Mesir Purba sedang dalam zaman Kerajaan Baharu. Zaman ini menyaksikan perluasan sempadan timur Mesir Purba sehingga melepasi Sungai Furat di tempat yang dikenali Carchemish dan sempadan selatan sejauh Tombos di Nubia. Zaman ini juga menyaksikan pembinaan banyak monumen-monumen yang hebat seperti Kuil Abu Simbel, Lembah Diraja dan Mortuary Temple of Hetshepsut.

Namun begitu, zaman keemasan ini telah berlalu. Kini dunia sedang mengalami zaman keruntuhan yang lebih dikenali Keruntuhan Zaman Gangsa (Bronze Age Collapse). Zaman ini menyaksikan kemusnahan yang berleluasa dan merentasi sempadan. Kemusnahan pelbagai peradaban yang sungguh lengkap sehinggakan ada ahli ilmuwan berpendapat kekayaan yang sama tidak akan kembali sehingga ke zaman klasikal. Di dalam zaman yang penuh kacau bilau ini Ramses III memerintah Mesir Purba.

Zaman permulaan Ramses III tidak banyak diketahui. Beliau menaiki takhta pemerintahan Mesir pada 1184 SM selepas Bapanya, Sethnakht, memeintah selama 2 tahun. Masa pemerintahan Ramses III adalah terletak betul-betul di dalam Keruntuhan Zaman Gangsa. Semasa beliau menaiki takhta itu sendiri sudah banyak bandar-bandar dari kerajaan yang lain musnah.

Bandar-bandar utama di tanah besar Yunani sekitar 1180 SM dan penyebabnya masih tidak diketahui. Bandar Ugarit yang terletak di Syria musnah dis3rang penjarah sekitar 1192 – 1189 SM. Penjarah yang bertanggungjawab dalam kemusnahan bandar-bandar pada tempoh Keruntuhan Zaman Gangsa lebih dikenali sebagai Bangsa Laut atau ‘Sea People’. Mereka akan datang meny3rang Mesir purba.

Bangsa Laut ini bukan satu puak yang datang untuk menghancurkan bandar dan peradaban. Mereka ini lebih kepada gabungan beberapa puak yang telah kehilangan tempat tinggal mereka. Ser4ngan meraka terhadap Mesir Purba bukanlah yang kali pertama. Sewaktu pemerintahan Firaun Merenptah, bangsa laut ini telah meny3rang Mesir Purba dengan bantuan orang-orang Libya.

Mengikut rekod di dinding kuil Karnak, puak-puak dalam Bangsa Laut ini adalah ‘Sherden’ yang mungkin dari Sardinia, ‘Ekwesh’ mungkin dari Yunani Achaean, ‘Lukka’ mungkin dari Lycia, ‘Sheklesh’ mungkin dari Sicily dan ‘Teresh’ yang mungkin pelopor kepada Etruscan. Merenptah menentang mereka sebelum mereka tiba di Memphis pada 1208 SM. Petempuran selama 6 jam ini berakhir dengan kemenangan kepada Merenptah. Tawanan Bangsa laut telah dipaksa menempat di sekitar Delta Sungai Nil.

Ser4ngan kedua Bangsa Laut adalah pada zaman Ramses III. Selepas 8 tahun Ramses III memrintah, Bangsa Laut kembali datang meny3rang. Bangsa Laut kali ini terdiri dari 6 puak. Selain dari ‘Sherden’ dan ’Sheklesh’, Bangsa Laut kali ini melibatkan puak ‘Denyen’ yang mungkin juga dikenali sebagai Yunani Danaan, ’Peleset’ mungkin dari Philistines, ‘Tjeker’ dan ‘Wehwesh’yang kedua-dua puak ini mungkin dari Kanaan. Mengikut ukiran di Medinet Habu dan rekod Papirus Harris, ser4ngan Bangsa Laut dilancarkan dari darat dan lautan. Ukiran di Medinet Habu memaparkan ser4ngan Bangsa Laut dari lautan.

