Apabila Donald Trump membuka mulut, kucing boleh jadi harimau. Anjing boleh jadi serigala. Dan biawak boleh menjadi naga. Tetapi kalau cuci muka dan kebil mata, semuanya jelas hanya ilusi. Dan Perancangan Keamanan Palestin yang lama diperam telah digemburkan Trump sebagai “Persetujuan Terbaik Abad” (Deal of the Century). Walaubagaimanapun, Mahmoud Abbas di Palestin mengatakan bahawa perancangan tersebut ialah “Tamparan Terbaik Abad”.

Trump menggunakan helah perancangan ini sebagai gula-gula politik sahaja. Beliau sedang berdepan dengan tindakan perundangan. Jika Dewan Senat mencapai undi dua-pertiga, beliau akan menjadi presiden pertama dalam sejarah yang dilucutkan jawatan. Tidak cukup dengan itu, Pilihanraya Presiden 2020 semakin menghampiri. Jadi sokongannya di Lingkaran Bibel terutamanya perlu dikukuhkan.

Cara paling mudah untuk menambat hati penduduk-penduduk Lingkaran Bibel ialah Israel. Kalau berdebat dengan mereka, jelaslah kenapa. Bagi mereka, Tuhan ialah suatu entiti tiga rangkai yang berhidung cangkuk. Punyalah pelik kelompok di negeri-negeri Lingkaran Bibel: sambil membvnvh, m4buk, berz1na dan berlaku sumb4ng mahr4m, mereka tetap percaya bahawa “barangsiapa berbaik dengan Israel akan diberkati kerana Israel ialah negara pilihan Tuhan.” Dalam hal ini mereka boleh berpaut kepada hukum agama – tetapi bila ditimpa musibah puting beliung, boleh pula bercumbvan dengan hukum sains.

Jadi Trump pun membuat tawaran supaya boleh amankan dua negara berg0lak di Timur Tengah. Cadangan Trump ialah penubuhan negara Palestin merdeka dan  pengiktirafan kedaulatan Israel di penempatan-penempatan Tebing Barat. Dan ini dikatakan “peluang terakhir” untuk rakyat Palestin (BBC, 2020). Kalau penempatan haram di Tebing Barat diiktiraf, agaknya bagaimana status Jerusalem? Trump sudahpun bungakan hati sokongannya di Lingkaran Bibel dengan memindah kedutaan negara ke Jerusalem.

Dibawah perancangan Trump, negara Palestin akan tetap mendapat Jerusalem Timur dalam kedaulatannya. Sungguhpun begitu, ada muslihat yang begitu jah4t di sini. Kerana konteks Jerusalem di sini sebenarnya berlandaskan sempadan moden. Di Abu Dis, terdapat suatu benteng yang memisahkan Israel dan Palestin. Benteng inilah akan menjadi sempadan di antara dua negara, kerana Abu Dis akan dijadikan ibu negara Palestin (Holmes, Taha, & Balousha, 2020).

Apa-apa di sebelah baratnya akan diserap masuk Israel – termasuk Masjidil Aqsa dan Haram ash-Sharif.

Jadi memanglah Palestin tidak berpuas hati. Datuk Bandar Abu Dis pun naik angin juga. Kerana Abu Dis ialah suatu perkampungan yang ingin dibuat ibu negara. Tidak cukup dengan mencuri Jerusalem, penempatan haram pula perlu dihalalkan. Dan jika perancangan diterima, rakyat Palestin akan melihat kubah keemasan yang dekat di mata tetapi jauh selamanya.

Haram ash-Shariff dari Abu Dis (Dunand/Getty)

Atas cadangan tidak berperikemanusiaan ini, Palestin mengugvt untuk keluar daripada Perjanjian Oslo yang dibuat semasa Yasser Arafat. Palestin sebenarnya diberikan n4jis yang dicanang Trump sebagai madu. Setelah puas mencalit tuba yang dikatakan susu, ini pula langkah yang dibuat Washington D.C., sekaligus merugikan segala keringat daripada Bill Clinton sampailah Barack Obama.

Menurut Ketua Perundingan Palestin, perjanjian ini ialah usaha untuk memvsnahkan Palestin. Dan Hamas dibawah Ismail Haniya pun takkan sesekali setuju dengan pendekatan dibuat Trump. Namun terperap di Tel Aviv, seorang ahli politik yang dikepung kes-kes perundangan sedang tersenyum. Pemenang sebenar dalam rancangan ini ialah Benjamin Netanyahu yang mungkin boleh menggunakan rancangan ini untuk mengakhiri dilema politik Israel.

Sudah hampir setahun kerajaan Israel tidak mempunyai mandat sah selepas kegagalan Likud dan Kahol Lavan untuk membentuk kerajaan. Sementara itu Trump pula hanya menunggang arus demi kepentingan politiknya sendiri.

RUJUKAN:

BBC. (2020, January 28). Trump releases long-awaited Middle-East peace plan. BBC News. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-middle-east-51288218

Holmes, O., Taha, S., & Balousha, H. (2020 January 29). ‘We will never be Jerusalem’: Abu Dis pours scorn on Trump plan. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/jan/29/we-will-never-be-jerusalem-abu-dis-pours-scorn-on-trump-plan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.