20 tahun kemudian, mereka menelan kepahitan kerana ketinggalan teruk di belakang Korea Selatan. Industri tempatan tidak dapat menandingi keefisyenan China, Jepun dan Korea Selatan.

Perbandingan harian antara dua buah negara.

Untuk menghalang orang keluar, kerajaan Korea Utara mengharamkan sebarang imigrasi kecuali pada ahli-ahli pentadbiran sahaja. Itu pun orang yang keluar perlu menghadiri kelas ideologi selepas pulang ke tanah air (Buzo, 2020).

Sesiapa yang mencuri-curi keluar bakal berdepan dengan hukuman sangat berat kerana dianggap mengkhianati negara. Walaupun dengan ugutan sebegini, ramai saja rakyat Korea Utara lari keluar menikmati kebebasan di bumi orang.

Mereka menceritakan pengalaman semasa ditindas sistem kerajaan. Ramai dalam kalangan mereka mempunyai masalah kulit akibat faktor pemakanan tidak cukup zat. Wanita pun sama.

Mereka memborong losyen dan adunan solek (foundation) buatan China untuk menutup sebarang cacat cela pada wajah. Namun perkara ini sebenarnya sama saja di Dunia Barat, apabila wanita mengenakan solekan pada muka sebelum keluar bekerja. Ia tidak seharusnya menjadi tanda aras pada kesusahan di Korea Utara.

Solekan sebelum bekerja.

Tepat pada jam tengah hari, para pekerja Korea Utara keluar berehat. Makanan yang dijual di kantin memang murah… tetapi dalam murah pun, kena tengok balik apa yang dihidang. Kadang bubur. Kadang sup jagung.

Mereka akan makan di kantin kilang saja, bermakna tiada “lunchtime” dalam ekonomi negara. Kedai-kedai makan takkan diburu pada waktu tengah hari.

Dan orang ramai akan habis kerja bermula jam lima petang. Sebelum dibenarkan balik, mereka perlu menghadiri sesi komuniti dan sesi pembelajaran.

Dua sesi ini amat penting. Sesi komuniti adalah untuk berbincang urusan harian dan apa yang perlu dibuat esoknya. Tetapi sesi pembelajaran memang teras politik kepartian, yang mana semua mesti menyumbang sedikit sebanyak.

Ada saja perkara yang dibincangnya. Kadang mereka perlu mengkritik antara satu sama lain untuk membetulkan diri “supaya sumber negara tidak dibazirkan”.

Ini memang perkara biasa. Entahnya mereka rancang untuk kritik betul-betul untuk tunjuk mereka berkomited. Dan selepas selesai, mereka dibenarkan balik. Bagi yang suka masak sendiri, mereka perlu cepat. Kerana kicap, garam dan minyak selalu habis stok (French, 2014). Sabun dan ubat gigi pun begitu. Ada saja stok, semua pakat beli banyak-banyak.

Barangan mentah seperti daging memang jarang ada. Telur pula kadang ada; kadang tiada. Jadi rakyat Korea Utara bergantung pada beras dan tepung sahaja.

Yang ada anak-anak, mereka akan berpakat antara satu sama lain. Taburan sumber tenaga di Korea Utara tidak stabil. Jadi rakyat perlu berbincang dan baik dengan semua jiran. Bekalan elektrik kadangkala terputus.

Di antara China dan Korea Selatan.

Apabila satu bangunan bergelapan, bangunan yang lain akan ada elektrik. Mereka akan bertukar-tukar sebegitu rupa. Jadi waktu ini, kanak-kanak akan lari berselerakan ke rumah kawan (yang ada elektrik).

Dan semua ini perlu dibuat secara manual tanpa bantuan telefon. Kerana penggunaan telefon seolah-olah ditegah, terhad hanya pada penjawat awam untuk urusan rasmi sahaja.

RUJUKAN:

Buzo, A. (2020). Routledge Handbook of Contemporary North Korea. Routledge. Halaman 203.

Country Study. (2009). North Korea. Library of Congress. Halaman 138.

French, P. (2014, Mei 2). A day in the life of Pyongyang – how North Korea’s capital goes to work. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.