Ada pendapat mengatakan, Bangsa Laut yang datang meny3rang ini bersenjatakan senjata besi. Bagi zaman gangsa, senjata besi boleh dikatakan adalah senjata paling maju pada masa itu. Ini memberi kelebihan kepada Bangsa Laut dalam meny3rang mana-mana kerajaan pada masa tersebut kerana penggunaan senjata gangsa oleh kerajaan tersebut. Walau bagaimana pun, tentera Ramses III yang menentang Bangsa Laut ini mempunyai busur dan cangkuk mencengkam. Ini bermaksusd, tentera Ramses III boleh menghujani Bangsa Laut dengan anak panah sebelum mereka dapat mendekati.

Tambahan pula, ukiran di Medinet Habu sendiri menunjukkan yang tentera Ramses III menterbalikkan kapal-kapal Bangsa Laut. Ramses III dan putera-puteranya sendiri berada di medan pertempuran memanah dan menginjak penjarah yang datang meny3rang. Pada pengakhiran pertempuran, ser4ngan Bangsa Laut dapat dipatahkan. Tawanan Bangsa Laut yang menyerah kalah di tempatkan di sekitar Delta Sungai Nil untuk mengerjakan tanah dan menjadi askar upahan kerjaaan Mesir Purba.

Selain dari ser4ngan Bangsa Laut, Ramses III juga mempertahankan sempadan barat Mesir dari ser4ng orang-orang Libya. Namun begitu, ser4ngan Bangsa Laut lebih terkenal kerana peristiwa ini menjadi satu titk kemuncak waktu Keruntuhan Zaman Gangsa. Tambahan pula, Ramses III mengatakan, pada ukiran di Medinet Habu, yang Bangsa Laut ini telah memusnahkan beberapa kawasan seperto ‘Katte’, ‘Qode’, ‘Carchemish’, ‘Arzawa’ dan ‘Alashiya’.

Ramses III tidak melakukan apa-apa perluasan kuasa sepanjang pemerintahan beliau tetapi beliau berjaya mematahkan beberapa ser4ng dari musuh dari luar. Ini menunujukan beliau adalah salah seorang raja pahlawan Mesir yang hebat. Namun begitu, peradaban Mesir Purba masih menuju ke pengakhiran. Ekonomi Mesir pada masa tersebut adalah dalam keadaan yang meleset. Seoang Firaun yang baru menaiki takhta pemerintahan Mesir Purba akan memulakan satu projek pembinaan yang tempoh pengsiapannya adalah sepanjang hayat Firaun tersebut. Projek ini adalah kompleks pemakaman beliau.

Berbeza dengan pendapat yang ramai orang percaya. Kompleks pemakaman firaun tidak dibina oleh hamba abdi tetapi dibina oleh pekerja yang diberi upah makanan. Pada zaman pemerintihan Ramses III, upah pekerja yang berkerja membina kompleks pemakanan Ramses III diberi secara tidak menentu dan ada kalanya tidak sampai langsung. Sitausi ini semakin teruks sehinggakan para pekerja mogok kerana kelaparan. Sitausi yang sama berlaku kepada pekerja kerajaan yang lain, upah yang tidak mennentu memaksa mereka mencuri dari jiran, kuil dan ada kalanya dari makam firaun sebelum Ramses III untuk barang yang boleh dijual.

Walaupun begitu, cara hidup Ramses III masih mewah. Selapas ser4ngan dari Bangsa Laut, beliau banyak menghabiskan masa beliau di utara Sungai Nil. Beliau telah membina istana yang mewah di Utara helipolis di Tell Al-Yahudiya. Beliau juga memberi derma yang mewah kepada kuil-kuil penting di Heliopolis, Memphis dan Karnak. Contohnya, Beliau memberi tidak kurang dari 2,528,168 jambakan bunga dan menanam kebun zaitun untuk Ra di kuilnya yang terletak di Heliopolis.

Selain itu, Beliau telah menderma tanah secara banyak kepada kuil-kuil tersebut. Pada akhir tempoh pemerintahan Ramses III, sepertiga dari tanah subur di Mesir dimiliki oleh kuil dan 75 % dari itu dimiliki oleh kuil besar di Karnak. Pemberian yang murah hati ini mungkin menjadi kan beliau disukai oleh tuhan-tuhan di Mesir Purba tetapi ia juga menguatkan kuasa kuil dalam pentadbiran Mesir Purba.

