Tiada siapa dapat meramal malah menjangka bahawa tindakan Buozizi membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di Tunisia bakal mengundang suatu fenomena yang akan mengubah struktur geopolitik Arab secara radikal. Fenomena yang dimaksudkan ialah Arab Spring atau juga dikenali sebagai Kebangkitan Dunia Arab. Ia adalah sebuah revolusi rakyat yang tercetus akibat rasa kecewa dan muak rakyat terhadap kepimpinan diktator yang menzalimi rakyat dari pelbagai sudut- dari isu kebajikan hinggalah hak kebebasan.

Kemuncaknya, Buozizi bertindak mengorbankan dirinya sebagai manifestasi kekecewaan rakyat yang sudah bosan dan tidak mampu menahan kepimpinan yang penuh korupsi, rasuah dan penyelewengan. Hasilnya, satu persatu pemerintah kuku besi yang terlampau lama berada di tampuk pemerintahan jatuh. Dimulai dengan kejatuhan Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia) kemudian diikuti oleh Hosni Mubarak (Mesir) dan Muammar Ghaddafi (Libya). Bahang Arab Spring juga turut dirasai oleh negara arab yang lain seperti Algeria, Pakistan, Syria, Yaman, Bahrain dan Maghribi.

Di Tunisia, di sebalik keghairahan rakyat yang berjaya menumbangkan rejim Ben Ali, rakyat tidak sabar menantikan kepulangan seorang figura politik yang  diharapkan mampu mendaulatkan suara marhaen- beliaulah Rashid Al Ghannouchi. Beliau merupakan seorang demokrat Islam yang hidup dalam buangan di London selama 22 tahun akibat permusuhannya dengan Ben Ali. Pulangnya beliau ke bumi pertiwi adalah untuk menyemai benih-benih demokrasi yang menjunjung aspirasi rakyat.

Parti Gerakan Islam, Ennahda yang dipimpin Al Ghannouchi telah memenangi Pilihanraya Parlimen pasca Revolusi 2011 dengan memenangi majoriti kerusi (89 daripada 217). Walaupun dengan jumlah majoriti ini Ennahda mampu membentuk kerajaan, namun Al Ghannouchi bertindak membuat persepakatan ‘troika’ dengan parti nasionalis sekular iaitu Congress for the Republic (CPR) dan Democratique pour le Travail et les Libertes (FTDL). Apakah sebab beliau berbuat sedemikian?

Pandangan Al Ghannauchi terhadap demokrasi

Beliau berpandangan bahawa gerakan Islam kini harus membuat suatu anjakan paradigma yang bersesuaian dengan dinamika politik kontemporari. Oleh itu, beliau amat percaya demokrasi merupakan alat paling sesuai bagi umat Islam untuk menerapkan nilai dan prinsip pemerintahan Islam dalam segenap aspek. Al Ghannouchi menekankan pluralisme politik di mana dia menolak pemonopolian kuasa oleh mana-mana parti bagi memantapkan mekanisme check and balance.

Kerana itulah beliau membuat perikatan dengan gerakan kebangsaan bagi mengelakkan Ennahda menguasai keseluruhan kerajaan. Cita-citanya adalah untuk membina Tunisia yang demokratik dan terbuka berbanding imej teokratik atau agama yang konservatif. Malah itulah yang menjadi sebab Al Ghannouchi menolak untuk menjadi calon presiden malah memberikan tempat itu kepada Mousef Marzouq dari CPR.

