Rancangan Bill Gates Untuk Mengurangkan Populasi Dunia?

4,389

Pra-tempah hanya di Shopee

Bill Gates ialah seorang yang sangat popular. Dengan kedatangan COVID-19, namanya sentiasa disebut… kadangkala secara negatif. Terlalu banyak pendapat telah dilontarkan, sampai mengelirukan sama ada beliau baik atau jahat.

Ada mengatakan bahawa Gates mahu mengurangkan populasi global melalui vaksinasi. Ada sebab kenapa Gates dituduh sebegini. Pada tahun 2011, beliau mengadakan wawancara bersama CNN.

Dalam wawancara tersebut, beliau berkata, “dalam dekad ini, kami yakin boleh berjaya, dari segi pembuatan vaksin baru dan memastikan vaksin tersebut sampai pada kanak-kanak yang memerlukan. Kita hanya perlu tujuh atau lapan lagi… dan kemudian kita mampu mengurangkan kadar kemat-ian kanak-kanak, mengurangkan pertumbuhan populasi, dan semua mendapat manfaat.” (CNN, 2011).

Pada 21 Januari 2016, laman web YourNewsWire.com memetik Gates berkata, “pertama sekali, kita ada (masalah) populasi. Dunia hari ini mempunyai 6.8 bilion orang. Tidak lama lagi sembilan bilion. Jika kita berjaya membuat vaksin, menjaga kesihatan, memberi perkhidmatan kesihatan pemb-iakan, kita boleh mengurangkan populasi lebih kurang 10 atau 15 peratus.”

Jadi senang kata, bertahun-tahun Gates didakwa menyebarkan dakyah pengurangan populasi (atau bahasa lebih tepat, Gates mahu membµnµh orang).

Status Gates sebagai penyumbang besar dalam dunia perubatan seolah-olah membangkitkan teori pelaksanaan. Yayasan Bill & Melinda Gates (BMGF) contohnya diasaskan pada tahun 2000, bertujuan untuk menggalakkan penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Salah satu usaha BMGF ialah Program Kesihatan Global, yang dipimpin Trevor Mundel.

Dengan aset sebanyak AS$46.8 bilion, BMGF sebenarnya mampu membuat apa-apa sahaja… terutamanya jika ingin mengurangkan populasi global.

Memandangkan BMGF menggalakkan vaksin, ramai nampak inilah landasan Gates yang mahu mengurangkan populasi.

Menjelaskan Realiti Sebenar

Sesiapa yang percaya bahawa Bill Gates mahu mengurangkan populasi global sebenarnya tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Gates sebenarnya bukan mahu mengurangkan populasi.

Sebaliknya Gates mahu mengurangkan pertumbuhan populasi. BMGF mempunyai satu data yang disokong asas saintifik. Orang ramai mempunyai anak ramai bukan sebab mereka mahu keluarga besar.

Sebaliknya, mereka khuatir yang anak tidak meningkat dewasa (ma-ti kerana penyakit atau peper-angan ketika waktu muda).

Gates melaporkan dengan jelas: “apabila kadar kemat-ian jatuh, kita nampak kadar kelahiran pun menurun dan pertumbuhan populasi kembali stabil.” (Herper, 2011).

Pendapat ini turut dikongsi Melinda Gates yang nampak penggµgµran anak bukan satu solusi. Malah pencegahan kehamilan juga bukan jalan penyelesaian.

Sebaliknya, bantu menyelamatkan anak-anak sedia ada (melalui program vaksinasi) ialah cara paling baik kerana ibu bapa akan secara semulajadi mengurangkan kelahiran supaya dapat menjaga anak-anak sedia ada.

Mereka mengulangi pendapat ini berkali-kali, bahawa menyelamatkan orang ramai sebenarnya mengimbangi pertumbuhan populasi.

Ada banyak beza antara 1) BMGF menggunakan vaksin untuk mengurangkan populasi dunia dan 2) BMGF menggunakan vaksin untuk menyelamatkan orang ramai supaya populasi dunia tidak bertumbuhan secara mendadak.

Jelas lagi nyata, BMGF menggunakan kaedah kedua.

Tidak bermakna pendapat mereka benar. Tetapi pendekatan mereka tidak salah. Sebab mereka tidak membµnµh sesiapa.

Ada yang mendakwa bahawa BMGF telah menularkan polio yang menyebabkan kelµmpµhan pada 47,000 kanak-kanak di India.

Anehnya, kerajaan India tidak langsung mengemukakan saman terhadap BMGF (apatah lagi mengusir BMGF keluar India). Siap Narendra Modi memuji BMGF lagi kerana berjasa besar di India (PIB Delhi, 2020).

Sebelum COVID-19
Ketika COVID-19

Terang lagi bersulu, Program Kesihatan Global jauh lebih berjasa untuk dibandingkan mana-mana pertubuhan penentang perubatan.

BMGF berjaya menurunkan penularan demam campak di Afrika secara mendadak (Piller & Smith, 2007).

Mereka juga menderma banyak kepada Planned Parenthood yang bantu jutaan orang dalam perancangan keluarga.

Amerika Syarikat contohnya mempunyai kadar kehamilan luar pernikahan sangat banyak.

Antara cara menggµgµrkan anak juga agak menakutkan. Ibu hamil akan mencµcµk dawai penyangkut baju dalam liang peranakan, yang akan menµsµk dalam kepala janin (Fielding, 2008).

Simbolik kepada penggµgµran anak

Kesimpulannya, Gates tiada agenda langsung untuk mengurangkan populasi global. Sebaliknya beliau menyediakan vaksin, yang menyelamatkan jutaan.

Oleh kerana ramai terselamat, ibu bapa tidak menambahkan anak. Jadi pertumbuhan populasi menurun dan menjadi stabil.

Inilah rantaian semulajadi yang boleh dilihat antara tahun 1900 hingga 2020 ini. Kalau tidak percaya, cuba jelaskan kenapa peratusan pertumbuhan populasi sudah menurun.

Kalau tengok graf di atas, memang betul – populasi meningkat. Tetapi apabila diperatuskan:

Ini hasilnya. Maka sebelum cuba menentang arus ilmu, haruslah belajar bahasa Inggeris dulu. Ada beza antara “reducing population” dan “reducing population growth”. Perlu kenal dulu perbezaan antara kedua-duanya.

RUJUKAN:

CNN. (2011, Februari 5). Transcripts. Sanjay Gupta MD.

Fielding, W. (2008, Jun 3). Repairing the (ditapiskan), before Roe. The New York Times.

Herper, M. (2011, November 2). With vaccines, Bill Gates changes the world again. Forbes.

PIB Delhi. (2020, Mei 14). Prime Minister’s interaction with Mr. Bill Gates. Government of India.

Piller, C., & Smith, D. (2007, Disember 16). Unintended (ditapiskan) of Gates Foundation generosity. Los Angeles Times.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.