Dengan memiliki tanah subur yang luas, pendita di Kuil Karnak boleh menentukan kuasa pemerintahan di Mesir. Pemberian ini juga, mengwujudkan satu kuasa yang boleh mencabar kekuasaan firaun di Mesir Purba sehingga memusnahkan Zaman Kerajaan Baharu 84 tahun selepas pemerintahan beliau disebabkan oleh perpecahan Mesir.

Pada pengakhiran pemerintahan beliau, beliau telah m4ti dibvnvh. Kemaitian beliau bukanlah disebabkan oleh tindak balas ekonomi mesir purba yang sedang merundum tetapi disebabkan oleh perebutan kuasa oleh pewaris takhta beliau. Peristiwa pembvnvhna beliau lebih dikenali sebagai Konspirasi Harem. Pembvnvhan beliau telah dilakukan oleh isteri kedua beliau, Tiye, yang menginginkan anaknya, Pentaweret, sebagai pengganti Ramses III berbanding Ramses IV yang merupakan pewaris terpilih. Bukti pembvnvh itu sendiri dapat dilihat pada mumia Ramses III.

Melalui imbasan CT, dapat dilihat luka yang besar dan dalam pada leher beliau. Ini menunujukkan yang beliau telah m4ti dikel4r. Malangnya pada pelaku dan yang bersubahat, mereka tidak berjaya manaikkan Pantaweret sebagai firaun. Malahan, mereka telah dihukum. Mengikut Turin Papirus pengadilan atau ‘Judicial Papyrus of Turin’, dalang konspirasi ini adalah orang-orang yang bepangkat tinggi dalan kerajaan.

Mereka telah dihukum dengan ngerinya. Kebanyakkan dihukum m4ti antara secara dibvnvh atau membvnvh diri. Selainnya telah dicacatakn dengan memotong hidung dan telingga. Mereka yang mempunyai pengetahuan tentang konspirasi ini tetapi tidak menghalangnya juga dihukum termsuk isteri-isteri mereka.

Pantaweret juga tidak terlepas dari tempias konspirasi ini. Mumia Pantaweret telah ditemui dibaluti oleh kulit kambing dan organnya tidak dikeluarkan seperti yang biasa dilakukan kepada mumia lain. Bagi kerajaan Mesir Purba, pemerintahan Ramses III diwarisi oleh anak dan pewaris terpilih iaitu Ramses IV.

Beginilah kisah Firaun Ramses III. Beliau telah mewaris takhta pemerintahan Mesir Purba pada zaman yang penuh kekacuaan dan kemusnahan. Belaiu telah berjaya mempertahankan sempadan Mesir dari dicerobohan orang-orang luar dan penjarah yang telah menghancurkan kerajaan yang lain. Malangnya pengakhiran beliau m4ti dibvnvh dan meninggalkan Mesir Purba dalam keadaan yang lemah menunggu rebah. Maka berakhirlah salah seorang raja pahlawan Mesir Purba.

Artikel dikirimkan oleh Abu Syakireen Abd Rahman untuk The Patriots.

RUJUKAN:

Shaw, G. J. (2013). The Pharaoh Life at Court and on Campaign. London: Thomas & Hudson Ltd.

Fletcher, J. (2016). The Story of Egypt. London: Hodder & Stoughton Ltd.

Paine, L. (2015). The Sea and Civilization A Maritime History of the World. London: Atlantic Books.

Cline, E. H. (2014). 1177 B. C. The Year Civilization Collapsed. New Jersey: Princeton University Press

Bhanoo, S. N. (2012, 18 December). Scans of Mummy Show Pharaoh’s Sl!t Throat. Dimuat turun daripada https://www.nytimes.com/2012/12/25/science/ramses-iii-had-his-throat-slash3d-new-study-suggests.html. Masuk pada 16 Oktober 2020

Extra Credits (2017, 25 Jun). The Bronze Age Collapse – Before the Storm – Extra History – #1. Dimuat turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=KkMP328eU5Q. Masuk pada 11 Oktober 2020


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.