Sebut saja hipster, ramai membayangkan individu berpenampilan kemas, menyimpan janggut yang telah didandan dan mempunyai nilai fesyen yang unik. Tetapi berdasarkan satu penemuan di Jerman baru-baru ini, budaya ini mungkin sudah wujud sejak abad keenam Masihi lagi.

 Rajah 1: Rangka pahlawan yang ditemui pasukan BFlD.

Pakar-pakar arkeologi dari Pejabat Perlindungan Monumen Negeri Bavaria (BLfD) menemui rangka seorang pahlawan yang berstatus bangsawan kaya. Rangka tersebut ditemui bersama dengan sebuah sikat berukir yang diperbuat daripada gading. Pakar-pakar BLfD percaya sikat tersebut berkemungkinan digunakan untuk mendandan janggut miliknya.

Pahlawan tersebut dipercayai meninggal dunia pada usia antara 40-an hingga 50-an sebelum meninggal dunia pada abad keenam di Bavaria. Dia bukan saja dikebumikan bersama kuda tunggangannya. Malah, dia dikebumikan bersama kelengkapan pe.ra.ngnya termasuk ka.p.ak pe.ra.ng, pe.da.ng, perisai dan lem.bi.ng.

Pasukan pengkaji BLfD merasa pelik melihat sikat penuh dengan ukiran indah itu. Selepas diamati, ukiran tersebut kelihatan seperti seekor gazel cuba melepaskan diri daripada haiwan pemangsa. Sikat sebegini biasanya ditemui di ku.b.ur-ku.b.ur Zaman Pertengahan tetapi tidaklah seindah begini atau menggunakan bahan istimewa seperti gading.

Tambah aneh ialah ukiran gading jarang ditemui pada kubur-kubur dari abad sama. Bagi pasukan pengkaji BLfD, ini menunjukkan pahlawan ini berstatus hartawan dan mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat. Kubur pahlawan ini merupakan satu daripada dua kubur yang ditemui di sebuah kawah lama yang berukuran 16 batu lebar yang dipanggil Nordlinger Ries. Kawasan ini dikenalpasti pada tahun 60-an sebagai tempat meteor jatuh ke bumi.

Walaupun mereka tidak tahu kawah tersebut terhasil akibat he.mp.asan meteor, orang-orang Eropah Zaman Pertengahan memilih mendirikan petempatan di situ. Dan itu menjelaskan kewujudan dua kubur di kawasan berkenaan. Selain rangka pahlawan itu, pasukan BLfD menemui rangka seorang wanita berusia sekitar 30 hingga 40 tahun. Wanita tersebut dikebumikan dengan barang perhiasan mewah, pe.da.ng bercorak dan telur-telur yang diawet.

Rajah 2: Rangka wanita yang ditemui bersebelahan kubur pahlawan di Nordlinger Ries.

Tetapi penemuan paling menarik ialah mangkuk seramik merah bercorak Mediterranean yang masih dalam keadaan baik. Ia berkemungkinan berasal dari Tunisia di Afrika Utara. Menurut ketua pemulihara BLfD, Matthias Pfeil, penemuan objek-objek ini menunjukkan ia merupakan barangan mewah untuk penduduk ketika itu.

Pada bahagian bawah mangkuk terdapat simbol salib. Sementara ukiran pada bahagian tepi mangkuk berkemungkinan merujuk kepada simbol-simbol magis atau nama pemilik asalnya. Bagaimanapun, lebih banyak analisis perlu dibuat bagi memahami inskripsi yang terkandung pada mangkuk berkenaan.

Rajah 3: Mangkuk seramik merah yang dikatakan berasal dari Afrika Utara dengan lakaran corak mangkuk. Sumber: BLfD

RUJUKAN

Tonkin, Sam. (2021, 18 Oktober). Meet the Medieval HIPSTER! Wealthy warrior who DITAPIS in Germany 1,500 years ago was buried with his weapons and an intricately carved ivory comb that may have been used to style his beard.

Sumber semua gambar: BFlD


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.