Terdapat juga pendapat Al Ghannoushi yang amat bertentangan dengan pegangan atau ideologi kebanyakan gerakan-gerakan Islam di dunia arab. Antaranya:

  • Beliau melakukan pengharmonian antara agama dan sekularisme. Beliau berpendapat bahawa sekularisme bukanlah suatu fahaman ateis tetapi ia merupakan suatu penetapan set prosedur yang dirangka untuk melindungi kebebasan beragama dan fikiran. (2012)
  • Beliau menolak konsep Negara Islam dan mendakwa ia hanyalah bersifat retorik semata-mata. Ini dapat dibuktikan apabila banyak gerakan Islam dalam perjuangan mereka melanggari prinsip dan nilai agama islam yang hanya memburukkan lagi Islamafobia.
  • Beliau juga menangguh untuk melaksanakan undang-undang syariat kerana menganggap banyak perkara yang lebih penting kepada ummah harus diberi perhatian terlebih dahulu. Hal ini bersesuaian dengan konsep awlawiyat yang dicanangkan oleh Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al Qaradawi yang meletakkan kepentingan sesuatu isu sebagai keutamaan.
  • “Kami menganggap negara lebih Muslim, lebih Islamik, jika lebih keadilan ditegakkan di dalamnya”. Beliau menjadikan konsep good governance sebagai misi utama dan lebih menfokuskan hal ehwal kebajikan rakyat dan pembinaan Tunisia yang demokratik.

Dengan kejayaan Al Ghannouchi mengubah wajah Tunisia ke arah demokratik, beliau tersenarai antara 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia oleh majalah Times pada tahun 2012. Al Ghannouchi juga mengambil contoh kepimpinan AKP di Turki dan UMNO di Malaysia sebagai model kepimpinan Islamik yang progresif dan demokratik. Beliau menolak model Negara Islam lain di Timur Tengah kerana kebanyakannya berakhir dengan tragis dan kezaliman yang tiada berkesudahan.

Kini, Tunisia boleh mendabik dada di kalangan negara Arab yang lain kerana kejayaannya menempatkan demokrasi yang membawa kestabilan politik yang sekian lama rakyat dahagakan. Namun disebalik Arab Spring yang menyaksikan regime change yang berlaku, ia memburukkan lagi situasi di negara Arab seperti Libya yang masih tidak mampu menjalankan pilihanraya serta di Syria yang mengalami perang saudara yang paling buruk dalam sejarah mereka. Semuanya berlaku kerana ketamakan kuasa yang memperjudikan nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Sebagai pengakhiran, masyarakat arab terutamanya para politikus  harus menginsafi kata-kata Al Ghannouchi yang mengharapkan Arab Spring memberi harapan baru buat umat Islam amnya.

“Tunisia kini adalah demokrasi. Perlembagaan 2014 telah membataskan had ke atas sekularisme yang ekstrim dan agama yang ekstrim.”

Biz bir ummatiz!!

Rujukan

Ahmad Nabil (2016, Oktober 20). Rashid al ghannouchi sebagai demokrat islam. Islamic Renaissance Front. https://irfront.net/post/articles/rachid-al-ghannouchi-sebagai-demokrat-islam/

Here’s how the arab spring started and how it affected the world|history. (2018, may 8). History Channel. https://youtu.be/Fgcd5ZcxDys

Irwan (2015, Januari 10). Peralihan demokrasi dunia arab penuh pergolakan. Berita Harian.

Maszlee Malik (2016). Tatakelola kerajaan yang baik (good governance): gerakan islam dan rashid al ghannouchi. Ulul Islamiyyah Journal. Vol 12. Page 1-19. Universiti Sains Islam Malaysia

Tunisia model demokrasi terpimpin. (2017, Julai 13). Utusan

Artikel dikirimkan oleh Haikal Hazwan untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kemunduran Akibat Pemikiran Terjajah, Yang Mengukuhnya Sombong, Yang Meruntuhnya Ilmu Haikal Hazwan, pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap pengetahuan sejarah dan politik tanah air mahupun antarabangsa. Cita-citanya mahu melihat generasi sezaman dengannya bangga akan kejayaan leluhur. Percaya bahawa ilmu serta niat yang ikhlas sahaja dapat memajukan bangsa dan membina sebuah tamadun yang berdaulat.

Comments are closed.