Rancangan Marshall: Membina Eropah Yang Hancur Lebur Selepas WWII

873

Eropah telah berubah daripada pemacu kemajuan tamadun manusia kepada ‘rumah sembelihan’ manusia akibat dua p3rang dunia yang berlangsung di Eropah; P3rang Dunia Pertama (1914-1918) dan P3rang Dunia Kedua (1939-1945). Dek kerana dua p3rang dunia ini, Eropah tak ubah seperti padang jarak padang tekukur.

Banyak bandar yang sedang membangun dalam sektor industri dan pusat budaya di UK, Perancis, Jerman, Itali mahupun Belgium musnah akibat p3rang. Bukan itu sahaja, infrastruktur pengangkutan seperti jalan raya, laluan keretapi, jambatan dan pelabuhan menerima kerosakan teruk akibat ser4ngan udara.

Setelah bertahun-tahun menghadapi kekurangan bekalan makanan, pengangguran dan masalah berkaitan dengan p3rang dan pemulihan, Eropah makin terdedah dengan masalah lain yang menanti nanti. Malah, situasi kejatuhan ekonomi sememangnya mencipta pesimisme berkenaan masa depan Eropah yang memecahkan kelas masyarakat dan ketidakstabilan politik di rantau itu.

Kerisauan ini disuarakan melalui cadangan Rancangan Marshall dalam ucapan Setiausaha Negeri US George Marshall di Universiti Harvard pada 5 Jun 1947. Ia adalah respon kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial yang kritikal di Eropah ketika itu. Beliau hanya mencadangkan Amerika Syarikat bersedia untuk merangka sebuah program dan menyediakan bantuan “sejauh mana ia praktikal bagi kita untuk berbuat demikian” (so far as it may be practical for us to do so).

Marshall menyatakan bantuan ini mesti menjadi usaha bersama; “dimulakan” dan dipersetujui oleh negara-negara Eropah lain.

Kebanyakan negara-negara Eropah memberikan maklum balas yang baik pada cadangan awal Marshall. Sebanyak 16 buah negara Eropah Barat menghadiri persidangan di Paris untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Eropah [Committee of European Economic Cooperation (CEEC)] pada 12 Julai 1947.

Masalahnya sekarang, US tak puas hati dengan arah tuju perancangan ni. Setiap negara mencipta “senarai borong” berbanding rancangan untuk keseluruhan Eropah amnya. Tak cukup dengan itu, Perancis pulak berpandangan Jerman Barat (pada masa itu dikuasai oleh US, UK dan Perancis) perlu ber-ekonomi lemah dan tak sepatutnya menerima Rancangan Marshall.

Marshall tak bersetuju langsung dengan pandangan tu. Marshall bertegas, rancangan ni mesti mewujudkan ekonomi mandiri, taraf hidup yang munasabah dan menghapuskan halangan perdagangan bagi seluruh Eropah Barat. Penyertaan Jerman Barat dalam rancangan ni mesti dibuat kalau Eropah Barat betul-betul mahu membangunkan ekonominya semula.

Akhirnya, laporan akhir dikeluarkan dan dihantar ke US pada September 1947 selepas tekanan dibuat oleh Marshall. Laporan akhir ni menggesa program empat tahun untuk menggalakkan pengeluaran, mewujudkan kestabilan kewangan dalaman, membangunkan kerjasama ekonomi negara anggota dan menyelesaikan masalah defisit yang wujud dengan zon dolar Amerika.

Jemputan untuk pembangunanan semula bawah Rancangan Marshall sudah diperluaskan kepada Kesatuan Soviet dan negara-negara satelitnya di Eropah Timur. Namun, mereka menolak untuk menyertai usaha tu kerana risau campurtangan US dalam hal ehwal negara mereka.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Pentadbiran Truman ketika itu membentangkan banyak hujah kepada Kongres dan awam untuk mendanai Rancangan Marshall; menghalang kegawatan ekonomi di US dengan menjadikan Eropah pasaran kepada barangan US dan juga bantuan kemanusiaan kepada Eropah pasca p3rang. Tapi, hujah terbaik untuk menjustifikasi Rancangan Marshall semestinya membendung penyebaran komunisme.

Pada kemuncak perdebatan pasal Rancangan Marshall, kerajaan Czechoslovakia telah digulingkan oleh komunis pada Februari 1948. Presiden Harry Truman menggunakan kesempatan untuk berucap di Kongres, “Ada saat dalam sejarah dunia, di mana lebih bijak untuk bertindak berbanding ragu-ragu” (There are times in world history, when it is wiser to act than to hesitate).

Kongres bertindak pantas untuk membenarkan bantuan kecemasan ke Perancis, Itali dan Greece (kerana parti komunis aktif kat sana ketika itu). Penggubal undang-undang terus meluluskan Akta Kerjasama Ekonomi 1948, yang mendanai Rancangan Marshall dengan jumlah dana yang kurang sedikit berbanding permintaan asal Presiden Truman. Pada empat tahun seterusnya, US dah menyumbang lebih $13 bilion kepada 16 buah negara Eropah Barat, termasuklah Jerman Barat. (Nilainya pada hari ini melebihi $100 bilion!)

Ketika Rancangan Marshall tamat pada 1951, pengeluaran industri di Eropah Barat sudah meningkat 40 peratus berbanding pada era pasca perang. Eksport dan perdagangan sudah naik mendadak jika dibandingkan ketika sebelum perang. Rakyat sudah kembali bekerja dan taraf hidup pun naik.

Dalam aspek politik, parti komunis sudah kehilangan pengaruh lepas Rancangan Marshall dilaksanakan. Takde lagi negara yang terikut jatuh ke komunisme selepas Czechoslovakia. Lagipun, kebangkitan ekonomi Jerman Barat sebenarnya membantu negara-negara jirannya berbanding mengancamnya ke kancah pep3rangan seperti dahulu.

Biarpun Rancangan Marshall kembali memulihkan wajah Eropah pasca p3rang, ia masih gagal menghapuskan kesemua masalah Eropah. Inflasi masih menjadi masalah di sesetengah negara. Halangan perdagangan masih wujud di Eropah ketika itu, walaupun cadangan Rancangan Marshall sebenarnya untuk mewujudkan pasaran tunggal di Eropah.

Atas jasa pembangunan semula Eropah Barat selepas p3rang dunia, George Marshall dianugerahkan Anugerah Keamanan Nobel 1953. US sudah pun ‘melabur’ pada masa depan Eropah baharu dengan memutuskan kitaran p3rang yang asyik berlaku di Eropah.

US menonjolkan diri sebagai pemimpin dunia bebas (free world) selepas keluar daripada ‘traditional isolationism’. Eropah terhutang budi dengan jasa George Marshall, sampai Winston Churcill berpandangan Rancangan Marshall tu ‘tahap tertinggi sebuah diplomasi’ (the highest level of a statesmanship).

RUJUKAN:

  1. HISTORY(2018), Marshall Plan, https://www.history.com/topics/world-w4r-ii/marshall-plan-1
  2. Constitutional Right Foundation, The Marshall Plan for Rebuilding Western Europe, https://www.crf-usa.org/images/pdf/gates/Marshall_Plan.pdf
  3. Congressional Research Service(2018), The Marshall Plan: Design, Accomplishments, and Significance, https://fas.org/sgp/crs/row/R45079.pdf
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.